Park Ji-sung to get married

Setelah dengan tiada segan silunya Park Ji Sung mengaku yg dia tengah bercintan cintun dengan Kim Min Ji dalam rancangan Running Man , mereka akhirnya akan berkhawin pada tahun hadapan. Bertuah sungguh Kim Min Ji kan. Sekadar info Kim Min Ji merupakan presenter kat SBS.  Kebetulan tertengo bakal wife Ji sung dalam rancangan Running Man malam tadi. Itu yang gigih buat entry pasal JS. Sweet je bakal wife dia walaupun budak RM yang memang suka sangat sakat orang usik dia kata Min Ji wife Ji sung..hahahah
Min Ji siap suruh collect point lagi untuk minuman yang Group Presenter suruh beli utk dia org. Tengo tu berjimat cermat sungguh dia walaupun bakal berkhawin dgn org kaya.  Gigih Jin Hyuk dan Won Bin ke Cafe beli Coffe. Boleh hutang pula tu. Untunglah jadi artis, Budak cafe pun boleh cair. 

So tahun depan khawin dia org mungkin antara paling grand kat nun sana sebab kedua-duannya public figure seorang pemain bola sepak terkenal dan seorg lagi presenter.

Kim Min Ji &  Park Ji Sung

Entry Kredit to hancinema.

NK: Running Man Epsd 166 menampilkan pelakon drama The Heirs yang sedang ditayangkan di SBS dah sampai epsd 10 kat Channel one baru habis 2 epsd. Park Shin Hye, Jin Hyuk dan Won Bin.

Short haired IU's fashion item

Cute pula IU dng rambut pendek dia ini..Mungkin untuk drama baru dia dengan Jang Geun Seok Pretty Boy yang bakal bersiaran bulan dec nanti di KBS. Nampaklah sepadan dengan JGS  yg semakin cantik itu.. Hari itu dah terperasaan fashion rambut  pendek  dia kat  KBS dalam rancangan Hello Counselor. Sesuai je. Nampak cam Marilyn Monreo pun ada. Sekali sekala nak juga tukar fashion rambut setelah bertahun bela rambut panjangkan..



IU dengan potongan rambut baru..cute je kan

IU dengan rambutnya yang panjang mengurai..




Kredit to hancinema.

Moon Geun-yeong and Kim Beom seen in Europe

Kecoh kat Korea nun sana dengan news pasangan yang baru declare bercintan ini. Moon Geun Yeoung dan Kim Beom. Cinta terputik ketika berlakon drama yang baru lepas Goddes Of Fire Jeongi kekdahnya.  Dah namanya artis kan ko g mana pun kalu orang dah kenal nak menyorok pun tak boleh. Itulah reality kehidupan seorang artis. Dua2 pun masing single-mingle cam itu biarlah dia orang bercintan. Nikmati masa muda. Semoga kekal berpanjangan hendaknya.




Drama Goddes Of Fire Jeongi..Dah Nampak sepadan pun kan..




Foto dia org kat Europe tengah bercuti ..MG nmpk cantik je walaupun tak pakai makeup.


 

A touching commercial that stimulates your inner being, turns on your me...

Very touching and meaningful commercial..


http://www.youtube.com/v/DabE5z6MaiY?


Thank You For Read

Grand Opening Avanue K in Jalan Ampang

 
Akhirnya Avenue K di buka dengan rasminya kepada orang ramai pada hari ini 31 Oct 2013
 
Ini pemandangan pagi tadi yg sempat di rakam ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sekitar suasana pembukaan rasmi salah satu tempat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, Lokasi di Jalan Ampang Opposite dengan KLCC. Red Carpet dah ready untuk menyambut orang kenamaan. 
 
Dengarnya H & M kat sini antara yg terbesar kat Asia..Lepas ni ramailah orang akan beralih angin ke H & M kan..
 
 


 
More about Avenue K please visit: http://www.avenuek.com.my/contact_us/contact.php
 
 

Shin Mina and Jo Jung-seok New Movie

Wah Shin Min Ah & Jo Jung Suk akan berlakon dalam Filem My Love My Bride..(filem ini dibikin semula dr Filem lama.

Shin Min Ah memang dah terkenal dengan drama dan filemnya yang hebat2 belaka. Tengolah drama dia mesti pair dengan pelakon hebatkan. First tengo dia dalam drama  A Love To Kill berpasangan dengan Rain. Meroyan mak tengo drama ni. Tak sanggup nak story balik.  Dalam banyak2 Drama dan Filem  dia aku suka dia berlakon dengan Jo Ji Hoon. Cuba tengo dia orang belakon dalam drama The Devil walaupun ending menyakitkan hati. Lepas berlakon dalam drama, dia orang berpasangan pula dalam Movies The Naked Kitchen , So terubatlah sakit hati kejap lepas tengo drama TD dengan Movie baru dia org itu. Aku tak silap ending dlm drama ini pun dia tak pilih pun kedua-dua lelaki itu. Hidup sendirian juga.

Jo Jung Suk dah memang terkenal dalam bidang musical sebelum turun ke layar perak. Dah memang tengah minat dengan dia ni lepas tengo drama YTBLL siaran KBS world. 
 
Aku rasa  gabungan dia org berdua sememangnya sangat di nantikan peminat mereka di luar sana.


Shin Min Ah & Jo Jung Suk
 

The King Family Review

Aku dah tengo sampai epsd 14 kat KBS World yang bersiaran setiap sabtu dan ahad. Kalu tak sempat tengo kat tv aku tengo kat dramafire ataupun youtube.

Ini perkembangan antara  c Gwangbak dan Sangnam. C Gwangbak yang tak tahu malu itu tanpa segan silu menunjukkan rasa teramat sukanya kepada c Sangnam..Memang muka tak malu kan..Ko nak buat cam mana penulis dah buat skrip cam itu..Yang kelakar itu sebab budak kecil umur 10 tahun yg jadi penasihat bercinta. Apa yg dia tak tahu   Miho itu anak buah c Sangnam. Wakakakaka. Mau s Gwangbak menyorok dalam almari gamaknya kalu dia tahu idea dating memancing ikan itu datangnya dari Sangnam. c Sangnam pula sukanya nak sakat c Gwangbak yang desperate sangat nak kissu2 dengan Sangnam.kuikuikui..Tapi dah tengo sampai epsd 14 semlm epsd paling sedih apabila Sangnam yang akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya yang telah meninggalkannya selepas sekian lama. Umur anak pun tak tahu..Memang terkedulah tengo Sangnam nangis depan mak dia yang keras hati itu. Agaknya pasal itulah Sangnam takut nak jatuh cintankan sebab kecewa dengan mak dia. Tapi mak dia memang jahat.  Dahlah ambil duit dengan ex laki dia bapa c Sangnam, Berhutang guna nama family pula,  akhirnya adik dia (Mak Miho) yang seorng itu tergadai sebab nak bayar hutang kakaknya yang banyak itu. 
 

C Sadal dah lupa diri selepas menjalin hubungan dengan perempuan lain aka director tempat dia berkerja. Mati2lah kot c Hobak suruh Sadal layan Boss dia sebaiknya. Dia tak tahu yg Boss c Sadal itu perempuan. C Sadal pula memang berubah  bila dah dilayan oleh orang kaya ini. Tambah pula dapat kad kredit dengan limit 100k mau tak c Sadal melompat kegembiraan dan   berbelanja sakan cam org kaya-kaya lupa diri.   Kasihan c Hobak kan. Dahlah dia dengan mak dia tak baik, husband pula buat perangai. Buta2 Hobak percayakan laki dia yang penipu itu. Anak dia yang dah sekolah pandai baca itu pun boleh faham mesej perempuan tu hantar kat HP bapa dia. Aku rasa mau c Hobak karate c Sadal lepas ini. Tambah2 pula c Hobak dah belajar Karate dengan murid ayah dia. Aku harap juga c Hobak akan jumpa lelaki yg lebih baik dari c Sadal yang tak sedar diri itu. Hopely ayah murid dia yang ajar dia Karate...


Dan tak sabar nak tau bilalah  rahsia c Sobak yang tak sedar diri itu akan terbongkar. Minjung punya baik dengan wife dan in law tapi Sobak tak endahkan dia. Orang tu dahlah pergi kerja sebelum subuh balik lepas tengah malam, masak pun tak. Kasihan betul tengo dia. Aku nak tahu juga apa rahsia c Sobak sampai sanggup ugut c Hobak. Rupanya C Sunjung Ex Girl Minjung pula, dan dia lebih sesuai jadi pasangan c Minjung berbanding dengan Sobak yang asyik berangan je. Anak pun tak nak urus.


Penat aku meroyan hari ini...