Singapora Kota Keriangan Bah 1

Tercapai juga impian ke Singapore sungguhpun sangat singkat. Sehari.

Seronoknya sebab saya cuma bayar RM 40 seorang dan memandangkan saya pergi dengan pakej anak2 sekali saya so saya kena bayar RM 160 untuk pakej pergi dan balik berserta dengan dinner...huhuhuhua.Girangnya hatiku mana nak dapat trip cam ini. Jawaban kena tanya MIL..

Jam 9.00 malam saya dah siapkan anak2 kerana harus berada di Meeting Point paling lewat jam 10 malam. Memandangkan saya pergi dengan MIL, kami kena mengambil  dia dahulu sebelum ke MP.
Kami sampai awal di MP sempat lagi singgah di KJ beli makanan untuk bekalan breakfast.

Tengah layan budak2 tu datang Pak Itam dengan GF duduk kerusi sebelah. Telebih mesra.
Sibuk je nak tanya budak2 nama siapa..umur berapa..sekolah kat mana..tinggal kat mana..hisss..ada gaya cam nak culik budak..

Nasib baik bas sampai..Selamat dari segala pertanyaan c Pak Itam.

Bas bergerak dari MP jam 11.00 malam dengan jumlah penumpang 45 orang. Bus Persiaran kekdahnya.
Rasa cam rombongan sekolah pun ada. Anak2lah yang paling seronok sebab jarang naik Bas.
Memandangkan cuma saya yang bawa anak2, so ahli rombongan dalam tu sibuk nak melayan. Bagi gula. Bagi biskut. Bagi minuman. Terima kasih semua. Buat susah-susah saja.

Maka bermulalah perjalanan saya dan ahli rombongan. Bas bergerak perlahan menuju ke Selatan. Ahli Rombongan lain masing2 bersembang. Riuh satu kampung. Cam tak jumpa setahun. Nasib baik anak2 mood baik. Tak meragam. Haruslah manfaatkan masa ini untuk tidur.
Bas berhenti rehat makan di R n R Pagoh sebelum meneruskan perjalanan ke Singapore.

Akhirnya tiba juga di kota Singapora.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan