Rumah Di Masuki Pencuri

15 Mei 2012..
Semasa catatan ini dibuat kejadian tesebut baru sahaja berlaku 6 hari yang lepas, namun saya masih lagi TRAUMA. Boleh dikatakan setiap jam pada waktu malam saya akan terbangun dan akan memeriksa pintu utama.Walaupun Grill telah diletakkan Solex dan dikunci saya masih rasa tidak selamat. Pintu Utama juga dikunci namun  masih terasa Takut. Ini kejadian yang pertama kali berlaku di kediaman ini setelah menetap di sini lebih kurang 10 tahun. Kalu sebelum ini saya cuma membaca di akhbar2 tempatan dan juga menonton di Tv mengenai kejadian rumah  di pecah masuk tetapi kali ini kejadian terjadi di rumah sendiri. Menggeletar dan Panik sekejap ketika kejadian itu..mujur jiran2 masih ada di rumah ketika kami kersedar. Mereka lah yang menelefon pihak polis. Dengan keadaan kita yang masih panik ini rasanya otak tidak boleh berfikir waras. Setengah jam kemudian polis datang dan menyuruh kami ke balai polis untuk membuat laporan.


Kejadian berlaku di awal pagi sekitar jam 5.30am sehingga jam 6.45am. Ini jangkaan kerana  sekitar jam 2 am saya terjaga dan sempat lagi menonton tv kerana sudah tidak boleh tidur. Lebih kurang jam 3.30 am baru rasa mengantuk dan kembali tidur. Kata suami pula dia terjaga lebih kurang jam 5 am sebab memang dah terbiasa bangun pagi namun memandangkan pagi ini tiada sebarang tamu janji dengan customer dia kembali masuk tidur.

Pagi itu terasa pelik juga sebab jam yang saya memang dah set di HP tidak kedengaran langsung. rasa nak bangun tapi tak boleh nak bangun. Sehinggalah lebih kurang jam 7 pagi Aan membangunkan saya dan bertanya pagi ini tidak payah ke sekolahkah apabila saya melihat jam terkejut beruklah sebab tak sedar langsung. Sedar2 sahaja pintu utama terbuka luas dan mengasyaki sesuatu yang buruk terjadi. Mana tidaknya beg tangan saya sudah berada di hadapan pintu utama. Agaknya dia tak sempat nak rembat sebab orang rumah dah bangun. Mujur juga Purse saya bukan didalam beg tangan tersebut kerana saya sudah memindahkannya ke beg kerja saya...

Antara barangan yg dilarikan oleh pencuri selain Porch suami yang sarat dengan dokumen penting ( Ic/ Kad Bank/ Buku Bank), Tabung yang sudah penuh, dan HP 4 biji, ini termasuklah HP Samsung OMNIA dan  HP Sony Ericson saya. Terkilan sangat2 kerana itulah Hp saya yg paling mahal setelah berkerja bertahun-tahun. Dan saya gunakan Hp ini pun bukan untuk bersuka-suka tapi tujuan kerja. Kalu ikutkan rumah saya bukannya rumah mewah pun, tapi dah kerja pencurikan dia manalah nak ambil tahu rumah itu rumah mewah atau tidak. Pada dia janji ada benda yang dia rembat.

Mungkin kelalian kami juga malam tersebut sebab tidak meletakkan solex. Dan tidak ada kesan pecah langsung. Maknanya pencuri tersebut memang dah pro buat kerja2 tersebut.

Banyak pengajaranya yg saya dapat dari kejadian tersebut. Walaupun untuk ke kedai di bwah rumah namun saya tetapi letakkan Solex. Kita tidak tahu kejadian itu akan berulang kembali kerana sedikit kelalian kita.







International Beauty Expo

IBE atau nama panjangnya International Beauty Expo kembali lagi di tahun 2012..
Acara yang saban tahun di anjurkan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peniaga produk kecantikan untuk mempromosi produk mereka tetapi masa yang sama dapat mengetengahkan produk kecantikan kepada pengamal2 produk kecantikan bukan saja kepada Pusat Kecantikan, Tukang2 Solek tetapi juga kepada orang ramai khususnya.

Sebenarnya agak lama juga saya tidak berkunjung ke IBE ini, namun tahun ini saya tergoda juga untuk datang ke EXPO ini kerana banyak produk kecantikan yang saya gunakan hampir habis. Tambahan pula jenis produk yang saya gunakan sekarang agak mahal dan produk tersebut hanya dijual di Pusat Kecantikan dan agak sukar dibeli di tempat lain. Kalu nak beli juga maknanya saya kena berhabis ribuan ringgit lagi di pusat kecantikan ini dan untuk mendapat harga member saya perlu menjalani Facial di sini sekurang-kurangnya 8 kali bergantung pada harga yang ditawarkan. Dahulu saya bersetuju untuk mengambil pakej tersebut kerana masalah kulit muka yang sangat kering, sehinggakan nak senyum pun terasa perit. Ini mungkin kesan berkerja di bawah aircond seharian dan tidak mengamalkan produk penjagaan muka dengan teratur Namun rasanya sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk membelanjakan ratusan ringgit untuk 1 produk. Kalu ada duit pun rasanya saya sanggup simpan duit itu untuk beli tiket flight.. Saya akui keberkesanan produk tersebut namun kerana budget yang semakin terhad saya kena mendisplinkan diri untuk tidak menggunakan produk2 mahal.

Maka sebelum saya menukar produk yang saya sedang gunakan sekarang saya perlu dulu meninjau  produk yang ada dipasaran mempunyai fungsi yang sama dengan produk yang saya tengah gunakan sekarang..
Kata rakan gunakan sahaja SK II dalam RM 600++ untuk satu set dan boleh digunakan dalam 5-6 bulan tapi tak tergoda langsung dengan kata2nya...

Bertempat di Konvensyen Center KLCC bermula pada 5 Mei sehingga 8 Mei 2012.
                                             Kena Register dahulu sebelum dibenarkan masuk

                                                                 Hall untuk Public di sini
                                          Antara Syarikat Kecantikan yang menyertai Expo ini







                                              Korean Mask semurah RM 1.20 perpcs




                                           Comelkan Meja solek ini berserta dengan Make up

                                            Produck Jenama Canmake dari Japan


                                    Ini hasil rembatan produk beautymate..kalu habis boleh beli di SASA

Tak ingat harga barang2 tersebut tapi keseluruhan saya bayar dalam RM 160 untuk semua.
Moisturizer 2 botol yg kuning
Toner 1 botol yg wrna hijau
Mask 1 kotak
Aqua Make uo Remover 3
SPF 50Total Whitening Sunscreen
Foundation brand Canmake

Untuk pengemar2 Makeup cuba2lah jenguk website berikut:

http://www.sasa.com/SasaWeb/eng/product/searchKeyword.jspa?pn=2&sp=0.0&ep=-1.0&qs=BEAUTYMATE

http://my.bestbuy-world.com/

Musim Bunga di Korea Bah 3

Hari Kedua di Korea..
Terlajak tidur pagi ini akibat keletihan semalam, mana tidaknya kita keluar seawal pagi seperti orang berkerja dan balik dinihari..terlalu teruja di negara orang.
Ikut catatan dalam kertas hari ini destinasi kami adalah sekitar Insadong, Buchon Traditional House dan Sekitarnya. Dan seperti juga semalam kami mengambil Subway yang menuju ke  sini. Laluannya adalah seperti berikut.

Subway Line 3- Angguk Station- Exit 3
                                          Rumah Traditional di Buchon Traditional House

Rumah Traditional 


Klinik Gigi Di Bukchon
                                                
                                            Lokasi pengambaraan Drama Winter Sonata
Bangungan ini tempat pengambaraan Drama Winter Sonata di jalankan
                             Tak ingat nama sekolah Tinggi, suka tengo rumput yang menjalar di dinding
Cantikkan Rumput yang menjalar di dinding itu



Sekitar Sekolah


                                                     



Kedai sekitar Bukchon
                                              

                                          

                                                     
Lagi palace tapi tak masuk pun sini sebab dah pergi palace yg besar itu semalam
                            

Sekitar Insadong
Sekitar Insadong

                    Pada hari kunjungan saya ke sini jatuh pada hari jumaat, dan menurut cikgu tersebut budak2 sekolah dibenarkan berada di luar sekolah untuk aktiviti luar darjah....selamba badak saja dia orang melukis di luar kedai. 

Budak2 sekolah selamba buat kerja depan kedai orang



Sekitar Insadong

Sekitar Insadong

Sekitar Insadong

Sungai Legong, Selayang



Aktiviti mandi sungai ini dah jadi cam rutin mingguan anak2 pula, boleh dikatakan setiap minggu kami ke Sg Legong yang terletak di Selayang. Menggantikan acara padang sebelum ini. Agaknya anak2 pun dah boring dengan aktiviti larian di padang..Walaupun sungai agak kecil, tapi keseronokan mandi sungai itu tetap terasa..teringat pula zaman kanak2 dahulu kala. Sebelum mendapat bekalan air paip graviti dahulu sungai itulah yang berjasa kepada kami.. 




                                          
                                                        Pemandangan sekitar sungai Legong






                                             


                                                        Suka dapat mandi sungai

                                  Gambar pokok kelapa mengingatkan pokok kelapa di kg




Pesta Buku Antarabangsa 2012

Pesta Buku kembali lagi di tahun 2012 ini...
Acara tahunan yang dinantikan oleh semua golongan, mana tidaknya harga yang ditawarkan tersangatlah murah berbanding dengan harga di kedai buku..
Kata suami hari ini kalu nak pergi Pameran Buku kena naik Train KTM sebab jalan ke KL semua ditutup. (BERSIH 3.0 punya hal) Lecehnya nak naik Train, dah lama tak naik pengangkutan awam sebenarnya sebab malas nak naik bersesak-sesak, lagilah di hujung minggu.
Tapi nak buat cam mana, takkan nak jalan kaki kot..Nasib baik dari Station Kepong cuma kena lalu 2 hentian saja..

                                          Tiket Kanak-Kanak Kepong Tot Putra 0.50 Sen
                                           Tiket Orang Dewasa Kepong To Putra Rm 1
                                                               Station KTM Kepong
                                         Train KTM yang ditunggu-tunggu, datang dari Rawang
                                         Sampai pun di PWTC lokasi Pesta Buku
                                         Antara Novel English yang dijual semurah RM 10
                        Buku kanak-kana semurah RM 2, saya beli 5 untuk anak perempuan saya
                                                          Antara buku kerja yang dijual
 
Murahkan baru RM 8
                                        
                                                   Karangkraf Mall..tempat memborong majalah
                                         Majalah Pa&Ma, edisi awal tahun hingga keluaran terkini
                                         Antara majalah2 yang dijual oleh Karangkraf

                                                                 Majalah wajib beli

                                             Antara novel-novel yang terlaris di pasaran
                                                                 Buku resipi semurah RM 5


Banyak2 buku komik yang dijual, Gempak Starz juga pilihan hati anak bujang, Rm 70 dia belanjakan untuk koleksi komik..





Memang berbaloi-baloi membeli buku semasa Pesta Buku ini selain harga yang murah, ada saja buku/majalah tambahan yang akan diberi. Kepada yang belum mengunjungi Pesta Buku Tahun 2012 ini masih lagi ada sehingga 6 Mei 2012.