I Hear Your Voice

Ini drama terbaru Lee Bo Young selepas tamatnya drama MDSY yang bersiaran di KBS World tahun lepas. Cepat je dia ni dapat job kan....iyalah lakonan dia pun semakin mantap. Sementalahlah tengah laku ni kan ambil sajalah offer yang ada..

Berpasangan dengan pelakon kacak dan tinggi lampai kat luar sana ramai perempuan  nak jadikan dia anak hekan- Lee Jung Suk dan juga pelakon yang tidak kurang kacaknya -Yoon Sang Hyun (Secret Garden, Can't Live With Losing).

Drama yang mengisahkan LBY membawa watak sebagai lawyer ( dalam MDSY  berlakon sebagai lawyer juga) dan mewakili defenden yang mempunyai kurang dari 1% dari diisytiharkan tidak bersalah. Sementara YSH adalah rakan sekerja LBY. PSH pula mempunyai kelebihan dengan boleh membaca fikiran orang. Kan best kalu aku boleh baca fikiran orang...terutamanya big boss.

Masa tulisan ini dibuat pun drama ini sudah pun bersiaran  di channel 393 - siaran pada setiap rabu dan khamis jam 9.00 pm hingga 10.15pm. Selalu juga terlepas siaran ini kerana kesibukan kerja tetapi ada ulangan setiap sabtu jam 6.00pm.





Picture kredit to hancinema.

Thank you for read.


Musim Panas Di Busan

Hi,

Saya dah balik dari berjimba-jimba di Busan. Tiket tu dah tentu-tentu dapat masa pembukaan new route ke Busan hari itu. Busan pun taklah berapa jauh flight ambil masa dalam 5H and 40 minit je. Flight pun occupied almost 90% . Untung banyak  AAX..hahaha

Kat Busan tengah summer sekarang ini. Jam 5.00am rasa dah jam 7.00 am. Cuaca panas kat sana lagi panas dari M'sia. Boleh pitam dibuatnya. Legam sikit kulit yang memang tidak berapa putih ini koz pergi Beach Haeundae siang-siang hari. Bukannya tengahhari pun. Dalam jam 10.00am je kot.

 

Ini gambar sekitar Busan.











Japan- No Visa Needed

Good day everyone..2nd day on July 2013

Ada berita gembira untuk Malaysian yang menyimpan impian ke Jepun, perjalanan anda dimudahkan lagi Kerana Visa sudah tidak diperlukan oleh orang Malaysia untuk ke sana. Ini sebahagian dari article yang dipetik dari surat khabar tempatan:

Visa-free travel from July 1 for Malaysians visiting Japan KUALA LUMPUR: Effective July 1, Malaysian nationals who hold ordinary biometric passports with an embedded microchip will no longer need to obtain a visa for a short-term stay in Japan.



The Embassy of Japan, in a statement Wednesday, said the Japan government introduced the measure as part of its celebration of the 40th anniversary of Asean-Japan's friendship and cooperation.



"This development is expected to further enhance the exchange between Japan and Malaysia with increased visits of tourists from Malaysia to Japan and increased convenience in business between the two countries," the statement said.



"Malaysian nationals who do not hold an ordinary biometric passport with an embedded microchip that is compliant with ICAO International Civil Aviation Organisation standards will remain advised to obtain a visa," the statement said. - Bernama


Ini pula flyer di website Air Asia.



Walaupun belum ada rancangan untuk ke Jepun dalam masa yang terdekat ini, tapi rasanya dah nampak bayang-bayang Negara Jepun. Dengan pembatalan Visa tersebut maknanya tak payah nak simpan at least 7k dalam akaun, tak payah bersusah-susah ke embassy Jepun. Tapi kena gigih menyimpan duit sebab  kat sana serba serbinya  mahal.

Thanks you for read.

Developing Extraordinary Children II

Hari Ahad 12 Mei 2013 seawal pagi jam 9.30 kami tiba di BTS. Kaunter pendaftaran pun cepat je buat kerja. Mungkin sebab saya dah isikan borang siap2.

                                                                             Tiket

                                                 Goddies yang diberikan kepada peserta

Antara kandungan Goddies tersebut

Pada mulanya saya berpendapat  bahawa seminar ini juga seperti seminar yang saya pernah ikuti sebelum ini -  Boring. Saya harap seminar kali ini tidak akan membuatkan saya terlelap ...hahah.



Namun telaahan saya salah sama sekali. Seminar yg dianjurkan oleh LW ini memang berbeza. Sungguhpun seminar dimulakan agak lewat kerana menunggu pelajar dari Melaka untuk tiba di Berjaya Times Square.
Tetapi dengan aktiviti sampingan yang dilakukan oleh para angel, tak terasa pun yg program itu sebenarnya leave behind schedule. Berkesempatan mendengar Mr Lawrance dan Mr U2 Kumar yang memberikan seminar sememangnya amat mengujakan kepada parents dan anak2. Penyertaan saya memang berbaloi. I still feel  motivated until now.

My boy mendapat buku ini secara percuma kerana berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Terdapat banyak tips yang diberikan oleh Dr Lawrence dalam buku ini .       
                

Lawrence Walter Seminar sebenarnya banyak menganjurkan seminar yang rasanya agak berbeza dengan kompany lain. Your really need to experience by yourself baru tahu apa perbezaan seminar yang dijalankan oleh LW dengan yang lain. Untuk keterangan lanjut mengenai LWS sila lawat halaman web http://lwseminars.com/.

Thank you for read.







Alternative Medicine Treatment, Alternative Neuro Acupuncture Treatment, Chinese Master's Alternative Neuro Acupuncture Treatment and Herbal Medicine Treatment, Alternative Neuro Acupuncture Medical Centre, Alternative Neuro Acupuncture Remedies


Pernah dengar rawatan acupunture ?

Sedikit mengenai Acupunture..Kredit to wikipedia

Acupuncture is a collection of procedures which involves the stimulation of points on the body using a variety of techniques, such as penetrating the skin with needles that are then manipulated manually or by electrical stimulation. It is one of the key components of traditional Chinese medicine (TCM), and is among the oldest healing practices in the world.[1] According to the traditional Chinese medicine approach, stimulating specific acupuncture points corrects imbalances in the flow of qi through channels known as meridians.[2] Scientific investigation has not found any histological or physiological correlates for traditional Chinese concepts such as qi, meridians, and acupuncture points,[3][4][5] and some contemporary practitioners use acupuncture needles without following the traditional Chinese approach


Semalam petang saya mengunjungi salah satu  premis acupunture di KL -The Tole yang rasanya amat popular di KL bukan saja di kalangan orang Malaysia tetapi juga kepada  pelancong asing. The Tole terletak di Menara KH Tingkat 2 , Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.  Saya teringin untuk mengetahui keberkesanan rawatan acupunture ini setelah mendengar pengalaman rakan sekerja yang telah membuat rawatan untuk anaknya yang menghidapi Dyslexia yang baru disedarinya sungguhpun anak sudah berumur 11 tahun. OO tidak !!! Adakah saya sudah terlambat.
Katanya lagi perubahan tidaklah secepat kilat tetapi agak ketara berbanding sebelum mendapatkan rawatan.

So bagaimana rawatan ini di jalankan. Article berikut menjawab pertanyaan bagaimana rawatan acupunture di jalankan.


Saya berkesempatan untuk menjalani rawatan acupunture dengan Master Leong sendiri. Sebenarnya saya ke sini untuk mendapatkan rawatan untuk anak lelaki saya yg berumur 8 tahun. Namun memandangkan tersangatlah susah untuk melakukan acupunture kepada dia maka terpaksalah mak melakukan sekali acupunture. Kepakaran ML sendiri untuk melakukan acupunture tersebut, sangat dikagumi. Tak rasa pun dia masukkan jarum ke bahagian tertentu badan kita untuk satu masa yang ditetapkan.

Dengan bayaran sejumlah RM 35 utk sekali rawatan akupunture, dan herba2 pula berharga dalam Rm 15 sepekat ( dalam kes saya dan anak diberikan 5 pekat untuk setiap seorang) rasanya agak reasonable.

Untuk keterangan lanjut sila layari halaman web http://thetole.org/


Thanks you for read.

Golden Hill Hotel Kota Kinabalu

Saya berkesempatan bermalam di Golden Hill Kota Kinabalu semalaman setelah gagal memenangi hati adik beradik untuk menjemput dari airport KK kerana ketibaan lewat malam sekitar jam 10 pm.   Itulah padahnya kalu mengambil flight petang. 
Dalam kelam kabut  mencari hotel untuk bermalam pada malam tersebut, dan hasil bantuan Pak cik google Golden Hill Kota Kinabalu  menjadi pilihan tambahan pula dengan  review yang diberikan oleh pengunjung sebelum agak positive maka secepat kilat juga menekan telefon untuk membuat reservation..Mujurlah tempahan melalui telefon juga diterima. Keraja last minitkan. Tapi sebab utama saya memilih hotel GH kerana Pengangkutan adalah percuma dari Airport KK ke Golden Hill KK. Memudahkan pergerakan saya dengan anak2 dan yang barang2 yang tak berapa banyak 60kg @ rinumbang mantad hiti Kay Hell.


Lokasi GoldenHill di Pekan Lama Tanjung Aru  ini agak berdekatan dengan Airport KK  , rasanya pihak pengurusan hotel pun dah boleh agak jam berapa nak pick up asalkan kita berikan detail flight. Hari itu saya tak tunggu lama pun, by the time kita keluar ke arrival hall, van hotel pun tiba. 


                                                                   Van Hotel

                                           
                                                          
                                                      Welcome to Goldenhill Hotel KK

                                    

Harga semalaman untuk Family Room adalah RM 115. Rasanya agak berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan. Keadaan bilik pun agak bersih dan terjaga. Dan untuk mencari makanan agak mudah kerana banyak restoran tersedia sekitar hotel tersebut. Perkhidmmatan Wifi turut disediakan kepada guest.


                                                             Family Room
                                            (Gambar Ehsan Website GoldenHill KK)





Pada saya hotel tersebut sangat2 direkomenkan dan berbaloi dengan wang anda,  terutamanya kepada yang mencari untuk tempat bermalam sebelum menyambung perjalanan ke daerah lain- Ranau, Keningau, Labuan. Cuma tempat ini agak jauh dari pusat bandar KK, dan sekiranya anda ingin menggunakan texi untuk ke Pusat Bandar mungkin charge akan dikenakan agak mahal.

Tempahan/Keterangan lanjut sila rujuk  http://www.goldenhillhotelsabah.com/


Thank You For Read

Qoo10 - Online Marketplace

Semenjak dipekenalkan dengan website Qoo10, dan seterusnya 'Terlanggan' email Qoo10, melawat website Qoo10 sudah menjadi rutin harian kerana ada saja item yang menjadi tarikan kepada pengguna.

Sedikit pengenalan mengenai Q0010..

About Qoo10 & GiosisAbout usSecrets


About Company

Giosis is a joint venture company formed with eBay, the world's largest online marketplace, to become Asia's leading online marketplace. Giosis provides a powerful online marketplace platform that allows its buyers enjoy highly secure and convenient shopping experience. The company currently operates 7 localized online marketplaces in 5 countries including Japan (http://www.qoo10.jp)and Singapore(http://www.qoo10.sg)and plans to expand into more Asian countries in the near future.


So apa yang hebat sangat dengan Qoo10?
Jom kita tengo website Qoo10:








Ini antara  blouse yg sudah menjadi milik saya. Harga rasanya berbaloi dalam Rm 30, kualiti pun not bad, tapi sekiranya nak murah lagi dalam promosi itu ada menyatakan harga pembelian yang melebihi untuk jumlah sekian, kos penghantaran adalah percuma. Size yang dinyatakan dibawah masih sesuai untuk orang asia.

Memandangkan item dihantar terus dari China ke Malaysia sememangnya proses penghantaran mengambil masa  sungguhpun menggunakan Citylink. Dalam kes saya sekitar 7 hari juga baru sampai ke office. Pada saya itu masih dalam tempoh yang boleh ditunggu, kerana dalam website pun ada dinyatakan proses penghantaran akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bergantung pada lokasi.






Saya tidak pernah terfikir untuk membeli pants secara online kerana takut cutting tak sesuai sungguhpun diberikan size. Tetapi pants2 yang ini sangat-sangat mengoda..Haruskah beli online????????






Kalu ikut review yang telah diberikan dalam Q0010 semua ok dan agak membantu...Tetapi?? tangan tak sampai lagi tuk menekan "ORDER". Tengolah kalu hati dah terbuka untuk beli saya akan bagi review.

Setakat ini yang menjadi pilihan saya cuma baju wanita dan kosmetik. Barang kosmetik rasanya agak murah dibandingkan dengan harga di outlet- Etude, SK II, Laneige

Akhirnya, pilihan sebenar terletak pada pengguna, anda boleh memilih untuk membeli online dan barang akan dihantar pada anda melalui pos. Cepat atau lambat bergantung pada lokasi anda dan jenis penghantaran. Dari segi harga, sebenarnya pada saya masih murah dan termampu. Atau pengguna sendiri ke kedai untuk membeli (mungkin kepuasan orang lain dengan melihat sendiri barang tersebut) tapi memandangkan masa saya sangat terhad untuk mengunjungi Mall antara alasan saya lagi suka untuk membeli online selain harga yang murah.

Sekiranya berminat cubalah  lawat website http://www.qoo10.my/.