Musim Bunga Di Korea Bah 2

Hari Pertama di Korea..
Bangun seawal pagi. Teruja untuk meneroka bumi Korea . Selepas sarapan pagi, berbekalkan itienary &Maps saya dan adik bergerak keluar ke Subway. Masa saya keluar tak banyak lagi kedai yang buka. Semalam T-Money kad kita dah beli siap2 kat Family Mart harga beli untuk kad sahaja dalam 3000 Won dan top upkan dalam 10,000 won.  Jom kita layan gambar sekitar Daehakno..Sebelum itu saya masukkan dulu Maps lokasi Mr Sea Backpacker supaya senang mendapat gambaran kedudukan tempat penginapan dengan station subway. Gigih nak bg tahu sebab first time g Negara org yang kita memang tak tahu apapun. Tapi kalu ada Maps dan T-money gunakan saja subway. Kalu duit tengah tebal boleh guna teksi. Dan jangan berat mulut. Orang sana ok je nak bantu tunjukkan jalan.



 




Penginapan berhadapan dengan laluan utama, kenderaan banyak jam ini masing2 sibuk  g kerja, Sekolah



Kena Lintas Jalan menuju ke seberang

   
Jalan yang luas

Donkin Donuts yg ada kat Maps tersebut
                                                                 
deretan kedai menuju ke Subway

                                                                       

Restoran

Statue 
                                             



antara kedai kosmetik brand korea

tak jumpa orgnya dpt ambil gambar dgn patung pun tak apa 
                                        
                                        
Etude Cosmetic
Trip saya ke Korea ini bukan melalui Travel Agent. Trip secara backpacker orang kata. Penginapan, pengangkutan semua kita rancang sendiri. Itinery juga buat sendiri Seronoknya melancong di Korea ini  kerana kita boleh meneroka Negara mereka dengan mudah  kerana  system pengangkutan yang superbab  dan dihubungkan antara satu stestyen dengan yang lain. Inilah pengangkutan rasmi saya semasa berada di sana. Apa yang anda perlu ketahui ialah Nombor Line Subway  dan kawasan laluan dan juga EXIT..setiap pintu keluar itu ada nombor masing2. Kalu tersalah keluar nanti kena pusing balik. Itu yang letih. Sudahlah tangga bertingkat-tingkat. (Patutlah tengo perempuan kat korea ini kurus2 sebab tangga yang bertingkat-tingkat di Subway ). Dengan kemudahan pengangkutan yg mereka ada banyak membantu untuk merangka jadual atau itinery kita di sana. Sungguh pun banyak kali tersesat di antara interchange subway sebab tak tahu mana nak pergi.



     Tengah baca Maps kat Station Subway Hyehwa Station Line 4
Gigih mak baca maps..


Hari ini seperti yang dirancang dan tertulis di itinery kami, misi menawan kawasan Square Gwanghamun dan sekitarnya..
Destinasi Hari Ini Gwanghamun

Subway Line 5, Exit 1 @ Exit 5


Sekitar Kawasan Gwanghamun Square
Statue





Terseregam megah di sana

sekitar Gwanghamun

Main Enterence

Guard menjaga keselematan




Dalam Palace

Sekitar Palace

Sekitar Palace yg dikunjugi ramai orang

sambutan dari penduduk tempatan amat menggalakkan

Seni Ukiran bangunan yang menarik


Sekitar Taman

National Folk Museum

Cam pagoda pun ada..

Istana kecil



Tv Drama- My Husband Got a Family


Bercerita pasal Drama TV ini, rasanya saya masih tidak boleh lagi hilangkan addict pada Korea Drama sebab sehingga sekarang ini masih lagi menonton KD tapi lebih kearah Drama Keluarga..pada saya banyak mesej tersirat di sebalik drama tersebut..Drama yang saya tengah tonton di KBS World Channel 391 menggantikan  drama OJAK BROTHER pada jam 6.54pm setiap hari Sabtu &  Ahad bertajuk My Husband Got a Family..tengo rating pun rasanya dah tahu drama ini best atau sebaliknya..

Cuba tengo ini:  http://www.koreandrama.org/?p=15290

Episode Ratings :Date Episode Nationwide Seoul


2012-02-25 1 24.5 (1st) 21.9 (1st)

2012-02-26 2 29.3 (1st) 29.4 (1st)

2012-03-03 3 26.2 (1st) 26.2 (1st)

2012-03-04 4 30.2 (1st) 30.2 (1st)


2012-03-10 5 27.2 (1st) 26.7 (1st)


2012-03-11 6 32.5 (1st) 32.4 (1st)


2012-03-17 7 30.3 (1st) 31.1 (1st)


2012-03-18 8 35.2 (1st) 35.6 (1st)


2012-03-24 9 30.5 (1st) 30.2 (1st)


2012-03-25 10 38.5 (1st) 39.6 (1st)


2012-03-31 11 33.9 (1st) 33.1 (1st)


2012-04-01 12 36.2 (1st) 36.2 (1st)


2012-04-07 13 32.2 (1st) 32.6 (1st)


2012-04-08 14 35.6 (1st) 37.3 (1st

Saya sambung kembali entri ini setelah menonton episod 11 melalui saluran KBS 391 sebentar tadi 22 April. Episod yang saya rasa agak penting memandangkan Terry Kang dah jumpa kembali keluarga kandungnya. Kelakarnya keluarga Terry cuma sebelah pintu bak kata orang jiran sebelah rumah. Rasanya orang yang paling gembira ialah nenek Terry dan ibunya setelah mencari anak kandung dalam 30 tahun akhirnya dapat jumpa kembali pastinya perasaan bercampur baur. Ibunya sedih dan rasa sangat bodoh kerana tidak mengenali anak sendiri walaupun cuma tinggal bersebelahan. Yoon Hee juga kelihatan tidak selesa walaupun dia gembira yang suaminya sudah menemui keluarga kandungnya. Jangan lupa yang Yoon Hee memang memilih suaminya kerana dia tidak mempunyai keluarga. Dan Yoon Heei memang tidak ingin mempunyai keluarga mertua..tak pastilah saya apa yg berlaku dlm drama tersebut memang diamalkan di negara korea atau sekadar lakonan semata-mata. Takut pun ada tengo diaorg layan In-Law...Orang yang paling risau Terry telah menemui keluarganya ialah Mak Ciknya sendiri, memandangkan dia awal2 lagi sudah mengetahui itu Bang Gwinam melalui gambar yang terdapat didalam dompet Terry yang dijumpai.  Nak tengo juga cam mana Yunhui hidup lepas ini memandangkan In-Law ddk seblah, kemudian sebelum2 ini dia org mmg tak baik selalu ada je benda yg dia org argue each other. Even sebelum dia tahu itu in-law dia pun cari gaduh pasal cat rumah yang telah mengotorkan beg mahalnya itu..
Tapi geram pulak tengo adik dia seorg yg asyik nak bergaya tak ingat diri..duit bukannya banyak pun..Dia tak tahu pun lelaki itu adik kepada kakak ipar dia..memang kena tengo sampai habis 


Musim Bunga Di Korea



Trip Ke Korea ini sebenarnya pada tahun lepas 12 Mei hingga 17 Mei 2011, cuma sekarang ada kelapangan untuk memasukkan entri tersebut. Tiket dibeli semasa promosi awal pembukaan haluan baru ke Seoul. Harga tiket pada masa itu  memang murah dalam sekitar Rm 280 pergi balik. Cuma sekali ini saja harga tiket ini keluar. Menyesal pula tidak beli tiket untuk 4 season masa tu..ceh cam banyak duit sajakan..

Trip ke Korea ini pada mulanya saya tempah dengan adik lelaki saya namun memandangkan dia baru saja berkerja dan sukar mendapat cuti, tiket bertukar tangan kepada adik perempuan saya Dave..rezeki dialah sebab tahun yang sama dia ke Bangkok dan Jakarta..



Memandangkan budget saya yang sangat terhad sebab sudah 3 Trip tahun ini so Trip ke Korea ini saya cuma hadkan pada RM 1500 tetapi petukaran ketika itu adalah 2.78 Won.  Inilah trip yang saya kena berbelanja dengan berhemah memandangkan Nilai mata wang di sana tersangat tinggi, 3 kali lebih tinggi dari sini. Walaupun demikian saya aktifkan juga pengunaan Antarabangsa untuk Maybank dan Kad Kredit takut ada kecemasan.


Hari Belepas

Penerbangan yang dijadualkan pada petang jam 2.30pm waktu tempatan telah mengambil masa selama 6 jam..fuhh rasanya ini penerbangan yang paling lama saya ambil...stress jugalah dalam flight dalam 5 tin 100 plus saya minum....




Sekadar pengetahuan, Rakyat Malaysia yg ingin Ke Korea tidak perlu memohon Visa dan anda boleh duduk di sana dalam tempoh 90 Hari..senangkan, antara alasan lain kenapa saya memilih Korea untuk destinasi berliburan....




Penerbangan saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Incheon pada jam 9.00 pm waktu Korea, jam dia org cepat sejam dari kita. Memandangkan bas terakhir yang menuju ke Seoul adalah pada jam 10.30 pm, saya dan adik kena berlari secepat yang mungkin kerana perlu menyelesaikan urusan Immigresen dan bagasi. Nasib baiklah urusan Immigresen dapat diselesaikan dengan cepat. Nasihat saya pada yang mengambil penerbangan petang dari LCCT ke Incheon dan berhasrat mengambil bas pastikan anda tahu nombor bas yang hendak dibeli. Untuk yang berkeluarga saya rasa baik ambil perkhidmatan pick up dari hotel yang anda tempah, tak payalah nak Amazing Race..


balai berlepas LCCT

Selamat mendarat di Airport Incheon, tengah tunggu train menuju ke Arrival Hall

Sekitar Kawasan Pengambilan Bagasi -Incheon Airport


Station Laluan Bas 6011


Mr Sea Backpacker
Ini dia Backpacker Mr Sea, Tempat ni  senang nak cari dan tak payah nak daki tangga bagai. Turun dari bus lintas jalan, belok kanan, penginapan ini terletak bersebelahan dengan satu salon.

Bas yg melalui Backpacker Mr Sea Area

Saya telah memilih untuk menginap di BACKPACKER MR SEA selama 6H 5M, penginapan ditempah setelah membuat banyak review- harga, lokasi. Kawasan agak jauh dari main city seperti Myayongdong, Dongdeamun atau Nandaemun tetapi harga penginapan dan harga makanan agak murah dan kawasan hotel yg senang ditemuai. I mean tak payah nak panjat bukit bagai sebab hostel ini kat tapi jalan je.


                                    
Kawasan ruang tamu

                                                                 
Lukisan dinding 

                                                                   
Tingkat Bawah

Pejabat Urusan, Boss ambil budak2 Uni  Sungkyunkwan, boleh berbahasa inggeris senanglah berurusan
                             

 Kawasan Dapur..Sarapan pagi yang disediakan roti dan jem


 Ketika kunjungan saya ke sana, cuaca di negara tersebut masih lagi sejuk walaupun sudah di Musim Spring atau Musim Bunga. Bunga yang sedang mekar itu kebanyakkan saya tidak pernah temui di negara kita. Atau mungkin saya tidak peka terhadap jenis bunga di negara kita...




Sambil itu layankan dahulu foto-foto berikut..