Warehouse Nose Dec 2012

Nose buat sale lagi untuk yang ke sekian kalinya, bertempat di RSH Subang Jaya.

Agak lama juga saya tidak ke Jualan Gudang Nose ini, selepas memborong sejumlah kasut untuk bekalan untuk satu tempoh semasa JG yang dilakukannya tahun sebelum ini. Kali ini saya berkunjung lagi kerana JG yang dilakukan kena dengan masa dan perayaan krismas pun around the corner. Selain itu banyak majlis nak dihadiri so bolehlah melaram sakan dengan kasut berjenama yang dibeli dengan harga murah..hahaha

Saya datang pada hari terakhir JG tersebut. 5 minit sebelum jam 10am saya dah sampai di RSH. Ingatkan kalu datang awal orang tak ramai rupanya ada yang datang lagi awal dari saya. Nasib baik gudang dah buka. Agaknya kerana saya datang pada hari terakhir banyak dah kasut-kasut yang cantik telah dibeli orang. Nasib baik size saya banyak lagi yang tinggal. Maka bermulalah proses memilih, mencuba, ada saja yang tidak kena di mata. Colour..Design..Bila berkenan size pula tak ada..nama pun  Jualan Gudang.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan