Musim Panas Di Busan 2013

Good Day Everyone..

Akhirnya trip yang ditunggu-tunggu kunjung tiba juga. Ini   antara trip terawal ke Busan setelah penerbangan ketibaan  AAX ke Busan pada Isnin lepas 15 July diwar-warkan oleh media massa.  Trip berpanas-panasan di Busan Korea kekdahnya. Iya ikut ramalan cuaca agak panas sekarang ini di Busan sama panas dengan negara kita. Tiket ke Busan dibeli awal semasa pelancaran laluan baru ke Busan pada April lepas. So korang dah boleh agak berapa aku dapat harga RETURN untuk trip kali ini (RM 437 tak termasuk luggage n makan).  Thanks again AAX kerana tanpamu kaki ini takkan jejak ke negara orang. Memandangkan cuti yang tidak berapa nak banyak so trip ke Busan ini diperuntukkan selama 5D n 4N. 


Hujan Renyai-renyai pagi itu.




Flight pagi jam 8.30am dari LCCT ke Busan mengambil masa selama 5 jam 40 minit ke Busan. Flight kami tiba di Busan sekitar jam 3.30pm waktu Korea. (Sejam cepat dari Malaysia).  
Dek kerana hujan dah turun awal, awan agak tebal. Sepanjang penerbangan itu beberapa kali melalui terbulence. Paling tak suka. Mak kecut perut nak..
Anyway, flight safely landing at Gimhea Airport Busan. International Airport kat Gimhea ni tak besar mana and for sure takkan lost punya. Ikut je direction yang diberikan.. Tapi Immigration agak lambat. Buka 2 kaunter je dia orang tak alert lagi kot ketibaan rombongan yang dibawa oleh AAX  dari Kuala Lumpur. Untung orang Busan semakin ramai  pelawat yg AAX terbangkan ke sana. Clearence Immigration  ambil masa dalam  30-45 minit. Nasib baiklah aku dah ckp kat hostel tu aku sampai sekitar jam 6pm.



Selesai urusan imigresen dan ambil bagasi terus ke Info Counter. Itu amalan biasa ke negara orang, sambil2 kutip brochure walaupun  dah ada itinery yang last minit buat  dan memang tak complete.

Busan Tourist Info


 Tak susah nak cari Limosine Bus yang menuju ke destinasi yg kita nak pergi koz tempat menunggu yang sama Tengo Stand yg ada No 2. Cuma bezanya laluan masing2. Aku booking hotel  Blue Backpacker Hostel ambil limo Bas ke Busan Station  berenti kat first Seomyeon Lotte. Dari Airport ke Seomyeon mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tambang 6000 won flat rate ke semua destinasi laluan Busan Station.


Tunggu Limosine  Kat Sini


Laluan Limousine Haeundae 1



Laluan Limosine Haeundae 2 




Laluan Busan Station



Sekitar Airport Gimhea


Banner AAX  ...Mewar-warkan ketibaan AAX ke Busan Korea.




 

 

 

 






 
 
 Thank You For Read.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan