Bulan-bulan terakhir 2012

Hari Ke 21 di bulan Nov tahun 2012..
2 hari sebelum DPP menyambut birthdaynya yg ke..
9 hari sebelum masuk ke bulan terakhir Dec 2012..
Bulan dec yang ditunggu-tunggu..selepas berhempas pulas menghalau lebah di web AA pada promosi Zero Fare pada Feb 2012 untuk penerbangan hujung tahun 2012, dapatlah menempah tiket balik kg berbaloi jugalah dapat Rm 900+ untuk 5 beranak RETURN..
Harga pergi tu  murah RM 100+ sebab bayar Tax Airport saja, tapi harga balik agak mahal Rm 700+ kerana penghujung tahun dan perayaan krismas..
Namun rasanya tiket ini dah cukup murah kerana kalu beli masa BUKAN promosi harga tiket tersebut agak mahal..Dah pernah pun terkena Rm 3000+ untuk return tiket tahun sebelum ini. Nasib baik ada CC. Buatnya tak ada, bayar tunailah. Kalu ada Duit Tunai. Buatnya tiada. Duduk rumah diam-diam.
Itu tahun sebelum saya mengetahui kewujudan Zero Fee..Kasihan.
Mood kerja pun dah makin kurang ni asyik ingat cuti..
Counting Days....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan