Grand Opening Avanue K in Jalan Ampang

 
Akhirnya Avenue K di buka dengan rasminya kepada orang ramai pada hari ini 31 Oct 2013
 
Ini pemandangan pagi tadi yg sempat di rakam ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sekitar suasana pembukaan rasmi salah satu tempat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, Lokasi di Jalan Ampang Opposite dengan KLCC. Red Carpet dah ready untuk menyambut orang kenamaan. 
 
Dengarnya H & M kat sini antara yg terbesar kat Asia..Lepas ni ramailah orang akan beralih angin ke H & M kan..
 
 


 
More about Avenue K please visit: http://www.avenuek.com.my/contact_us/contact.php
 
 

Shin Mina and Jo Jung-seok New Movie

Wah Shin Min Ah & Jo Jung Suk akan berlakon dalam Filem My Love My Bride..(filem ini dibikin semula dr Filem lama.

Shin Min Ah memang dah terkenal dengan drama dan filemnya yang hebat2 belaka. Tengolah drama dia mesti pair dengan pelakon hebatkan. First tengo dia dalam drama  A Love To Kill berpasangan dengan Rain. Meroyan mak tengo drama ni. Tak sanggup nak story balik.  Dalam banyak2 Drama dan Filem  dia aku suka dia berlakon dengan Jo Ji Hoon. Cuba tengo dia orang belakon dalam drama The Devil walaupun ending menyakitkan hati. Lepas berlakon dalam drama, dia orang berpasangan pula dalam Movies The Naked Kitchen , So terubatlah sakit hati kejap lepas tengo drama TD dengan Movie baru dia org itu. Aku tak silap ending dlm drama ini pun dia tak pilih pun kedua-dua lelaki itu. Hidup sendirian juga.

Jo Jung Suk dah memang terkenal dalam bidang musical sebelum turun ke layar perak. Dah memang tengah minat dengan dia ni lepas tengo drama YTBLL siaran KBS world. 
 
Aku rasa  gabungan dia org berdua sememangnya sangat di nantikan peminat mereka di luar sana.


Shin Min Ah & Jo Jung Suk
 

The King Family Review

Aku dah tengo sampai epsd 14 kat KBS World yang bersiaran setiap sabtu dan ahad. Kalu tak sempat tengo kat tv aku tengo kat dramafire ataupun youtube.

Ini perkembangan antara  c Gwangbak dan Sangnam. C Gwangbak yang tak tahu malu itu tanpa segan silu menunjukkan rasa teramat sukanya kepada c Sangnam..Memang muka tak malu kan..Ko nak buat cam mana penulis dah buat skrip cam itu..Yang kelakar itu sebab budak kecil umur 10 tahun yg jadi penasihat bercinta. Apa yg dia tak tahu   Miho itu anak buah c Sangnam. Wakakakaka. Mau s Gwangbak menyorok dalam almari gamaknya kalu dia tahu idea dating memancing ikan itu datangnya dari Sangnam. c Sangnam pula sukanya nak sakat c Gwangbak yang desperate sangat nak kissu2 dengan Sangnam.kuikuikui..Tapi dah tengo sampai epsd 14 semlm epsd paling sedih apabila Sangnam yang akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya yang telah meninggalkannya selepas sekian lama. Umur anak pun tak tahu..Memang terkedulah tengo Sangnam nangis depan mak dia yang keras hati itu. Agaknya pasal itulah Sangnam takut nak jatuh cintankan sebab kecewa dengan mak dia. Tapi mak dia memang jahat.  Dahlah ambil duit dengan ex laki dia bapa c Sangnam, Berhutang guna nama family pula,  akhirnya adik dia (Mak Miho) yang seorng itu tergadai sebab nak bayar hutang kakaknya yang banyak itu. 
 

C Sadal dah lupa diri selepas menjalin hubungan dengan perempuan lain aka director tempat dia berkerja. Mati2lah kot c Hobak suruh Sadal layan Boss dia sebaiknya. Dia tak tahu yg Boss c Sadal itu perempuan. C Sadal pula memang berubah  bila dah dilayan oleh orang kaya ini. Tambah pula dapat kad kredit dengan limit 100k mau tak c Sadal melompat kegembiraan dan   berbelanja sakan cam org kaya-kaya lupa diri.   Kasihan c Hobak kan. Dahlah dia dengan mak dia tak baik, husband pula buat perangai. Buta2 Hobak percayakan laki dia yang penipu itu. Anak dia yang dah sekolah pandai baca itu pun boleh faham mesej perempuan tu hantar kat HP bapa dia. Aku rasa mau c Hobak karate c Sadal lepas ini. Tambah2 pula c Hobak dah belajar Karate dengan murid ayah dia. Aku harap juga c Hobak akan jumpa lelaki yg lebih baik dari c Sadal yang tak sedar diri itu. Hopely ayah murid dia yang ajar dia Karate...


Dan tak sabar nak tau bilalah  rahsia c Sobak yang tak sedar diri itu akan terbongkar. Minjung punya baik dengan wife dan in law tapi Sobak tak endahkan dia. Orang tu dahlah pergi kerja sebelum subuh balik lepas tengah malam, masak pun tak. Kasihan betul tengo dia. Aku nak tahu juga apa rahsia c Sobak sampai sanggup ugut c Hobak. Rupanya C Sunjung Ex Girl Minjung pula, dan dia lebih sesuai jadi pasangan c Minjung berbanding dengan Sobak yang asyik berangan je. Anak pun tak nak urus.


Penat aku meroyan hari ini...

Lee Si-yeong Fails in Championship Bid at National Sports Fest

Percubaan dia untuk menjadi wakil kebangsaan tidak menjadi setelah gagal dalam pusingan suku akhir kelayakan ke Sukan Asia untuk kategori 51 kg kot. Tak apa boleh cuba lagi.

Aku suka tengo dia Nampak cam ladies tapi tak sangka yang dia akan menyertai sukan yang aku anggap agak tidak sesuai untuk dia yang Nampak feminine.Dia tak risau pun muka dia cedera di tumbuk..gigi patahkah ...Well dia pun dah membuktikan yang dia boleh lakukan sehingga ke peringkat kebangsaankan.
 
Dia pernah mengacara Enterteinment Weekly lebih kurang setahun cam itu..lepas tu berenti. Kemudian tengo dah masuk sukan boxing pula. Hebat juga minah ni.. Drama dia pun banyak je yang best2 - Flower Over boys, The Birth Of Rice, Poseiden, Wild Romance.

Tapi mungkin kepuasaan dia dalam sukan boxing lebih dari yg dia dapat dari belakon.

Cantikkan ..tak sangka dia boleh masuk sukan boxing


 
 
Thank You For Read.

Showbiz Korea - Press Conference of the New Drama "The King Family", 드라마...

Ini je drama yang aku tengo sekarang ni. Tahap kemalasan bergulung-gulung so review pun tak buat tapi mak jumpa ini kat Youtube. Ini Press Conference Drama The King Family. Sila berkenalan dengan pelakon-pelakon hebat ini.





Thank You For Read.

Kelly Clarkson offacially Mrs Blackstock

Kelly Clarkson bekas pemenang American Idol musim yang pertama akhirnya menamatkan zaman solonya dengan Black Blackstok pada ahad lepas . Dia nampak sangat cantik dengan Gown kawin dia kan...Big Congratulation to both of you, hope your life together will filled with joys, happiness and lots of love...




Kelly Clarkson look beautiful with her wedding dress


Mr & Mrs Blackstock

Women Successful Career as a Male Model Elliot Sailor - Androgynous looks


Aku suka tengo muka-muka Androgynous ini sebab unik..
kebanyakkan model sekarang  muka androgynous ada ciri feminine dan  maskulin.
Elliot Sailor ini pun salah seorang juga..Tengo sekali imbas memang dah cam lelaki kan.



Muka macam lelaki kan..
Tapi kat sini cantik pula..




Thanks You For Read.


Movies, dramas and entertainment shows, 87's are taking over


Ini tahun bertuah untuk yang lahir pada 1987..Mak pun tak perasaan yg budak2 ini sebaya rupanya.
Kat Korea nun sana dia org inilah yang mendomanasi industry hiburan...

Sapa tak kenal Lee Min Hoo yg tengah panas dengan drama The Heirs ( drama lakonannya Flowers Over Boys yg menaikkan namanya) Joo Won yg baru habis berlakon Good Doctor - mula tengo budak ini belakon dalam drama Bread Love & Dream kemudian sambung pula dengan Ojak brother 50 epsd, Jang Geun Seok yang bakal berlakon drama Pretty Boydan dijangka bersiaran dalam hujung tahun ini di KBS (tengo dia mula2  dalam drama Beethoven Virus dan suka sangat lakonan dia dalam You are Beautiful dan Marry Stayed Out Al Night) , Jeong Il Woo yang tengah berlakon drama Golden Rainbow.
 
 
Dalam usia muda2 inilah patut dimanfaatkan cari duit sebanyak mungkin. Tak selamanya dia laku dalam industry ini kan..


Sebaya rupanya mereka ini..

Motivation Quotes

Feeling down this a few days..




do agree..


True..

Added new 9 millions viewers "Thank You" celebration image for the korean Movie

Wow..Dahsyat gila sambutan orang  kepada Movie- The Face Reader yang masih bersiaran di pawagam di Korea sana. 9 Million hokey.Fuh. Memang berbaloi-baloi usaha pengiat seni di sana. Bak kata orang boleh cari makan dengan senang hati. Macam Jo Jung Suk ini baru je habis berlakon drama Lee Shoon Shin The Best terbitan KBS. Habis saja drama sibuk pula promosi Filem terbarunya. Memang job tak pernah habislah.


Sapakah peminat yang bertuah ini dapat peluk sakan JJS..

Sessi bersalaman dengan peminat. Kerana sokongan peminatlah Filem ini mendapat 9 milion viewer.

Sessi soal jawab sambil merayakan kejayaan besar ..

Terima kasih atas sokongan anda..katanya

Bersama pengarah Han Jea Rim..pelakon Song Ka Ho, Jo Joeng Suk, Lee Jung Jea

Picture and articel kredit to hancinema..

thank you for read.

Gong Hyo Jin Legs

Aku rasa dia antara artis yang mempunyai sepasang kaki yang sangat cantik.

Jealous tengo kaki dia..

Sepasang kaki yang cantik

Oh My Kaki


Pakailah apa saja. Mata tetap kat kaki dia yg panjang itu..
 
                                                                          Sexy than Nude...
 

Thank You For Read

Kris Jenner, Bruce Jenner split

Perkhawinan selama 22 tahun itu akhirnya berakhir jua..

Katanya dah tak tinggal sebumbung lebih kurang setahun. Tapi dalam Keeping Up With The Kardashian elok je kan..Belakon kena pandai , Program TV dia org itu banyak bagi dia org duit.

Tapi yang mengejutkan itu : No prenup with $125 million fortune at stake could result in messy divorce for the couple ..Fuh cam manalah agaknya dia org nak bagi harta2 dia org ini kan..

Kriss ini kadang sangat annoying so aku rasa memang elok juga c Bruce tinggalkan dia. Tapi kasihan pula dengan anak dia org Kendall and Kyle..


Ini semasa masih bahagia..

Gambar dgn anak masing2..


Semasa masih berdua..




Thank You For Read.
 

The Master Sun - Review

Tahap kemalasan berganda-ganda so review every epsd untuk drama ini langsung tak buat.

Drama TMS ini sudahpun habis bersiaran di Korea nun sana, tapi masih berbaki beberapa siaran di Channel one. Sebab drama dah habis aku nak meroyan kejap moment indah c Jong Won and Gong Shil..Walaupun c Jong Won itu sangat arrogant dalam drama ini kan..

C JG kan penangkal Gong Shil bila JW sentuh saja GS segala jenis hantu pun lari..

Ehem..First kiss rasanya epsd ini. But Gong Shil tak sedar sebab dah disampuk hantu wife pemain piano..

 

Gong Shil yang sengal...
 
 
Ambil foto masa tidur pun tetap kelihatan cantik. sungguhpun sengal.
 
 
Picture Kredit to Dramalentils tumblr.
 
 
 
Thank You For Read.
 
 
 
 
 
 

The King Family-My Review Epsd 1 & 2

Gwang Bak berhenti jadi cikgu sebab nak jadi penulis. Tapi mak dia tak tahu. Bila mak dia tahu mengamuk sampai rumah nak runtuh. Minjung pula dah nak bankrupt. Tapi wife dia masih berfoya-foya tak sedar diri. Memang parah dapat bini yg tahu korek duit  husband sahaja.
Aku rasa penulis pun cam saja nak bagi kita betul2 geram dengan c Sobak dan maknya.
Hobak masih struggle dengan life dia. Kasihan kat dia ini tau..Dahlah laki dia jobless tahu minta duit dgn wife je. Tambah parah   ibu c Sadal selalu je menangkan anaknya. Pening aku kalu laki tak kerja...

Masuk c Gwangbak dah  3 org yg tak kerja dalam keluarga King ini. C Sadal, Wang Don (Pak cik dia org yg tak matang, sebab mak dia selalu menangkan), dan c Gwangbak.. Mau tak pening bapa dia org cari duitkan..layan kerenah anak-anak. Bak kata ayahnya dia kena jaga kesihatan sebab ada 3 anak yang tak khawin lagi.
 
 
Keluarga C Sagnam juga yg best dahlah kaya ada syarikat sendiri, humble pula itu..  c Sangnam tak tunjuk pun yg dia ada kereta mewah.. Tapi sayangnya ditingalkan oleh maknya. Tapi mak cik dia juga yg baik hati sanggup tinggal kat rumah tu menjaga makan minum keluarga itu.(Mak cik dia tu adik beradik dgn mak c Sagnam) Aku tertanya-tanya juga siapa suami mak cik dia Oh Soon Jung ?.. Dan apa kaitan dia dgn Min Joon g husband c Sobak.
 
C Wang Daebek  satu hal nak berenti sekolah.  Mau tak angin c Gwangbak yg menjaga  adik-adiknyakan.. C deabek kisahnya dah bergaul dgn budak nakal. Dan hampir kena pukul ngan gengstar. Mujur c Sangnam dengar pergaduhan itukan..Maka dia pun selamatkan c Deabak, siap bagi nasihat.. C Deabak pun dah teruja dengan C Sangnam... Malangnya c Sangnam pula yg menjadi mangsa kakak dia Gwangbak bila dia jawab hp c Deabak. Percuma kena marah kan..But then sebab Sangnamlah , adik dia Deabak kembali semula ke sekolah..C deabak awal2 dah bagi tahu yg kakak dia tak cantik, mesti c Sangnam tak suka..
Nanti kita tengo  c Sangnam boleh jatuh cinta tak dgn c Gwangbak...

 
Gwangbak kantoi ngan mak dia yg dia dah berenti kerja


Min Joong yang dah bankrupt..Ayah dia pula datang ke rumah kononya nak tinggal dgn Min Joong

Gwangbak jumpa dengan Sangnam sebab nak berurusan pasal adik dia Wang Deabak yg katanya teruk sebab tak tahu pun apa yg dia nak dalam hidupnya. Akhirnya dgn kata2 c Sangnam jugalah yg Berjaya membuatkan adik dia kembali ke skolah.


Picture kredit to hancinema. 
 
 
Thank You For Read.
 
 

Lee Tae-ran acts as the housekeeper of Oh Hyun-kyeong's house - Epsd 2

Gigih sungguh Wang Ho Bak cari duit sampai sanggup jadi maid kat rumah kakaknya.
Padahal keluarga kakaknya pun dah bankrupt. Cuma kakaknya je yg belum sedar2 diri. Boleh pula tu nak arrange birthday mak dia yg ke 60 kat hotel.Tapi nak collect duit dari adik beradik. Sobak..oh Sobak..
Ko beriya-iya nak buat birthday tu kenapa tak bayar je kan..Mak dia pun satu hal asyik nak menangkan anaknya c Sobak itu..Geram tau ngan mak dia. Pilih kasih dengan anak-anak.
 
Hobak sambil buat kerja rumah pun boleh lagi jaga anakkan..Berapa ramai wanita yang boleh buat kerja rumah sambil jaga anak. Aku pun surrender. Tak larat. Penat. C Sobak pula kerja bergayut dgn kenkawan diakan..
 
Hobak yang pintar ini, baju kakak dia pun dia minta. Katanya nak pakai tapi sebenarnya dia jual balik kat tempat kerja dia. Itu semua duit punya pasal. Sedih tengo dia ambil baju recycle dan bagi pada anak2nya.
 
 
Mak aiii banyak bebenar koleksi c Sobak..
 
 Kredit picture to hancinema.

Thank You For Read.
 

Lee Bo-yeong wins the Grand Award and Best Couple Award!

Big Congratulation to you Lee Bo Yeong..you deserve it for you hard work.

Setelah Berjaya menyapu kebanyakan anugerah yang ditawarkan dia memang layak menerima Grand Prize..Drama Lakonannya yang baru lepas  " I Hear You Voice" berpasangan dengan Lee Jung Suk Berjaya mendapat anugerah  'Best Couple". Manakala drama My Daughter Soe Young mencatatkan  rating tertinggi antara drama yang ada di Korea.  Maknanya  drama paling kerap ditonton...

Once again.. Tahniah..Harap dapat drama yang lagi best lepas ini.Mesti  hati seronok sakan    sebab banyak berita gembira dahlah baru khawin dan menang anugerah pula itu kan..berganda-ganda kegembiraannya.

Mak tumpang tepuk2 tangan dari kejauhan.

Picture kredit to hancinema.

Thanks For Read

BIFF 18th Festival

Meriah betul acara BIFF tahun ini di Busan..yang ke 18 katanya..
 
Dan pastinya yang menjadi tumpuan adalah pakaian artis dengan dress yang bermacam fashion.
See Through, Low Cut Dresses, Back Reveal ..dan namanya artiskan..
 
Kita tengo dress sapa paling cantek...
 


Jam inilah nak tayang apa2 yg patut..yg diatas ini kira masih diterima akal ..



Cun jugak..Back Reveal  kekdahnya..Mujur belakang dia org ni putih bersih tanpa kurapkan..






Kim So Yeon-- Pelakon The Greet Seer, Iris 

Yoo Ina- baru lepas habis berlakon drama KBS Lee Soon Shin The Best

Taecyeon & Lee Yoon Hee..suka nga LYH lepas tengo dia berlakon dalam drama East Of Eden, dan Movie A Milliniore First Love

Han Ji Won..yg meletop-letop dlm drama Secret Garden, tapi aku lagi suka tengo dia berlakon dalm 100 day with Mr Arrogant

Mr Lee Sang Yoon..tgh berlakon  drama The Goddess Of Fire,  drama lakonannya My Daughter Soe Yong pun dapat anugerah juga

My Lovely Han Hyo Joo..she look stunningly with the dress..simple tapi menawan.








Picture kredit to hancinema.
 
Thank You For Read


 

RM 1,600,000

Nombor apakah ini?..
 
No Ekor?..Bagus kalu menang..Tak payah kerjakan..Boleh duduk rumah ternak lemak.
 
Malangnya nombor ini adalah jumlah bayaran yang dibuat Negara kepada artis K-Pop sempena himpunan jutaan belia 2012.  Agaknya sebab kat M'sia sekarang ini semua tengah angau K-Pop maka dgn gembiranya Govment angkat rombongan artis dari Korea nun sana untuk menghiburkan orang cini pada Hari Belia tahun lepas kan..But then bayarannya sangatlah tidak masuk akal..Terlebih sudah.. Banyak benda lebih bermanfaat sebenarnya boleh digunakan dengan duit itu kan..


Perbelanjaan yang sangat Tidak Berhemah..


 

Joo Won Leaving The Variety Show - 1D2N


Aku tak silap baca..atau silap dengar atau  berita ini dah confirm..

Kenapakah rancangan 1D 2N ini semakin sendu....antara sebab napa tengo 1D 2N sebab Joo Woon

So lepas ni tak nak tengo dahlah rancangan 1D 2N sebab Joo Won dah tak ada..







Fan Joo Won sila bertabah hati sebab memang confirm dia akan meninggalkan show 1D 2N
 

kat twitter Allkpop hari ini..

 
 
Thank You For Read.
 
 

Ji Sung & Lee Bo Young Getting Married

Tahniah kepada JS & LBY yang telah  pun menamatkan zaman bercintan dan selamat bergelar suami & isteri  pada majlis perkhawinan yang  telah pun dilangsungkan di Seoul Walker Hill pada 27 Sept 2013 yang lepas.
 
Sekitar majlis perkhawinan JS & LBY. Aku rasa dia org tak sempat pun pergi honeymoon sebab JS tengah sibuk berlakon dalam drama terbitan KBS -Secret yang bersiaran setiap rabu dan khamis.
 

Gown Pengantin dia sangatlah cantik...


Ehem..




 
Thank You For Read.