Empire of Gold Final Episod

Aku sakit jantung sebab penat menyumpah penulis drama EOG..Menyesal tengo dari awal. Mak tak boleh terima ending itu...
 
Endingnya Tae Joo berjalan menghala ke lautan nak pergi bunuh diri gamaknya sebab tak boleh terima kenyataan yg dia tak Berjaya menakluki Sung Jin Group. Pada masa yang sama ada Kapal Lautan yang melalui tempat itu..so korang pandai2lah buat andaian mungkinkah Kapal itu selamatkan Tae Joo dan bawa dia ke Filipina untuk bersama dengan Sul Hee..sakit jiwa mak buat andaian..
 
Sebenarnya TaeJoo tak perlu pun bertindak demikian kerana ramai yg masih sayangkan nya , ibu dan adiknya, Pil Doo dan Choon Hoo  pembantu setianya   dan jangan lupakan kekasih tercintanya Sul Hee yang berjaya memberikan kesedaran kepada Tea Joo bahawa duit bukanlah segala-galanya..
 
Pada aku Tae Joo sebenarnya jadi cam itu sebab nak membalas dendam pada orang kaya. Tapi dia dah terlupa diri sebab byk sangat bergaul dgn org kaya2. Aku masih tertanya-tanya kenapa penulis mesti nakkan TJ & SY berkhawin. Aku ingatkan penulis akan twist storyline itu yg TJ akan terjatuh cinta pada SY dan berubah jadi org yang lebih baik sambil2 membesarkan empayar Sung Jin Group. Aku suka cara Seo Yeon halau dia. Pergi balik ke tempat asal awak!!! Orang dah lupa diri memang patut kena halau cam itu..
 
Apapun aku puas hati sebab mak tiri SY tak panjang nyawa. Cuma masih kecewa sebab MJ masih berimpian untuk memiliki Sung Jin Group. .  Sanggup pula dia hantar bapa dia pergi penjara. Bapa dia dah tua. Pun sudah beberapa kali masuk penjara. Kejam!!!Mujur juga dia pun masuk penjara.

Eunjung pun akhirnya meninggalkan juga rumah itu setelah bercerai dengan Won Jea yg masih dalam penjara. Tapi dia pergi dengan tangan kosong. Department Store yg dimilikinya itu pun Seo Yon tak bagi. Bak kata ayahnya dia akan ambil anaknya seperti mana dia menghantar dia 20 tahun lepas dengan tangan kosong.
 
Soe Yoen akhirnya berjaya   mempertahankan Sung Jin Group selepas TJ dgn relanya memberikan share yang dia ada  kepada SY at least hasil titik ayahnya tidak jatuh ke tangan orang lain. Aku rasa itu hadiah paling berharga SY dapat dari TJ sebagai ex husband. Cuma yg sedih itu SY keseorangan sebab S/usaha @ PA yg paling setia pun meninggalkan dia juga. Aku rasa PA dia tanggung kesalahan bagi pihak Seo Yoen.
 
 
 
Sedutan epsd akhir. Kredit picture to hancinema.
 
 
 
Thank You For Read.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan