The Master Sun- Review

Walaupun sudah bersiaran lebih kurang 9 epsd di SBS channel di Korea sana, tapi aku baru nak tengo kat Channel One menggantikan  drama I Hear You Voice, maknanya semlm baru masuk Epsd 1-4/9/2013. Drama hasil tulisan Hong Sister (drama tulisan dia orang yg aku dah tengo  The Greates Love, Couple Or Trouble, Big, Delightful Girl Choon Hyang, My Girl)..
 
The Master Sun drama yg mengisahkan seorang perempuan yang boleh melihat hantu manakala c lelaki pula cuba melindungi beliau. Ada unsur agak menggerikan dalam drama ini tapi masih boleh diterima akal dan tidaklah menakutkan sampai tak tidur malam. Di samping itu banyak diselitkan adegen lucu..
 
Disiarkan setiap malam rabu dan khamis di Channel One pada jam 9.00pm to 10.15pm, drama arahan PD Jin Hyuk  (drama lain arahannya City Hunter, Prosecuter Princess, Shining Inheritance, On Air). Dan dibintangi pelakon-pelakon ternama seperti So Ji Sub (  belakon drama The Ghost,  Sorry I love You, Cain & Able, Glass Slipper). Aku terminat dia ni lepas tengo drama Glass Slipper kemudian tengo pula dalam drama Sorry I love You. Tapi akal tak boleh terima yg hero pun mati juga dalam drama tersebut so aku tak tengo dia berlakon lepas itu...then ada pula member bg DVD Cain & Able, layankan saja sebab minat Shin Hyeon Jun -currently MC Entertainment Weekly KBS. Mujur drama tersebut tak buat aku meroyan.
 
Manakala heroin drama tersebut Gong Hyo Jin yang memang pernah berkerjasama dengan Hong Sister dalam drama The Greatest Love berpasangan dengan pelakon Cha Seung Won sudah kukenali lama dulu lepas menonton drama Sang Do Let Go to School berpasangan dengan Rain, dan aku paling suka tengo dia berlakon dalam Pasta...sebab karakter dia yg sempoi giler..muka tebal..dan sengal.
 
Setakat first epsd semalam memang dah terlekat kat depan TV untuk 1 jam 15 minit, so maknanya drama tersebut Berjaya menawan hati aku...
 
 
 
 
 
 
 
The Master Sun Poster




Thank You For Read.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan