Empire of Gold Review Epsd 13 & 14

Aku baru tengo sehingga epsd 13 & 14 kat Channel One sungguhpun kat Korea berbaki cuma2 epsd sahaja yang pada ramalan aku memang agak mustahil Tae Joo akan kembali kepada Soe Yoen yang dikahwininya atas dasar business dan mencapai cita-cita tamak dan haloba.
 
Aku rasa dlm epsd 13 tu Tae Joo dah hilang kewarasannya apabila mengetahui Sul Hee telah tidur dgn orang tua lakonan Lee Won Jea sebagai Kim Kwang Se semata-mata untuk membantu Tae Joo. Kasihan pula dengan Sul Hee sanggup berkorban demi cintanya kepada Tae Joo. Sudahlah niat ke Filipin tidak kesampaian setelah Tae Joo dilarang keluar dari Negara dia. Begitu Sul Hee cintakan dia sampai tergadai body.
 
Sungguhpun demikian Tae Joo pula berang dengan Sul Hee. Agaknya kalu Sul Hee tak bantu dia maka Tae Joo akan meringkuk kat penjara. Banyak bebenar penipuan yang Tae Joo lakukan. Mungkin dalam business itu permainan biasa mereka. Kalu tak cam mana nak kayakan..
 
Dalam epsd ini juga Kwang See terbunuh dengan pisau buah yang Tae Joo tengah pegang. Maka berakhirlah riwayat Kwang See seorang kaki perempuan dengan kematiannya maka banyaklah pihak yang beruntung kerana rahsia kejahatan, penipuan syarikat masing2 tekubur sekali dgn kematian dia sekali.
 
Tapi yg lagi kejam Sul Hee menjadi kambing hitam menanggung kesalahan Tae Joo. Aku sedih tengo Sul Hee pula yg memujuk Tae Joo. Iyalah muka cuak Tae Joo itu cuma kelihatan semasa dia meminta bantuan kerana dia memerlukan duit untuk pembedahan ayahnya. Dan aku rasa sebenarnya Tae Joo berubah dari detik itu..tapi dah sampai terlupa diri sehingga dah melibatkan kes bunuh.
 
Dan kerana sikap tamak haloba dan ingin mencapai cita-citanya maka Tae Joo pun berkhawin dengan Seo Yoen. Tapi yang bestnya sebab Soe Yeon yang lamar Tae Joo. Ko mampu lamar jantan yg memang tak cintakan ko langsung..kuikuikui,  SY kena juga kawin dgn TJ sebab dia saja yg boleh tolong SY untuk kekalkan Sungjin Group. Mestilah ahli keluarga Seo Yeon tekejut, mujur tak pengsan. Terutamanya Min Jea dan mak tiri Seo Yoen. Maka bermula hidup SY dgn TJ sebagai suami isteri, dalam bilik yg sama katil berlainan. Pendek kata perkhawinan dia cuma atas kertas sahaja.
 
 
Sedutan epsd 13 & 14 picture kredit to hancinema.




Thank You For Read.

 
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan