Cuti tanpa sempadan


Ini rancangan bertahun-tahun yang lepas baru tahun ini menjadi. What a lucky year of Goat. 


Dan untuk cuti CNY tahun ini sebenarnya kami tidak merancang pun pergi bercuti, kalu dah rancang tak lah saya  bercuti sakan sampai tak ingat naik ke office @ 15 hari di hujung tahun lepas kan, tak tinggal sehari pun untuk tahun 2015. So, kebarangkalian untuk memohon cuti di awal tahun 2015 sangatlah sukar, kecuali   my colleague dengan baik hatinya mengizinkan saya bercuti semasa cuti CNY itu. Lucky awal tahun 2015 itu banyak cuti bersambung dan ramai colleque yang bercuti menguruskan persekolahan anak-anak. Dan selebihnya tuah aku, sebab seorang pun tak ambil cuti awal semasa sambutan CNY. So aku boleh bercuti dengan senang hati..LaLalala




Pada satu pagi di bulan Januari itu Malindo hantar email promosi penerbangan. Dan memang tak sangka ada promosi semurah itu sebab flight lagi sebulan saja lagi dari tarikh beli tiket. Saya rasa orang ramai masih terkesan dengan incident kapal terbang hujung tahun so mungkin ramai yang tak nak naik kapal, membuatkan harga tiket turun.

Saya ?? tak takutkah nak naik flight? 

Rasanya harga tiket itu membuatkan perasaan takut untuk menaiki flight telah hilang. Saya masih meletakkan kepercayaan kepada syarikat yang mengendalikan penerbangan tersebut, kecuali factor X itu. 

So tanpa membuang masa saya beli tiket secepat kilat. Dan yang menambahkan keriangan sungguhpun saya menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran tidak ada charge tambahan dikenakan oleh pengendali penerbangan itu. 

SIL macam tak percaya bila saya bagi tahu petang itu, yang tahun ini kita akan ikut dia balik kampung. 

Tiket dah beli, misi seterusnya DUIT..DUIT...DUIT

Dan jangan tidak percaya saya tidak membuat tempahan mana-mana hotel sebab SIL akan gerak seminggu awal ke Bangkok  dan dia ada masa untuk cari penginapan,  negara dia senang dia nak communicate dan ada favorite hotel. 

Agak terkilan sedikit dengan kadar pertukaran matawang sekarang ini. Mujurlah ada sisa duit USD & Singapore Dollar yang belum digunakan telah menyelamatkan kami dari kerugian besar menggunakan RM dengan kadar tukaran sekarang RM100  =  880 bath. Mak nangis tak berlagu..


Destinasi percutian sebenarnya adalah ke arah Timur Laut Thailand, dan bukan sahaja di Bangkok. Agak jauh perjalanan ini kerana selain menaiki penerbangan dari Kl ke Bangkok, ada 2 malam itu kami berada di dalam train dari Hualompong ke Ubon Ratchani (12 jam) menaiki train pukul 8.30 malam dari Bangkok dan sampai di Ubon Ratchani pada keesokan harinya. Dan semasa balik ke Bangkok juga kami mengambil train petang dari Ubon Ratchani  6.30pm dan akan tiba di Bangkok pada subuh jam 5.50pm.




Tujuan ke arah Timur Laut  Thailand



Perumahan nampak kecil dari kejauhankan..

Sesak dengan kenderaan

Sungai Mekong terbentang luas



Salah sebuah temple


Station Keretapi Ubon Ratchani




Sawah padi yang baru habis di tuai sekitar awal Janury. 




Celebrate Chinese New Year At Pratunam Bangkok before heading to KL.



Thanks for read.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan