Kembali ke Blog Selepas 2 tahun

 Hello!


Hari kedua PKPB di Kuala Lumpur 15/10/2020. Belum bosan lagi kan ? 

Beberapa tahun yang lepas saya membuka blog ini secara suka-suka. Dan masa itu saya masih bekerja dengan satu syarikat  GLC sehingga saya mengambil keputusan untuk mengambil VSS pada penghujung tahun 2018 (DEC) . Satu keputusan sangat berani MATI kepada yang tidak mempunyai simpanan ratusan ribu di bank untuk membiayai hidup mendatang.

                                                                    World Corporate




Jadi kenapa berhenti kerja tanpa mendapat pekerjaan lain? Dengan usia yang semakin meningkat  agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pengalaman lebih 23 tahun. Saya mula bekerja ketika umur 18 tahun. Saya tidak menyambung pengajian saya selps tamat SPM sungguhpun mendapat beberapa tawaran- Ting 6, ITM ketika itu ( Put in mind, tahun 1998-1999 negara kita telah mengalami kegawatan ekonomi antara yang paling teruk. Saya melalui fasa itu. Menderita gais! ) How did i managed to get my Degree? Through EPJJ for both Diploma dan Degree. itu mengambil masa saya sekitar 8 tahun untuk menamatkannya. Kelas hujung minggu sahaja. 

3 tahun sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada (2016), saya sudah pun memulakan perniagaan kecil  pada setiap hujung minggu. Ironinya , perniagaan yang pada permulaannya itu dimulai secara suka-suka telah menjadi punca pendapatan saya sekarang.


Jadi apa yang mendorong untuk mengambil keputusan saya untuk BERHENTI KERJA, Dorongan utama saya sanggup berhenti kerja dan berkerja sendiri- KEPUASAN DIRI! 



But then , saya tidak syorkan anda berhenti kerja sekiranya anda tidak bersedia- MENTAL DAN FIZIKAL, DAN DUIT KECEMASAN SEKURANG-KURANGNYA UNTUK 6 BULAN PERTAMA.

Langsaikan juga hutang-hutang pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN, kad kredit. Saya tahu ini tidak mudah! Dan apa yang saya lakukan untuk melangsaikan semua hutang-hutang itu -

  1. Guna duit KUTU bayar balance hutang untuk kad kredit.  
  2. DUIT KWSP akaun 2 untuk langsaikan duit pinjaman PTPTN  saya membayar wajib bulanan sebelum melangsaikan habis baki yang ada. 
  3. Pinjaman peribadi saya berbaki dua tahun terakhir sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dan saya baru saja melangsaikan baki terakhir Sept 2020 yang lepas.

Dan apa yang saya korbankan untuk mampu membayar semua ini. 
  • Kurangkan membeli barang-barang secara online. 
  • Kurangkan berliburan seketika. Trip overseas cuma 2 kali setahun. Itupun, saya pastikan saya balik dan bawa barang-brg dari negara yg dilawat untuk jual balik. 
  • Berhenti melanggan sesuatu yg akan dikesali 10 tahun akan datang. 
  • Kurangkan kekerapan makan di luar. Kalu anda baca blog saya awal2 dahulu, setiap minggu saya akan ada voucher makan. 
Sebenarnya banyak benda yang boleh kita lakukan untuk minimize perbelanjaan kita. Terpulang pada diri masing-masing. Set target diri  masing-masing!




Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan (food ind) terutama keadaan sekarang. Pelanggan semakin berhati-hati dalam berbelanja. Syukur saya masih boleh menempuhi keadaan gawat setakat ini.  Percaya pada diri, rezeki itu ada di mana-mana.








Terima kasih kerana sudi membaca.

    






American Murder: The Family Next Door Sept 2020

 Hello,

Dah tengo Documentary American Murder: The Family Next Door , kisah benar suami sanggup membunuh isterinya yang sedang mengandung 15 minggu dan dua anak kecil berumur 4 dan 3 tahun. Shannan , Belle dan Cece kerana ingin bersama perempuan simpanannya Nicol Kessinger.

Saya tak sanggup nak tulis banyak-banyak sebenarnya , masih terganggu dengan documentari tersebut Pembunuhan paling kejam di abad ini. 13/08/2018. Walaupun sudah dua tahun berlalu namun documentari yang disiarkan di Neflix mengembalikan kisah silam tersebut dan menghangatkan kembali kes tersebut.

Kita yang tengo dan baca buku pasal pembunuhan ini pun terganggu, saya tak dapat bayangkan trauma yang dihadapi oleh keluarga Shannan - Rzucek family. Sedih sangat tengo bapa dia baca surat masa Chris dijatuhkan hukuman.

Sungguhpun Chris Watts telah pun dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, itu tidak akan mengembalikan isteri dan anak-anaknya. Dan perempuan simpanannya terselamat tanpa seberang pendakwaan setelah sanggup rela memberi kerjasama dengan pihak polis. WTF! 

Saya sempat membaca buku tulisan Cherlyn Cardle letter from Christopher. Diakhirnya, dia sendiri pun merumuskan bahawa dia membunuh ahli keluarganya kerana ingin bersama Nikki.

"I learned through talking with him and reading his letters, he cares very much what people think of him, even to the extent he can’t help but to be very concerned about doing things for people so they will like him. If someone like Christopher is capable of murder, and we know he was, we all need to wonder who lives amongst us. He appeared to everyone around him to be a nice and normal guy. That is not my opinion. So, the question remains, “WHY did Christopher do this, why did he murder his entire family?” The answer, I’m afraid, is easy: He did it to clear his life and start over with Nikki !





Terima Kasih kerana sudi membaca.

PKPB KUALA LUMPUR SECOND TIME - 14/10 TO 26/10/2020

 Hello- 14 Oct 2020, Hari Pertama PKPB di Kuala Lumpur.


Harap  reader semua  baik-baik saja. Mak  masih tekejut lagi sebab PKPB dilaksanakan semula di Klang Valley. Marah dan kecewa yang amat sangat. Kita baru nak pulih balik dan patutnya ada event menunggu sepanjang bulan Oct sehingga Dec tahun 2020 ini, nampaknya semua terpaksa ditangguhkan dahulu.

Statistik Terkini Covid 19 di Malaysia sepanjang bulan October ini pula sangat merisaukkan kerana jumlah lagi tinggi berbanding gelombang pertama dahulu.










Harap semua masih kuat untuk mengharungi Gelombang ketiga ini. 

Stay Safe everyone.


Thank you for read.

BJM