Golden Hill Hotel Kota Kinabalu

Saya berkesempatan bermalam di Golden Hill Kota Kinabalu semalaman setelah gagal memenangi hati adik beradik untuk menjemput dari airport KK kerana ketibaan lewat malam sekitar jam 10 pm.   Itulah padahnya kalu mengambil flight petang. 
Dalam kelam kabut  mencari hotel untuk bermalam pada malam tersebut, dan hasil bantuan Pak cik google Golden Hill Kota Kinabalu  menjadi pilihan tambahan pula dengan  review yang diberikan oleh pengunjung sebelum agak positive maka secepat kilat juga menekan telefon untuk membuat reservation..Mujurlah tempahan melalui telefon juga diterima. Keraja last minitkan. Tapi sebab utama saya memilih hotel GH kerana Pengangkutan adalah percuma dari Airport KK ke Golden Hill KK. Memudahkan pergerakan saya dengan anak2 dan yang barang2 yang tak berapa banyak 60kg @ rinumbang mantad hiti Kay Hell.


Lokasi GoldenHill di Pekan Lama Tanjung Aru  ini agak berdekatan dengan Airport KK  , rasanya pihak pengurusan hotel pun dah boleh agak jam berapa nak pick up asalkan kita berikan detail flight. Hari itu saya tak tunggu lama pun, by the time kita keluar ke arrival hall, van hotel pun tiba. 


                                                                   Van Hotel

                                           
                                                          
                                                      Welcome to Goldenhill Hotel KK

                                    

Harga semalaman untuk Family Room adalah RM 115. Rasanya agak berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan. Keadaan bilik pun agak bersih dan terjaga. Dan untuk mencari makanan agak mudah kerana banyak restoran tersedia sekitar hotel tersebut. Perkhidmmatan Wifi turut disediakan kepada guest.


                                                             Family Room
                                            (Gambar Ehsan Website GoldenHill KK)





Pada saya hotel tersebut sangat2 direkomenkan dan berbaloi dengan wang anda,  terutamanya kepada yang mencari untuk tempat bermalam sebelum menyambung perjalanan ke daerah lain- Ranau, Keningau, Labuan. Cuma tempat ini agak jauh dari pusat bandar KK, dan sekiranya anda ingin menggunakan texi untuk ke Pusat Bandar mungkin charge akan dikenakan agak mahal.

Tempahan/Keterangan lanjut sila rujuk  http://www.goldenhillhotelsabah.com/


Thank You For Read

Tiada ulasan:

Catat Ulasan