Qoo10 - Online Marketplace

Semenjak dipekenalkan dengan website Qoo10, dan seterusnya 'Terlanggan' email Qoo10, melawat website Qoo10 sudah menjadi rutin harian kerana ada saja item yang menjadi tarikan kepada pengguna.

Sedikit pengenalan mengenai Q0010..

About Qoo10 & GiosisAbout usSecrets


About Company

Giosis is a joint venture company formed with eBay, the world's largest online marketplace, to become Asia's leading online marketplace. Giosis provides a powerful online marketplace platform that allows its buyers enjoy highly secure and convenient shopping experience. The company currently operates 7 localized online marketplaces in 5 countries including Japan (http://www.qoo10.jp)and Singapore(http://www.qoo10.sg)and plans to expand into more Asian countries in the near future.


So apa yang hebat sangat dengan Qoo10?
Jom kita tengo website Qoo10:








Ini antara  blouse yg sudah menjadi milik saya. Harga rasanya berbaloi dalam Rm 30, kualiti pun not bad, tapi sekiranya nak murah lagi dalam promosi itu ada menyatakan harga pembelian yang melebihi untuk jumlah sekian, kos penghantaran adalah percuma. Size yang dinyatakan dibawah masih sesuai untuk orang asia.

Memandangkan item dihantar terus dari China ke Malaysia sememangnya proses penghantaran mengambil masa  sungguhpun menggunakan Citylink. Dalam kes saya sekitar 7 hari juga baru sampai ke office. Pada saya itu masih dalam tempoh yang boleh ditunggu, kerana dalam website pun ada dinyatakan proses penghantaran akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bergantung pada lokasi.






Saya tidak pernah terfikir untuk membeli pants secara online kerana takut cutting tak sesuai sungguhpun diberikan size. Tetapi pants2 yang ini sangat-sangat mengoda..Haruskah beli online????????






Kalu ikut review yang telah diberikan dalam Q0010 semua ok dan agak membantu...Tetapi?? tangan tak sampai lagi tuk menekan "ORDER". Tengolah kalu hati dah terbuka untuk beli saya akan bagi review.

Setakat ini yang menjadi pilihan saya cuma baju wanita dan kosmetik. Barang kosmetik rasanya agak murah dibandingkan dengan harga di outlet- Etude, SK II, Laneige

Akhirnya, pilihan sebenar terletak pada pengguna, anda boleh memilih untuk membeli online dan barang akan dihantar pada anda melalui pos. Cepat atau lambat bergantung pada lokasi anda dan jenis penghantaran. Dari segi harga, sebenarnya pada saya masih murah dan termampu. Atau pengguna sendiri ke kedai untuk membeli (mungkin kepuasan orang lain dengan melihat sendiri barang tersebut) tapi memandangkan masa saya sangat terhad untuk mengunjungi Mall antara alasan saya lagi suka untuk membeli online selain harga yang murah.

Sekiranya berminat cubalah  lawat website http://www.qoo10.my/.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan