Kami sampai di Parapat agak awal dalam jam 1.30pm..Laju juga Pak Supir bawa kereta Avanza dari Medan tadi. Memandangkan sepatutnya kami akan bermalam di Somasir pada malam ini kami harus mengambil feri dari Jeti ini menuju ke Pulau Somasir perkampungan orang batak.Supir menguruskan segala pembelian tiket memasuki Feri so saya pun tidak ambil tahu berapa jumlahnya sebab saya dah bayar lumsum kepadanya. Ferry ini pun bukan suka2 jalan ada jadual. Dalam jam 2.30 pm barulah feri tersebut akan bergerak.Memandangkan masih ada masa lagi kami menyuruh supir untuk membawa kami mengelilingi sekitar pekan Parapat. Kawasan agak cantik kerana boleh melihat danau Toba yang terdampar luas, sejuk, kalulah saya menginap di sini malam itu tak adalah kami sesat sehingga ke Sidikalang.
Ikut perkiraan sebenarnya feri ini cuma mengambil masa sekitar 40-1 jam untuk sampai ke Somasir. Sepanjang dalam boat tersebut saya terlelap. Saya tak turun pun dari kereta tersebut kerana kepenatan.
Kesilapan kami bermula di sini, saya ingatkan supir tersebut mengetahui kedudukan Carolina Hotel itu rupanya dia tak tahu langsung. Cuma beberapa meter dari tempat feri berlabuh simpang Hotel Carolina itu sudah boleh dilihat tapi saya sendiri tak sedar kerana berharap sepenuhnya dengan Pak Supir.
Setelah bergerak dalam sekitar 1 jam saya agak kehairanan kerana tidak ada tanda2 yang kami akan menjumpai hotel Carolina.Sepanjang perjalanan tersebut cuma lagu yg menemankan kami. En H terpeku agaknya dengan keindahan pemandangan di sekitar Danau Toba. Sibuk mengetik kemera. Anak-anak dah bising bila nak sampai ke hotel tak sabar nak masuk dalam pool. Haruslah tak jumpa sebab kami dah terlepas simpang hotel tersebut. Akhirnya anak saya R bersuara "saya rasa kita dah mengelilingi pulau ini sebab danau makin jauh ditinggalkan.."Rupanya kami memang dah sesat..Supir pun tidak mengetahuinya..Ko dari planet mana hah? Tempat sendiri pun tak tahu..
Selepas 2 jam dalam perjalanan, dan telah melalui jalan pergunungan, . OOOO No...memang dah agak sebabnya danau makin kebelakang dan kami lebih banyak bergerak di pergunungan. Apa yang saya kesalkan dia tiada inisiatif langsung untuk bertanya kepada penduduk tempatan untuk bertanya. Susah sangatkah buka mulut sekadar bertanya?
Bukan kena bayar pun.
Gambar buat penenang hati yang kuciwa
Saya rasa nak marah pun dah tak larat. Akhirnya kami berhenti makan malam di satu kawasan tak tahu pun nama tempat tersebut. Jam ketika itu menujukkan jam 6 pm. Ketika itu barulah Mr Hubby teringat yang dia ada bawa GPS..Agaknya lepas dah recharge energy barulah masing-masing boleh berfikir normal..Hotel terdekat dengan lokasi kami berhenti itu Hotel Sidikalang. Saya beritahu dengan Supir tak payah patah balik sebab saya dah tak larat nak menempuh jalan tersebut, teruskan saja ke Hotel Sidikalang. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 min ke sejam berdasarkan keadaan yang agak gelap dan berbukit bukau. Akhirnya kami sampai juga di hotel tersebut tersebut selesai melakukan penempahan kami masuk ke dalam bilik dan zzzzz.............
Kecewa yang teramat sangat sebab tak sampai ke tempat yang di tuju...Nasib baik saya tak bayar deposit pada Carolina Inn kalu tak burn cam itu saja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan