Kawah Putih -Bandung

Hari Pertama di Bandung- Kawah Putih /Ladang Strawberi/ Cibiduyut

Cuaca agak sejuk di sini. Seawal pagi jam 6.00 waktu Malaysia semua dah bersiap sedia. Terlupa seketika yang Indonesia lewat sejam dari Malaysia.  Tidak sabar untuk memulakan pengembaraan hari pertama.  Sementara menunggu Pak Supir untuk menjemput kami pada pukul 8.00 am waktu Indonesia, masing-masing sempat lagi mengambil  sarapan yang disediakan oleh pihak hotel. Sarapan yang disediakan memang agak ringkas nasi goreng ataupun mee goreng. Berbaloilah dengan bayaran yang dikenakan.

 
Sarapan Pagi yang disediakan oleh pihak hotel

Surat Khabar Tempatan

Sementara menunggu Pak Supir sempat lagi AR berjalan-jalan disekitar. Meninjau kawasan sekitar Kota Bandung. Kata sepupu kawasan ini macam di Ranau. Well, dari segi cuaca dan bentuk muka bumi agak bersetuju.


Sekitar Bandung




Jeep Tempatan
Dan sekitar jam 8.30am Pak Supir pun datang menjemput kami. Inilah dia pegangkutan rasmi kami selama 5 hari berada di Bandung. Bayaran untuk pengangkutan ini untuk 5 hari Rupiah 2.5 juta. Pertukaran ketika itu RM 330/ 1 Juta Rupiah


Van Pengangkutan Rasmi Semasa Di Bandung




Lokasi pertama kami pada hari ini ialah Kawah Putih yang mengambil masa lebih kurang 1-2 jam dari Bandung. Bas akan pandu sampai main stesten Kawah putih sahaja lepas tu beli tiket kat kaunter (gambar lupa nak ketik gambar kat main station dgn kaunter tiket sebab mak sibuk beli tiket). Tiket masuk dengan kenderaan seperti dibawah .

Kenderaan ini akan bawa ahli rombongan sehingga ke lokasi. Boleh disewa bersama dengan penumpang lain atau kalu mewah dan tak nak kongsi dengan orang lain ok je  

Kawah Putih



Kawah Putih


Sekitar Kawah Putih
Kawah Putih yang sangat Cantik..



Kawah yang putih sesuai dengan nama yang diberi

Seputih Salji

Kawah Putih 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan