International Beauty Expo

IBE atau nama panjangnya International Beauty Expo kembali lagi di tahun 2012..
Acara yang saban tahun di anjurkan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peniaga produk kecantikan untuk mempromosi produk mereka tetapi masa yang sama dapat mengetengahkan produk kecantikan kepada pengamal2 produk kecantikan bukan saja kepada Pusat Kecantikan, Tukang2 Solek tetapi juga kepada orang ramai khususnya.

Sebenarnya agak lama juga saya tidak berkunjung ke IBE ini, namun tahun ini saya tergoda juga untuk datang ke EXPO ini kerana banyak produk kecantikan yang saya gunakan hampir habis. Tambahan pula jenis produk yang saya gunakan sekarang agak mahal dan produk tersebut hanya dijual di Pusat Kecantikan dan agak sukar dibeli di tempat lain. Kalu nak beli juga maknanya saya kena berhabis ribuan ringgit lagi di pusat kecantikan ini dan untuk mendapat harga member saya perlu menjalani Facial di sini sekurang-kurangnya 8 kali bergantung pada harga yang ditawarkan. Dahulu saya bersetuju untuk mengambil pakej tersebut kerana masalah kulit muka yang sangat kering, sehinggakan nak senyum pun terasa perit. Ini mungkin kesan berkerja di bawah aircond seharian dan tidak mengamalkan produk penjagaan muka dengan teratur Namun rasanya sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk membelanjakan ratusan ringgit untuk 1 produk. Kalu ada duit pun rasanya saya sanggup simpan duit itu untuk beli tiket flight.. Saya akui keberkesanan produk tersebut namun kerana budget yang semakin terhad saya kena mendisplinkan diri untuk tidak menggunakan produk2 mahal.

Maka sebelum saya menukar produk yang saya sedang gunakan sekarang saya perlu dulu meninjau  produk yang ada dipasaran mempunyai fungsi yang sama dengan produk yang saya tengah gunakan sekarang..
Kata rakan gunakan sahaja SK II dalam RM 600++ untuk satu set dan boleh digunakan dalam 5-6 bulan tapi tak tergoda langsung dengan kata2nya...

Bertempat di Konvensyen Center KLCC bermula pada 5 Mei sehingga 8 Mei 2012.
                                             Kena Register dahulu sebelum dibenarkan masuk

                                                                 Hall untuk Public di sini
                                          Antara Syarikat Kecantikan yang menyertai Expo ini







                                              Korean Mask semurah RM 1.20 perpcs




                                           Comelkan Meja solek ini berserta dengan Make up

                                            Produck Jenama Canmake dari Japan


                                    Ini hasil rembatan produk beautymate..kalu habis boleh beli di SASA

Tak ingat harga barang2 tersebut tapi keseluruhan saya bayar dalam RM 160 untuk semua.
Moisturizer 2 botol yg kuning
Toner 1 botol yg wrna hijau
Mask 1 kotak
Aqua Make uo Remover 3
SPF 50Total Whitening Sunscreen
Foundation brand Canmake

Untuk pengemar2 Makeup cuba2lah jenguk website berikut:

http://www.sasa.com/SasaWeb/eng/product/searchKeyword.jspa?pn=2&sp=0.0&ep=-1.0&qs=BEAUTYMATE

http://my.bestbuy-world.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan