Medan Trip Bah 1


Tiket Ke Medan ini saya beli semasa promosi zero fee ketika itu harga tax belum lagi dinaikkan, harga tiket untuk 5 orang pergi dan balik dalam RM 250. tak termasuk harga add on lugage dan makanan. Lugage pun tak ambil banyak cukup syarat  asalkan tidak kena bayar di kaunter.

Memandangkan saya mengambil penerbangan paling awal ke Medan dalam jam 7.40 am, maka seperti biasa kenalah bergerak awal dari rumah ke LCCT.  Saya sengaja bergerak awal dari rumah sekiranya menaiki penerbangan dengan anak-anak memandangkan budak2 suka buat perangai.  Mengambil kira kemungkinan kerenah anak2 di airport nanti,  saya tidak mahu mengambil risiko ketinggalan kapal terbang. Setakat ini tak pernah terjadi lagi cuma mengambil langkah berhati-hati..

Penerbangan yang mengambil masa selama 1 jam  dari Lapangan terbang LCCT menuju ke  Medan, di jangka tiba di Medan pada jam 07.35 am waktu Indonesia. Penerbangan lancar, sampai tepat pada waktunya, urusan imigresen pun mudah.Thanks God.

Sebelum trip ini saya telah pun berurusan dengan En T  yang saya kenali melalui email untuk menempah kereta dengan supirnya sekali  untuk trip 3H dan 2M dengan kadar bayaran 2 juta rupiah lebih kurang  RM 660 ketika pertukaran duit semasa. Saya rasa bayaran tersebut agak masuk akal memandangkan jarak perjalanan ke Parapat sahaja mengambil masa 4 jam kemudian pada keesokkannya  dari sana akan bergerak pula ke Brastagi yang mengambil masa sekitar 3 jam. Saya ingatkan En H yang akan membawa kereta tersebut rupanya dia cuma orang tengah yang menguruskan tempahan tersebut. Ada Supir yg merupakan orang tempatan yang akan membawa kami dalam 3H tersebut.

Selepas melunaskan bayaran dan bersarapan pagi bermulalah kembara kami ke Parapat yang mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Memandangkan pemandangan sepanjang perjalananan ke Parapat tidaklah mengasyikkan apa lagi nak buat selain melayan mata.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan