Cuti Tanpa Sempadan Mukdahan- Indo- China Market, Thailand

Ini day trip ke Mukdahan.

Mukdahan adalah salah sebuah wilayah yang ke 73 di wujudkan di negara Thailand dan juga merupakan sempadan masuk ke negara jiran, Laos. Untuk mengenali Mukdahan ketik sini.

Dari Phana ke Mukdahan mengambil masa dalam 2 jam dengan perjalanan darat. Jalan raya pun elok saja bertar.


Di Jeti Mukdahan itu ada perkhidmatan menaiki perahu untuk ke negara Seberang. . Dan setiap tahun SIL akan ke sini saja naik perahu, menyusuri Sg Mekong. Sebab dah every year dengar story pasal naik perahu ni kan so saya memang dah simpan impian untuk datang ke sini.





Dari Phana ke Mukdahan sejauh 139.7 Km kata Pak Cik google.


Directory Mukdahan..Agak besar kawasan Mukdahan ini tapi target kami cuma ingin menyusuri Sg Mekong.




Niat di hati ingin menyusuri Sungai Mekong yang luas terbentang ini,  Nampak perahu yang sedang belayar. itu antara pengangkutan yang menghubungkan Negara Thailand dan  Loas dahulu dan sekarang.



Sungai Mekong yang terbentang luas memisahkan Mukdahan  dan Loas.

Nun seberang sana ialah Negara Loas . Malangnya, saya gagal menyusuri Sg Mekong melalui Sungai ini.Selain orang tempatan Loas dan Thailand pemegang passport cam kita kena ikut jalan darat.



Turun ke Sg Mekong, menghibur hati yang berduka lara sebab tak dapat naik perahu. Dah puas pusing kat sinun, bawa diri ke Indo China Market.

Di tepi jeti Mukdahan ini, adalah Indo-china market, tidak susah mencari tempat ini, kerana iannya memang tumpuan ramai sama ada melalui jalan darat dan juga melalui Sg Mekong.  Saya cuma mengunjungi pasar tersebut selepas kembali dari Savannakhet Laos.. So dari border Mukdahan kami kembali ke Jeti ini untuk merebakkan poket. 


Penerangan mengenai Indo-China Market yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, barangan dapur, makanan ringan. Harga barangan tersebut sangatlah murah berbanding di tempat lain.




          Barangan Electric dan permainan kanak -kanak. Sudah tentu dari China kan.



Check the price.. Cam tak percaya kan. Murah gila harga periuk belanga kat sini. Jenama Zebra pula tu. 


Kedai Pemborong Stokin





Antara kain pasang yang menjadi pilihan...


 Harga untuk 4 biji bantal ini adalah 120 bath lebih kurang dalam RM 13 duit kita



Pelbagai jenis balm, Sabun Beras  sangat-sangat murah di sini.Pilihan kepada pembeli sama ada beli borong atau runcit , lagi banyak barang yg di beli lagi murah harga barang tersebut.



Sungguhpun tidak banyak tempat yang saya lawati di Mukdahan kerana kekangan masa ,Mukdahan satu ttempat yang menarik untuk di kunjungi. 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan