Musim Bunga Di Korea



Trip Ke Korea ini sebenarnya pada tahun lepas 12 Mei hingga 17 Mei 2011, cuma sekarang ada kelapangan untuk memasukkan entri tersebut. Tiket dibeli semasa promosi awal pembukaan haluan baru ke Seoul. Harga tiket pada masa itu  memang murah dalam sekitar Rm 280 pergi balik. Cuma sekali ini saja harga tiket ini keluar. Menyesal pula tidak beli tiket untuk 4 season masa tu..ceh cam banyak duit sajakan..

Trip ke Korea ini pada mulanya saya tempah dengan adik lelaki saya namun memandangkan dia baru saja berkerja dan sukar mendapat cuti, tiket bertukar tangan kepada adik perempuan saya Dave..rezeki dialah sebab tahun yang sama dia ke Bangkok dan Jakarta..



Memandangkan budget saya yang sangat terhad sebab sudah 3 Trip tahun ini so Trip ke Korea ini saya cuma hadkan pada RM 1500 tetapi petukaran ketika itu adalah 2.78 Won.  Inilah trip yang saya kena berbelanja dengan berhemah memandangkan Nilai mata wang di sana tersangat tinggi, 3 kali lebih tinggi dari sini. Walaupun demikian saya aktifkan juga pengunaan Antarabangsa untuk Maybank dan Kad Kredit takut ada kecemasan.


Hari Belepas

Penerbangan yang dijadualkan pada petang jam 2.30pm waktu tempatan telah mengambil masa selama 6 jam..fuhh rasanya ini penerbangan yang paling lama saya ambil...stress jugalah dalam flight dalam 5 tin 100 plus saya minum....




Sekadar pengetahuan, Rakyat Malaysia yg ingin Ke Korea tidak perlu memohon Visa dan anda boleh duduk di sana dalam tempoh 90 Hari..senangkan, antara alasan lain kenapa saya memilih Korea untuk destinasi berliburan....




Penerbangan saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Incheon pada jam 9.00 pm waktu Korea, jam dia org cepat sejam dari kita. Memandangkan bas terakhir yang menuju ke Seoul adalah pada jam 10.30 pm, saya dan adik kena berlari secepat yang mungkin kerana perlu menyelesaikan urusan Immigresen dan bagasi. Nasib baiklah urusan Immigresen dapat diselesaikan dengan cepat. Nasihat saya pada yang mengambil penerbangan petang dari LCCT ke Incheon dan berhasrat mengambil bas pastikan anda tahu nombor bas yang hendak dibeli. Untuk yang berkeluarga saya rasa baik ambil perkhidmatan pick up dari hotel yang anda tempah, tak payalah nak Amazing Race..


balai berlepas LCCT

Selamat mendarat di Airport Incheon, tengah tunggu train menuju ke Arrival Hall

Sekitar Kawasan Pengambilan Bagasi -Incheon Airport


Station Laluan Bas 6011


Mr Sea Backpacker
Ini dia Backpacker Mr Sea, Tempat ni  senang nak cari dan tak payah nak daki tangga bagai. Turun dari bus lintas jalan, belok kanan, penginapan ini terletak bersebelahan dengan satu salon.

Bas yg melalui Backpacker Mr Sea Area

Saya telah memilih untuk menginap di BACKPACKER MR SEA selama 6H 5M, penginapan ditempah setelah membuat banyak review- harga, lokasi. Kawasan agak jauh dari main city seperti Myayongdong, Dongdeamun atau Nandaemun tetapi harga penginapan dan harga makanan agak murah dan kawasan hotel yg senang ditemuai. I mean tak payah nak panjat bukit bagai sebab hostel ini kat tapi jalan je.


                                    
Kawasan ruang tamu

                                                                 
Lukisan dinding 

                                                                   
Tingkat Bawah

Pejabat Urusan, Boss ambil budak2 Uni  Sungkyunkwan, boleh berbahasa inggeris senanglah berurusan
                             

 Kawasan Dapur..Sarapan pagi yang disediakan roti dan jem


 Ketika kunjungan saya ke sana, cuaca di negara tersebut masih lagi sejuk walaupun sudah di Musim Spring atau Musim Bunga. Bunga yang sedang mekar itu kebanyakkan saya tidak pernah temui di negara kita. Atau mungkin saya tidak peka terhadap jenis bunga di negara kita...




Sambil itu layankan dahulu foto-foto berikut..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan