Empire Of Gold- Channel One

Drama ini sedang bersiaran di Channel One -393 Setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 pm sehingga 10.15pm. Setakat malam tadi siaran dah masuk episod 7. Tak pernah miss lagi drama lakonan Goo Soo yang ini sebab cam dah lama tak tengo dia berlakon dalam drama. Drama terakhir dia yg saya tonton adalah Will it Snow at Christmas? Bergandingan dengan  pelakon hebat Han Ye Seul. Malangnya drama ini tidaklah sehebat mana. 

Drama Empire Of Gold ini mengisahkan mengenai  perebutan kuasa antara 3 pihak di Korea semasa zaman getir kewangan  sekitar tahun 1990. Goo Soo yang memegang watak sebagai Jang Tae Joo membina empayar sendiri tanpa kewangan yang kukuh kerana dia berasal dari keluarga miskin dan tidak mempunyai apa2. Sedangkan Lawannya dari kalangan keluarga yang kaya raya dan sudahpun mempunyai syarikat besar yang dihasilkan oleh keluarga mereka. Malangnya Choi Min Jea , lakonan Son Hyun Joo (suka pelakon ini sebab the way dia bawa watak memang hidup) seorang yang sangat tamak dan haloba dan menjatuhkan sendiri empayar perniagaan yang dibina oleh ayahnya dan pakciknya -Sung Jin holding . Choi Seo Yoon lakonan Lee Yo Won pula adalah anak bongsu dalam keluarga Choi Dung Song lakonan Park Guen Hyung dengan perkhawinannya yang terdahulu dan beliau diamanahkan oleh ayahnya untuk menerajui syarikat besar itu, walaupun dia lagi berminat untuk menjadi Pensyarah dan kredibilitnya sebagai peneraju syarikat itu memandangkan dia cumalah seorang wanita dipersoalkan oleh ahli keluarga sendiri.

Drama hasil tulisan Park Kyung Soo dan arahan Jo Nam Kok ini setakat episod 7 tidak mengecewakan. Bukan sahaja gabungan pelakon yang hebat tapi more on storyline. Tidak sabar untuk menonton episod yang akan datang. Dengan baki lebih kurang 17 episod harapkan ending yang tidak menyakitkan hati dan akan memuaskan hati pada semua penonton.



Empire Of Gold


Goo Soo- Jang Tea Joo

Jang Shin Young- Yoon Soe Shi

Lee Yo Won- Choi Seo Yoon

Ryu Seung Soo- Cha Phil Doo





Son Hyun Joo - Choi Min Jea


Perasaan tak ramai pelakon yang berlakon dalam drama The Chaser..aku tak tengo habis drama itu tapi rasanya drama EOG ini lagi best dari drama tersebut. Haruslah pelakon dari drama The Chaser sebab pengarah dan penulis dari drama yang sama.




Masa promote drama tersebut




Tiada ulasan:

Catat Ulasan