Cuti Tanpa Sempadan ,Savannakhet Laos

Oleh kerana perkhidmatan  menaiki perahu cuma di tawarkan kepada orang tempatan, orang imigresen tu bagi tahu ada cara lain ke Laos dengan menaiki bas di Imigresen baru Mukdahan, kira-kira  7km dari Indo China Market itu.

Masuk ke Loas melalui jalan darat itu memang tidak termasuk dalam perancangan kami. Even my SIL pun tidak tahu pasal imigresen baru itu. She was in overseas for 5 years sebelum masuk ke M;sia dan kat sini rasanya dia dah duduk 8 tahun, sebelum pergi overseas pun dia duduk kat Bangkok. So dia memang tak duduk lama kat kampung halaman.

Sebab dah sampai sini so kita orang pergi jugalah ke border Mukdahan.


Masuk ke Laos melalui jalan darat kita akan melalui  The Second Thai Lao Frendship Bridge yang di bina untuk menghubungkan Mukdahan dengan Savannkhet Laos. Baca lebih mengenai Friendship bridge ini.



Jambatan yang menghubungkan Mudkahan dengan Loas , Thai Lao Freindship Bridge  ..Gambar ini saya ambil dari google.  Camera sendiri tak sempat nak ketik.
Kredit picture to owner
Ini di  imigresen Mukdahan. Orang ramai tengah berbaris untuk stamping passport. Dah  stamp passport kat sini maknanya kita dah keluar dari Thailand.

Oh ya, sebab transport yang kita bawa dari Phana tidak boleh masuk ke Laos, dan kami pun tidak berhasrat untuk membawa masuk kereta ke Loas, kami tinggalkan driver itu di Mukdahan. Ada bas dari border ke Savannakhet setiap 30 minit, tiket beli di kaunter sebelum pergi ke kaunter  imigresen. Bayaran tambang untuk 8 orang 250 bath.


Orang tempatan ramai balik kg tengah q untuk stamp passport.  Bas akan tunggu kat belakang kaunter.


Jarak Mukdahan dengan Savannakhet itu sebenarnya tidaklah jauh, melawati jambatan yang panjang itu kita dah masuk Laos. Nanti dah sampai immigresen Loas, bas yang kita naiki itu akan berenti untuk kita stamp passport masuk ke negara Laos..Procedure macam biasa je lah masuk negara orang isi borang arrival tu . Oh ya masuk negara dia kena bayar ya.. tak sure dia kira bayaran mcm mana but for 5 passport saya bayar 80 bath. Duit bath boleh di gunakkan di sini. Kan nilai duit bath itu lagi tinggi dari KIP so orang sana lagi suka.

Dah selesai urusan imigresen, cepat2 naik bas ya, takut bas tu tinggalkan korang. Masa kami pergi tu ada beberapa pelancong asing yang bersama kami. Tahu tak bas tu tinggalkan dia orang. SIL siap cakap kat driver tu ada a few people lagi kat belakang kita orang tapi driver tak peduli. Cam mana kami tahu ada beberapa orang yang tinggal sebab kami saja yang kena isi arrival form. So kami antara orang yang paling lambat naik bas.  Tapi, kalu tertinggal pun tak risau sangat sebab setiap 30 minit bas ada bas dari kompany yang sama akan lalu so boleh naik bas tersebut.


Bas tu nanti akan bawa penumpang sampai perhentian ini.


 


Ini Bus Station di Savannakhet yang menghubungkan banyak bahagian di Laos, Viantiane ,  Pakse dan Vietnam.



Bus Stop dari arah belakang



 
Dari Savannakhet juga anda boleh mendapatkan bas untuk ke Vietnam.



Harga tambang bas yang dikenakan dari Perhentian ini ke Viantiane and Pakse, semoga ada rezeki untuk ke  Pakse tahun hadapan.




Harga tambang dari Savannakhet ke Mukdahan, sebab kita orang tak ada duit kip  so kita bayar guna bath . Pun demikian itu cuma tambang untuk menaiki bas dan tempat duduk tidak di jamin..



Tuk-Tuk yang menyambut kedatangan..Mak kena ketuk juga kat sini, sungguhpun ipar duai orang Thai dan boleh bertutur Lao.

Pasar Savannakhet Laos




Pasar Buah-buahan



kayu kayan , daun sirih, buah pinang



Jual sayur-sayuran


Baju Traditional orang laos. Boleh tahan juga harga kain yang dah siap ini. Dah sampai sini tak kan balik tangan kosong kan.


lagi pakaian traditional






Mak suka-suka je ambil gambar orangkan....yang sebenarnya suka tang kain. Dan berjaya beli dengan harga yang mencekik leher @ 450 bath. Kain saja tau.


Savannakhet ini merupakan bandar   terbesar di Laos selepas Viantine dan Pakse, kita orang pun memang tak nak explore jauh dari station bas yang kita turun tadi tu risau tertinggal bas. Perkhidmatan bas akan berakhir sekitar 7pm, kalu terlepas bas tersebut rasanya kena bermalam di sanalah kot. 

Melawat negara yang tengah struggle membangun ini mengingatkan saya zaman 80an di negara kita. Walaupun cuma melawat ke Savannakhet saja itu satu pengalaman baru terutama kepada my children & other half (mereka  lahir dan membesar d KL). When my eldest son asking about currency, languages, country dia kenapa cam itu..Rasanya lepas ni  kalu nak bawa dia travel kena bagi dia buku mengenai negara yg bakal di lawati. Well, saya menyimpan harapan besar untuk kembali ke sini. Ada banyak sangat tempat yang saya nak explore. Luang Prabang, Vientine, Pakse. 


Oh ya sebab kita nak masuk semula Ke Mukdahan, Thailand  arrival form tu kena isi semula, tapi tempoh masa yang dia berikan untuk tinggal di Thailand cuma 15 hari saja. 



Thanks for read.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan