Rumah Di Masuki Pencuri

15 Mei 2012..
Semasa catatan ini dibuat kejadian tesebut baru sahaja berlaku 6 hari yang lepas, namun saya masih lagi TRAUMA. Boleh dikatakan setiap jam pada waktu malam saya akan terbangun dan akan memeriksa pintu utama.Walaupun Grill telah diletakkan Solex dan dikunci saya masih rasa tidak selamat. Pintu Utama juga dikunci namun  masih terasa Takut. Ini kejadian yang pertama kali berlaku di kediaman ini setelah menetap di sini lebih kurang 10 tahun. Kalu sebelum ini saya cuma membaca di akhbar2 tempatan dan juga menonton di Tv mengenai kejadian rumah  di pecah masuk tetapi kali ini kejadian terjadi di rumah sendiri. Menggeletar dan Panik sekejap ketika kejadian itu..mujur jiran2 masih ada di rumah ketika kami kersedar. Mereka lah yang menelefon pihak polis. Dengan keadaan kita yang masih panik ini rasanya otak tidak boleh berfikir waras. Setengah jam kemudian polis datang dan menyuruh kami ke balai polis untuk membuat laporan.


Kejadian berlaku di awal pagi sekitar jam 5.30am sehingga jam 6.45am. Ini jangkaan kerana  sekitar jam 2 am saya terjaga dan sempat lagi menonton tv kerana sudah tidak boleh tidur. Lebih kurang jam 3.30 am baru rasa mengantuk dan kembali tidur. Kata suami pula dia terjaga lebih kurang jam 5 am sebab memang dah terbiasa bangun pagi namun memandangkan pagi ini tiada sebarang tamu janji dengan customer dia kembali masuk tidur.

Pagi itu terasa pelik juga sebab jam yang saya memang dah set di HP tidak kedengaran langsung. rasa nak bangun tapi tak boleh nak bangun. Sehinggalah lebih kurang jam 7 pagi Aan membangunkan saya dan bertanya pagi ini tidak payah ke sekolahkah apabila saya melihat jam terkejut beruklah sebab tak sedar langsung. Sedar2 sahaja pintu utama terbuka luas dan mengasyaki sesuatu yang buruk terjadi. Mana tidaknya beg tangan saya sudah berada di hadapan pintu utama. Agaknya dia tak sempat nak rembat sebab orang rumah dah bangun. Mujur juga Purse saya bukan didalam beg tangan tersebut kerana saya sudah memindahkannya ke beg kerja saya...

Antara barangan yg dilarikan oleh pencuri selain Porch suami yang sarat dengan dokumen penting ( Ic/ Kad Bank/ Buku Bank), Tabung yang sudah penuh, dan HP 4 biji, ini termasuklah HP Samsung OMNIA dan  HP Sony Ericson saya. Terkilan sangat2 kerana itulah Hp saya yg paling mahal setelah berkerja bertahun-tahun. Dan saya gunakan Hp ini pun bukan untuk bersuka-suka tapi tujuan kerja. Kalu ikutkan rumah saya bukannya rumah mewah pun, tapi dah kerja pencurikan dia manalah nak ambil tahu rumah itu rumah mewah atau tidak. Pada dia janji ada benda yang dia rembat.

Mungkin kelalian kami juga malam tersebut sebab tidak meletakkan solex. Dan tidak ada kesan pecah langsung. Maknanya pencuri tersebut memang dah pro buat kerja2 tersebut.

Banyak pengajaranya yg saya dapat dari kejadian tersebut. Walaupun untuk ke kedai di bwah rumah namun saya tetapi letakkan Solex. Kita tidak tahu kejadian itu akan berulang kembali kerana sedikit kelalian kita.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan