Antara pasangan celebriti di Korea yang dikenali ramai Lee Bo Yeong dan pasangannya Ji Seong akhirnya menamatkan spekulasi perkhawinan mereka apabila mengumumkan akan berkhawin pada 27 Sept ini.
Note Tulisan tangan yang dimuatturun di halaman web untuk tatapan peminat mereka.
Dalam diam menyulam cinta selama 6 tahun rupanya ada agenda tertentu disembunyikan. Untuk rekod mereka berdua berkenalan semasa berlakon dalam drama Save The Last Dance For Me.
Lee Bo Yeong yang sangat sibuk rasanya berlakon dari tahun lepas tak henti2 dan kesemua drama lakonannya berjaya mencatatkan rating yang tinggi antaranya The Equator Man lakonan bersama dgn Um Tae Woong, My Daughter Seo Yeong berpasangan dengan Lee Sang Yoon dan yang terbaru ini I hear You Voice- berpasangan dengan Lee Ja Suk. Patutlah sibuk je dia ambil tawaran berlakon. Mungkin lepas dah kahwin ini nak kurangkan aktiviti ya...
Semoga perkhawinan ini akan berkekalan selamanya. Peminat2 diluar sana sentiasa menyokong kemunculan kamu berdua walaupun sudah berkhawin. Tahniah sekali lagi.
Picture kredit to hancinema.
Thank You For Read
Tiada ulasan:
Catat Ulasan