The King Family Review

Aku dah tengo sampai epsd 14 kat KBS World yang bersiaran setiap sabtu dan ahad. Kalu tak sempat tengo kat tv aku tengo kat dramafire ataupun youtube.

Ini perkembangan antara  c Gwangbak dan Sangnam. C Gwangbak yang tak tahu malu itu tanpa segan silu menunjukkan rasa teramat sukanya kepada c Sangnam..Memang muka tak malu kan..Ko nak buat cam mana penulis dah buat skrip cam itu..Yang kelakar itu sebab budak kecil umur 10 tahun yg jadi penasihat bercinta. Apa yg dia tak tahu   Miho itu anak buah c Sangnam. Wakakakaka. Mau s Gwangbak menyorok dalam almari gamaknya kalu dia tahu idea dating memancing ikan itu datangnya dari Sangnam. c Sangnam pula sukanya nak sakat c Gwangbak yang desperate sangat nak kissu2 dengan Sangnam.kuikuikui..Tapi dah tengo sampai epsd 14 semlm epsd paling sedih apabila Sangnam yang akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya yang telah meninggalkannya selepas sekian lama. Umur anak pun tak tahu..Memang terkedulah tengo Sangnam nangis depan mak dia yang keras hati itu. Agaknya pasal itulah Sangnam takut nak jatuh cintankan sebab kecewa dengan mak dia. Tapi mak dia memang jahat.  Dahlah ambil duit dengan ex laki dia bapa c Sangnam, Berhutang guna nama family pula,  akhirnya adik dia (Mak Miho) yang seorng itu tergadai sebab nak bayar hutang kakaknya yang banyak itu. 
 

C Sadal dah lupa diri selepas menjalin hubungan dengan perempuan lain aka director tempat dia berkerja. Mati2lah kot c Hobak suruh Sadal layan Boss dia sebaiknya. Dia tak tahu yg Boss c Sadal itu perempuan. C Sadal pula memang berubah  bila dah dilayan oleh orang kaya ini. Tambah pula dapat kad kredit dengan limit 100k mau tak c Sadal melompat kegembiraan dan   berbelanja sakan cam org kaya-kaya lupa diri.   Kasihan c Hobak kan. Dahlah dia dengan mak dia tak baik, husband pula buat perangai. Buta2 Hobak percayakan laki dia yang penipu itu. Anak dia yang dah sekolah pandai baca itu pun boleh faham mesej perempuan tu hantar kat HP bapa dia. Aku rasa mau c Hobak karate c Sadal lepas ini. Tambah2 pula c Hobak dah belajar Karate dengan murid ayah dia. Aku harap juga c Hobak akan jumpa lelaki yg lebih baik dari c Sadal yang tak sedar diri itu. Hopely ayah murid dia yang ajar dia Karate...


Dan tak sabar nak tau bilalah  rahsia c Sobak yang tak sedar diri itu akan terbongkar. Minjung punya baik dengan wife dan in law tapi Sobak tak endahkan dia. Orang tu dahlah pergi kerja sebelum subuh balik lepas tengah malam, masak pun tak. Kasihan betul tengo dia. Aku nak tahu juga apa rahsia c Sobak sampai sanggup ugut c Hobak. Rupanya C Sunjung Ex Girl Minjung pula, dan dia lebih sesuai jadi pasangan c Minjung berbanding dengan Sobak yang asyik berangan je. Anak pun tak nak urus.


Penat aku meroyan hari ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan