Hari Terakhir 2012

31 Dec 2012..
Hari terakhir di tahun 2012..
Masih dalam mood-mood bercuti setelah bercuti panjang 15 hari..
Memandangkan ada perkara yang harus diselesaikan hari ini aku kena ke tempat kerja juga..
Berita gembira buat aku tetapi tidak pada orang lain..
Sedih sebab tidak pernah menduga mereka yang akan menjadi mangsa..Siapa lagi selepas ini?
Haruskah ku letakkan harapan tinggi untuk kekal di sini?
Semestinya tidak selagi aku tidak selesaikan yang satu ini..
Banyak hal yang berlaku sepanjang 2012 ini..
Melalui pengalaman pahit yang tak mampu ku tuliskan di sini..
Kecewa yang teramat sangat..
Mengharap tahun 2013 ini lebih baik dari yang sebelum ini..

Singapore Kota Keriangan Bah 3

Memandangkan makan tengah hari tidak termasuk di dalam pakej dan memang telah diaturkan untuk makan tengahhari di satu kawasan ini, maka bas pun beransurlah menuju ke  Bugis Street. Agak sibuk kawasan Jalan Bugis ini memandangkan hari minggu, agaknya Jalan Bugis ini pun tumpuan orang menghabiskan hari minggu.  Kami cuma diberi dalam 2 jam. Tak banyak benda yang boleh dibuat dalam 2 jam itu sebenarnya. 


Bugis Street

Capital Mall


Bangunan Kedai di Sekitar Bugis Street

Orang ramai menghabiskan masa di Bugis Street

Singkat sangat masa yang diberikan. Tak puas rasanya berada di Singapora. Tapi rasanya sangat berbaloi dengan charge yang dikenakan. Menyimpan hasrat untuk berkunjung ke sini lagi suatu masa nanti. 






Singapore Kota Keriangan Bah 2

Awal juga dah sampai di Imigresen lupa nak tengo jam . Selesai melakukan urusan imigresen Bas meneruskan perjalanan ke Sentosa World Resort kami sampai di SWR sekitar jam 5.30 pagi. Sememangnya trip ini dirancang untuk setengah hari di SWR dan petangnya akan beransur ke kawasan lain. Memberi peluang kepada Ahli Rombongan untuk menghabiskan duit di sini...



Entrence

Casino SWR

Sudah tahu kenapa tiket murah sangat..hahaha....
Ahli rombongan yang kurang arif dengan game ini ada pilihan lain untuk menerokai sekitar kawasan Sentosa World dengan masa yang tetapkan.


 Sekitar kawasan Sentosa World yang sempat di terokai untuk masa yang singat itu.


Hard Rock Singapore
                                           
                                       
Sekitar SRW
                                                                           

Sekitar SWR

 Candy..candy..candy yang membuatkan poketku separuh rebak.


Candy


Hajat hati ingin ke Universal World namun memandangkan masa tidak mencukupi ku simpan hajat untuk berkunjung ke sini satu hari nanti. Kalu panjang umur.


Universal Studio


Ini di sekitar SWR, menaiki tren dengan percuma ke sekitar SWT menghabiskan masa yang diberikan di sini.




WF Station


Di tapian pantai



Pokok Kelapa




Tambah kapsyen



Sentosa Resort

Indoor Skydiving



Interseting juga game ini..


Statue 





Singapora Kota Keriangan Bah 1

Tercapai juga impian ke Singapore sungguhpun sangat singkat. Sehari.

Seronoknya sebab saya cuma bayar RM 40 seorang dan memandangkan saya pergi dengan pakej anak2 sekali saya so saya kena bayar RM 160 untuk pakej pergi dan balik berserta dengan dinner...huhuhuhua.Girangnya hatiku mana nak dapat trip cam ini. Jawaban kena tanya MIL..

Jam 9.00 malam saya dah siapkan anak2 kerana harus berada di Meeting Point paling lewat jam 10 malam. Memandangkan saya pergi dengan MIL, kami kena mengambil  dia dahulu sebelum ke MP.
Kami sampai awal di MP sempat lagi singgah di KJ beli makanan untuk bekalan breakfast.

Tengah layan budak2 tu datang Pak Itam dengan GF duduk kerusi sebelah. Telebih mesra.
Sibuk je nak tanya budak2 nama siapa..umur berapa..sekolah kat mana..tinggal kat mana..hisss..ada gaya cam nak culik budak..

Nasib baik bas sampai..Selamat dari segala pertanyaan c Pak Itam.

Bas bergerak dari MP jam 11.00 malam dengan jumlah penumpang 45 orang. Bus Persiaran kekdahnya.
Rasa cam rombongan sekolah pun ada. Anak2lah yang paling seronok sebab jarang naik Bas.
Memandangkan cuma saya yang bawa anak2, so ahli rombongan dalam tu sibuk nak melayan. Bagi gula. Bagi biskut. Bagi minuman. Terima kasih semua. Buat susah-susah saja.

Maka bermulalah perjalanan saya dan ahli rombongan. Bas bergerak perlahan menuju ke Selatan. Ahli Rombongan lain masing2 bersembang. Riuh satu kampung. Cam tak jumpa setahun. Nasib baik anak2 mood baik. Tak meragam. Haruslah manfaatkan masa ini untuk tidur.
Bas berhenti rehat makan di R n R Pagoh sebelum meneruskan perjalanan ke Singapore.

Akhirnya tiba juga di kota Singapora.


















Medan Trip Bah 3

Sejuk yang teramat sangat di Sidikalang...
Nasib baik malam tadi tidurku lena selepas melalui perjalanan yang memenatkan itu..
Pagi ini saya dah cakap dengan Mr H, GPS itu hidupkan awal-awal sebab hari ini kami kena bergerak menuju ke Brastagi..Kata Supir perjalanan mungkin mengambil masa 5-6 jam..trip kali ini memang habis kat jalan sajalah sebab dah tersesat dari awal.

Selepas sarapan pagi kami bergerak menuju ke Brastagi ..
Sepanjang perjalanan menuju ke Brastagi kiri kanan dipenuhi tanaman sayuran dan ladang kopi. Ada juga nampak satu  gunung berapi yang masih aktif rasanya sebab nampak bekas lahar dan kepulan asap
Nasib baiklah pemandangan sepanjang jalan mengasyikkan terubat sakit hati.

                                   



                                  Kebun Sayuran


                  Antara deretan gereja yang banyak di sekitar perjalanan



Akhirnya penantian berakhir sampai juga di Brastagi..
Tak adalah kepunan sangat sebab sampai juga di salah satu lokasi yang ingin di tuju.



                                     Sekitar Brastagi
                              Kuda untuk disewa

                              Buah-buahan segar dari ladang


Sempat juga kami mengelilingi sekitar Brastagi walaupun masa yang amat suntuk. Satu kawasan yang sangat cantik. Udara pun nyaman.  Kata supir orang- orang dari Medan selalunya  hujung minggu akan ke Brastagi untuk refreshi. Perjalanan dari Medan ke Brastagi mengambil masa 2-3 jam bergantung pada macet/ kesesakan, hujung minggu selalunya banyak kenderaan yang akan ke sana. Memandangkan rancangan bercuti ini sudah pun rosak sejak awal lagi dan kami tiada rancangan untuk bermalam di Brastagi kerana takut terlepas penerbangan petang esok, kami meneruskan perjalanan ke Medan.

Medan Trip Bah 2

Kami sampai di Parapat agak awal dalam jam 1.30pm..Laju juga Pak Supir bawa kereta Avanza dari Medan tadi. Memandangkan sepatutnya kami akan bermalam di Somasir pada malam ini  kami harus mengambil feri dari Jeti ini menuju ke Pulau Somasir perkampungan orang batak.Supir menguruskan segala pembelian tiket memasuki Feri so saya pun tidak ambil tahu berapa jumlahnya sebab saya dah bayar lumsum kepadanya.  Ferry ini pun bukan suka2 jalan ada jadual. Dalam jam 2.30 pm barulah feri tersebut akan bergerak.Memandangkan masih ada masa lagi kami menyuruh supir untuk membawa kami mengelilingi sekitar pekan Parapat. Kawasan agak cantik kerana boleh melihat danau Toba yang terdampar luas, sejuk, kalulah saya menginap di sini malam itu tak adalah kami sesat sehingga ke Sidikalang.

Ikut perkiraan sebenarnya feri ini cuma mengambil masa sekitar 40-1 jam untuk sampai ke Somasir. Sepanjang dalam boat tersebut saya terlelap. Saya tak turun pun dari kereta tersebut kerana kepenatan.

Kesilapan kami bermula di sini, saya ingatkan supir tersebut mengetahui kedudukan Carolina Hotel itu rupanya dia tak tahu langsung. Cuma beberapa meter dari tempat  feri berlabuh simpang Hotel Carolina itu sudah boleh dilihat tapi saya sendiri tak sedar kerana berharap sepenuhnya dengan Pak Supir.

Setelah bergerak dalam sekitar 1 jam saya agak kehairanan kerana tidak ada tanda2 yang kami akan menjumpai hotel Carolina.Sepanjang perjalanan tersebut cuma lagu yg menemankan kami. En H terpeku agaknya dengan keindahan pemandangan di sekitar Danau Toba. Sibuk mengetik kemera.  Anak-anak dah bising bila nak sampai ke hotel tak sabar nak masuk dalam pool. Haruslah tak jumpa sebab kami dah terlepas simpang hotel tersebut. Akhirnya anak saya R bersuara "saya rasa kita dah mengelilingi pulau ini sebab danau makin jauh ditinggalkan.."Rupanya kami memang dah sesat..Supir pun tidak mengetahuinya..Ko dari planet mana hah? Tempat sendiri pun tak tahu..


Selepas 2 jam dalam perjalanan, dan telah melalui jalan pergunungan, . OOOO No...memang dah agak sebabnya danau makin kebelakang dan kami lebih banyak bergerak di pergunungan. Apa yang saya kesalkan dia tiada inisiatif langsung untuk bertanya kepada penduduk tempatan untuk bertanya. Susah sangatkah buka mulut sekadar bertanya?
Bukan kena bayar pun.



                             Gambar buat penenang hati yang kuciwa



Saya rasa nak marah pun dah tak larat. Akhirnya kami berhenti makan malam di satu kawasan tak tahu pun nama tempat tersebut. Jam ketika itu menujukkan jam 6 pm. Ketika itu barulah Mr Hubby teringat yang dia ada bawa GPS..Agaknya lepas dah recharge energy barulah masing-masing boleh berfikir normal..Hotel terdekat dengan lokasi kami berhenti itu Hotel Sidikalang. Saya beritahu dengan Supir tak payah patah balik sebab saya dah tak larat nak menempuh jalan tersebut, teruskan saja ke Hotel Sidikalang. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 min ke sejam berdasarkan keadaan yang agak gelap dan berbukit bukau.  Akhirnya kami sampai juga di hotel tersebut tersebut selesai melakukan penempahan kami masuk ke dalam bilik dan zzzzz.............

Kecewa yang teramat sangat sebab tak sampai ke tempat yang di tuju...Nasib baik saya tak bayar deposit pada Carolina Inn kalu tak burn cam itu saja..


Lagi gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan. 







Medan Trip Bah 1


Tiket Ke Medan ini saya beli semasa promosi zero fee ketika itu harga tax belum lagi dinaikkan, harga tiket untuk 5 orang pergi dan balik dalam RM 250. tak termasuk harga add on lugage dan makanan. Lugage pun tak ambil banyak cukup syarat  asalkan tidak kena bayar di kaunter.

Memandangkan saya mengambil penerbangan paling awal ke Medan dalam jam 7.40 am, maka seperti biasa kenalah bergerak awal dari rumah ke LCCT.  Saya sengaja bergerak awal dari rumah sekiranya menaiki penerbangan dengan anak-anak memandangkan budak2 suka buat perangai.  Mengambil kira kemungkinan kerenah anak2 di airport nanti,  saya tidak mahu mengambil risiko ketinggalan kapal terbang. Setakat ini tak pernah terjadi lagi cuma mengambil langkah berhati-hati..

Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam  dari Lapangan terbang LCCT menuju ke  Medan, di jangka tiba di Medan pada jam 07.35 am waktu Indonesia. Penerbangan lancar, sampai tepat pada waktunya, urusan imigresen pun mudah.Thanks God.

Sebelum trip ini saya telah pun berurusan dengan En T  yang saya kenali melalui email untuk menempah kereta dengan supirnya sekali  untuk trip 3H dan 2M dengan kadar bayaran 2 juta rupiah lebih kurang  RM 660 ketika pertukaran duit semasa. Saya rasa bayaran tersebut agak masuk akal memandangkan jarak perjalanan ke Parapat sahaja mengambil masa 4 jam kemudian pada keesokkannya  dari sana akan bergerak pula ke Brastagi yang mengambil masa sekitar 3 jam. Saya ingatkan En H yang akan membawa kereta tersebut rupanya dia cuma orang tengah yang menguruskan tempahan tersebut. Ada Supir yg merupakan orang tempatan yang akan membawa kami dalam 3H tersebut.

Selepas melunaskan bayaran dan bersarapan pagi bermulalah kembara kami ke Parapat yang mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Memandangkan pemandangan sepanjang perjalananan ke Parapat tidaklah mengasyikkan apa lagi nak buat selain melayan mata.















Musim Bunga Di Korea Bah 6

Hari Ke 4 Di Korea..
Hari ini destinasi  kami  agak jauh di luar kota.  Rasanya kunjungan ke Korea tidak akan sempurna kalu tidak ke Pulau Nami di mana lokasi pengembaraan Winter Sonata telah dilakukan. Perjalanan agak jauh kerana terpaksa bertukar train beberapa kali dan kemudian mengambil texi sebelum menaiki feri ke Pulau Nami.

Sekitar Pekan Nami


Welcome to Nami

Kalu duit cukup tebal boleh je kot ikut Zip wire ni

Entrence..tempat beli tiket

Tempat Feri berlabuh

Penumpang Naik Feri

Feri dalam perjalanan 

Nami

Main Enterence

Antara yang kreatif

Impian dah tercapai..welcome to Nami

Nami Maps

First Kiss Statue

Winter Sonata Picture

Winter sonata Picture

Pokok Tengah menghijau


Sekitar Nami

Island Cultural

WS Statue