Sejuk yang teramat sangat di Sidikalang...
Nasib baik malam tadi tidurku lena selepas melalui perjalanan yang memenatkan itu..
Pagi ini saya dah cakap dengan Mr H, GPS itu hidupkan awal-awal sebab hari ini kami kena bergerak menuju ke Brastagi..Kata Supir perjalanan mungkin mengambil masa 5-6 jam..trip kali ini memang habis kat jalan sajalah sebab dah tersesat dari awal.
Selepas sarapan pagi kami bergerak menuju ke Brastagi ..
Sepanjang perjalanan menuju ke Brastagi kiri kanan dipenuhi tanaman sayuran dan ladang kopi. Ada juga nampak satu gunung berapi yang masih aktif rasanya sebab nampak bekas lahar dan kepulan asap
Nasib baiklah pemandangan sepanjang jalan mengasyikkan terubat sakit hati.
Antara deretan gereja yang banyak di sekitar perjalanan
Akhirnya penantian berakhir sampai juga di Brastagi..
Tak adalah kepunan sangat sebab sampai juga di salah satu lokasi yang ingin di tuju.
Kuda untuk disewa
Buah-buahan segar dari ladang
Sempat juga kami mengelilingi sekitar Brastagi walaupun masa yang amat suntuk. Satu kawasan yang sangat cantik. Udara pun nyaman. Kata supir orang- orang dari Medan selalunya hujung minggu akan ke Brastagi untuk refreshi. Perjalanan dari Medan ke Brastagi mengambil masa 2-3 jam bergantung pada macet/ kesesakan, hujung minggu selalunya banyak kenderaan yang akan ke sana. Memandangkan rancangan bercuti ini sudah pun rosak sejak awal lagi dan kami tiada rancangan untuk bermalam di Brastagi kerana takut terlepas penerbangan petang esok, kami meneruskan perjalanan ke Medan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan