My Daughter Seo Yeong Epsd 1 & 2

Memandangkan minat sungguh akan drama MYDS ini maka saya buat review sikit pasal drama ni.

Dalam Epsd 1 , LSY telah meninggalkan rumah yang didudukinya bersama adiknya setelah ayahnya datang untuk tinggal bersama mereka. Bilik yang sangat kecil (loteng rumah) tidak sesuai pun untuk didiami 3orang. Terlalu kecil. Dia tinggal di Student Hostel. Pada masa yang sama dia menjadi cikgu tuisyen untuk menampung perbelanjaannya dan persekolahan. Betapa berlikunya laluan hidup gadis ini..Sudahlah kematian ibu, dan mempunyai ayah yang cuma tahu menyusahkan hidupnya...

Pada satu hari dia mendapat tawaran untuk menjadi cikgu tuisyen kepada anak orang kaya yang degil dan pemalas dan telah banyak kali bertukar cikgu tuisyen kerana tiada seorg pun yg sanggup untuk mengajar budak degil itu..
Dalam perjalanan untuk ke rumah muridnya untuk memberi tuisyen, sebuah kereta yang di pandu oleh Kang Woo Jee abang kepada muridnya telah melanggar lopak air dan membasahi baju Lee Soe Yeong. Setibanya LSY di rumah muridnya, ibu murid tersebut Cha Ji Sun  terkejut melihat pakaiannya yang basah melecun. Padahal anak dia sebenarnya yang kotorkan baju LSY. Mentang2 orang kaya..pakai kereta mahal2..kita yang jalan kaki pun tak di pandang..Pada masa yg sama WJ pun sampai ke rumah dan terkejut sebab perempuan yang dia lihat semasa perjalanan balik ke rumah berada di rumahnya. Ibu WJ telah memberikan pakaian anak perempuannya yang agak tomboi untuk menggantikan pakaian LSY. Takkanlah nak ajar anak dia dalam keadaan basah kot..

Jom kita layan dulu gambar2 dari epsd 1.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan