Tv Drama- My Husband Got a Family


Bercerita pasal Drama TV ini, rasanya saya masih tidak boleh lagi hilangkan addict pada Korea Drama sebab sehingga sekarang ini masih lagi menonton KD tapi lebih kearah Drama Keluarga..pada saya banyak mesej tersirat di sebalik drama tersebut..Drama yang saya tengah tonton di KBS World Channel 391 menggantikan  drama OJAK BROTHER pada jam 6.54pm setiap hari Sabtu &  Ahad bertajuk My Husband Got a Family..tengo rating pun rasanya dah tahu drama ini best atau sebaliknya..

Cuba tengo ini:  http://www.koreandrama.org/?p=15290

Episode Ratings :Date Episode Nationwide Seoul


2012-02-25 1 24.5 (1st) 21.9 (1st)

2012-02-26 2 29.3 (1st) 29.4 (1st)

2012-03-03 3 26.2 (1st) 26.2 (1st)

2012-03-04 4 30.2 (1st) 30.2 (1st)


2012-03-10 5 27.2 (1st) 26.7 (1st)


2012-03-11 6 32.5 (1st) 32.4 (1st)


2012-03-17 7 30.3 (1st) 31.1 (1st)


2012-03-18 8 35.2 (1st) 35.6 (1st)


2012-03-24 9 30.5 (1st) 30.2 (1st)


2012-03-25 10 38.5 (1st) 39.6 (1st)


2012-03-31 11 33.9 (1st) 33.1 (1st)


2012-04-01 12 36.2 (1st) 36.2 (1st)


2012-04-07 13 32.2 (1st) 32.6 (1st)


2012-04-08 14 35.6 (1st) 37.3 (1st

Saya sambung kembali entri ini setelah menonton episod 11 melalui saluran KBS 391 sebentar tadi 22 April. Episod yang saya rasa agak penting memandangkan Terry Kang dah jumpa kembali keluarga kandungnya. Kelakarnya keluarga Terry cuma sebelah pintu bak kata orang jiran sebelah rumah. Rasanya orang yang paling gembira ialah nenek Terry dan ibunya setelah mencari anak kandung dalam 30 tahun akhirnya dapat jumpa kembali pastinya perasaan bercampur baur. Ibunya sedih dan rasa sangat bodoh kerana tidak mengenali anak sendiri walaupun cuma tinggal bersebelahan. Yoon Hee juga kelihatan tidak selesa walaupun dia gembira yang suaminya sudah menemui keluarga kandungnya. Jangan lupa yang Yoon Hee memang memilih suaminya kerana dia tidak mempunyai keluarga. Dan Yoon Heei memang tidak ingin mempunyai keluarga mertua..tak pastilah saya apa yg berlaku dlm drama tersebut memang diamalkan di negara korea atau sekadar lakonan semata-mata. Takut pun ada tengo diaorg layan In-Law...Orang yang paling risau Terry telah menemui keluarganya ialah Mak Ciknya sendiri, memandangkan dia awal2 lagi sudah mengetahui itu Bang Gwinam melalui gambar yang terdapat didalam dompet Terry yang dijumpai.  Nak tengo juga cam mana Yunhui hidup lepas ini memandangkan In-Law ddk seblah, kemudian sebelum2 ini dia org mmg tak baik selalu ada je benda yg dia org argue each other. Even sebelum dia tahu itu in-law dia pun cari gaduh pasal cat rumah yang telah mengotorkan beg mahalnya itu..
Tapi geram pulak tengo adik dia seorg yg asyik nak bergaya tak ingat diri..duit bukannya banyak pun..Dia tak tahu pun lelaki itu adik kepada kakak ipar dia..memang kena tengo sampai habis 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan