Grand Opening Avanue K in Jalan Ampang

 
Akhirnya Avenue K di buka dengan rasminya kepada orang ramai pada hari ini 31 Oct 2013
 
Ini pemandangan pagi tadi yg sempat di rakam ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Sekitar suasana pembukaan rasmi salah satu tempat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, Lokasi di Jalan Ampang Opposite dengan KLCC. Red Carpet dah ready untuk menyambut orang kenamaan. 
 
Dengarnya H & M kat sini antara yg terbesar kat Asia..Lepas ni ramailah orang akan beralih angin ke H & M kan..
 
 


 
More about Avenue K please visit: http://www.avenuek.com.my/contact_us/contact.php
 
 

Shin Mina and Jo Jung-seok New Movie

Wah Shin Min Ah & Jo Jung Suk akan berlakon dalam Filem My Love My Bride..(filem ini dibikin semula dr Filem lama.

Shin Min Ah memang dah terkenal dengan drama dan filemnya yang hebat2 belaka. Tengolah drama dia mesti pair dengan pelakon hebatkan. First tengo dia dalam drama  A Love To Kill berpasangan dengan Rain. Meroyan mak tengo drama ni. Tak sanggup nak story balik.  Dalam banyak2 Drama dan Filem  dia aku suka dia berlakon dengan Jo Ji Hoon. Cuba tengo dia orang belakon dalam drama The Devil walaupun ending menyakitkan hati. Lepas berlakon dalam drama, dia orang berpasangan pula dalam Movies The Naked Kitchen , So terubatlah sakit hati kejap lepas tengo drama TD dengan Movie baru dia org itu. Aku tak silap ending dlm drama ini pun dia tak pilih pun kedua-dua lelaki itu. Hidup sendirian juga.

Jo Jung Suk dah memang terkenal dalam bidang musical sebelum turun ke layar perak. Dah memang tengah minat dengan dia ni lepas tengo drama YTBLL siaran KBS world. 
 
Aku rasa  gabungan dia org berdua sememangnya sangat di nantikan peminat mereka di luar sana.


Shin Min Ah & Jo Jung Suk
 

The King Family Review

Aku dah tengo sampai epsd 14 kat KBS World yang bersiaran setiap sabtu dan ahad. Kalu tak sempat tengo kat tv aku tengo kat dramafire ataupun youtube.

Ini perkembangan antara  c Gwangbak dan Sangnam. C Gwangbak yang tak tahu malu itu tanpa segan silu menunjukkan rasa teramat sukanya kepada c Sangnam..Memang muka tak malu kan..Ko nak buat cam mana penulis dah buat skrip cam itu..Yang kelakar itu sebab budak kecil umur 10 tahun yg jadi penasihat bercinta. Apa yg dia tak tahu   Miho itu anak buah c Sangnam. Wakakakaka. Mau s Gwangbak menyorok dalam almari gamaknya kalu dia tahu idea dating memancing ikan itu datangnya dari Sangnam. c Sangnam pula sukanya nak sakat c Gwangbak yang desperate sangat nak kissu2 dengan Sangnam.kuikuikui..Tapi dah tengo sampai epsd 14 semlm epsd paling sedih apabila Sangnam yang akhirnya bertemu dengan ibu kandungnya yang telah meninggalkannya selepas sekian lama. Umur anak pun tak tahu..Memang terkedulah tengo Sangnam nangis depan mak dia yang keras hati itu. Agaknya pasal itulah Sangnam takut nak jatuh cintankan sebab kecewa dengan mak dia. Tapi mak dia memang jahat.  Dahlah ambil duit dengan ex laki dia bapa c Sangnam, Berhutang guna nama family pula,  akhirnya adik dia (Mak Miho) yang seorng itu tergadai sebab nak bayar hutang kakaknya yang banyak itu. 
 

C Sadal dah lupa diri selepas menjalin hubungan dengan perempuan lain aka director tempat dia berkerja. Mati2lah kot c Hobak suruh Sadal layan Boss dia sebaiknya. Dia tak tahu yg Boss c Sadal itu perempuan. C Sadal pula memang berubah  bila dah dilayan oleh orang kaya ini. Tambah pula dapat kad kredit dengan limit 100k mau tak c Sadal melompat kegembiraan dan   berbelanja sakan cam org kaya-kaya lupa diri.   Kasihan c Hobak kan. Dahlah dia dengan mak dia tak baik, husband pula buat perangai. Buta2 Hobak percayakan laki dia yang penipu itu. Anak dia yang dah sekolah pandai baca itu pun boleh faham mesej perempuan tu hantar kat HP bapa dia. Aku rasa mau c Hobak karate c Sadal lepas ini. Tambah2 pula c Hobak dah belajar Karate dengan murid ayah dia. Aku harap juga c Hobak akan jumpa lelaki yg lebih baik dari c Sadal yang tak sedar diri itu. Hopely ayah murid dia yang ajar dia Karate...


Dan tak sabar nak tau bilalah  rahsia c Sobak yang tak sedar diri itu akan terbongkar. Minjung punya baik dengan wife dan in law tapi Sobak tak endahkan dia. Orang tu dahlah pergi kerja sebelum subuh balik lepas tengah malam, masak pun tak. Kasihan betul tengo dia. Aku nak tahu juga apa rahsia c Sobak sampai sanggup ugut c Hobak. Rupanya C Sunjung Ex Girl Minjung pula, dan dia lebih sesuai jadi pasangan c Minjung berbanding dengan Sobak yang asyik berangan je. Anak pun tak nak urus.


Penat aku meroyan hari ini...

Lee Si-yeong Fails in Championship Bid at National Sports Fest

Percubaan dia untuk menjadi wakil kebangsaan tidak menjadi setelah gagal dalam pusingan suku akhir kelayakan ke Sukan Asia untuk kategori 51 kg kot. Tak apa boleh cuba lagi.

Aku suka tengo dia Nampak cam ladies tapi tak sangka yang dia akan menyertai sukan yang aku anggap agak tidak sesuai untuk dia yang Nampak feminine.Dia tak risau pun muka dia cedera di tumbuk..gigi patahkah ...Well dia pun dah membuktikan yang dia boleh lakukan sehingga ke peringkat kebangsaankan.
 
Dia pernah mengacara Enterteinment Weekly lebih kurang setahun cam itu..lepas tu berenti. Kemudian tengo dah masuk sukan boxing pula. Hebat juga minah ni.. Drama dia pun banyak je yang best2 - Flower Over boys, The Birth Of Rice, Poseiden, Wild Romance.

Tapi mungkin kepuasaan dia dalam sukan boxing lebih dari yg dia dapat dari belakon.

Cantikkan ..tak sangka dia boleh masuk sukan boxing


 
 
Thank You For Read.

Showbiz Korea - Press Conference of the New Drama "The King Family", 드라마...

Ini je drama yang aku tengo sekarang ni. Tahap kemalasan bergulung-gulung so review pun tak buat tapi mak jumpa ini kat Youtube. Ini Press Conference Drama The King Family. Sila berkenalan dengan pelakon-pelakon hebat ini.





Thank You For Read.

Kelly Clarkson offacially Mrs Blackstock

Kelly Clarkson bekas pemenang American Idol musim yang pertama akhirnya menamatkan zaman solonya dengan Black Blackstok pada ahad lepas . Dia nampak sangat cantik dengan Gown kawin dia kan...Big Congratulation to both of you, hope your life together will filled with joys, happiness and lots of love...




Kelly Clarkson look beautiful with her wedding dress


Mr & Mrs Blackstock

Women Successful Career as a Male Model Elliot Sailor - Androgynous looks


Aku suka tengo muka-muka Androgynous ini sebab unik..
kebanyakkan model sekarang  muka androgynous ada ciri feminine dan  maskulin.
Elliot Sailor ini pun salah seorang juga..Tengo sekali imbas memang dah cam lelaki kan.



Muka macam lelaki kan..
Tapi kat sini cantik pula..




Thanks You For Read.