That Winter The Winds Blow

That Winter the Winds Blow- Drama Korea  yg baru bersiaran di Channel One setiap rabu dan khamis jam 9.00 mlm hingga 10.15pm, Ketika saya menulis drama ini  baru bersiaran  2 episod dari 16 episod, drama ini merupakan lakonan terbaru  Song Hye Kyo di kaca Tv -  berpasangan dengan pelakon tinggi lampai Zo In Sung. Seingat saya drama terakhir Hye Kyo di kaca tv ialah The World That They Live In lakonan bersama dengan bekas kekasihnya Hyun Bin.

Drama TWTWB ini merupakan drama Melodrama yang diadipatasikan dari drama Jepun I don't need Love dan pernah juga diadipatasi ke Filem Korea Love Me Not. Sapa2 yang dah tengo drama dan filem tersebut rasanya dah tahulah jalan cerita drama tersebut. Tapi..tapi yang best itu sebab penangan kedua-dua pelakon drama tersebut sampai buat orang angau...

Cuba tengo gambar2 di bawah....




 

MALINDO AIR

Tahniah MALINDO AIR kerana sudahpun memulakan operasinya lebih awal dari yang dijangkakan.
Syarikat Penerbangan kolabrasi antara Indonesia dan Malaysia yang akan merancakkan lagi dunia penerbangan di Malaysia. Diharap dengan kewujudan salah satu lagi penerbangan tambang murah akan memberikan lagi banyak pilihan kepada pelanggan untuk ke destinasi masing-masing. Untuk keterangan lanjut mengenai MALINDO Air  sila berkunjung ke halaman http://www.malindoair.com







My Daughter Seo Young Review

Tanpa disedari drama hujung minggu ini sudahpun melabuhkan tirainya bagi siaran Korea tapi belum lagi di KBS World Chanel 391 /392. Penamat yang memuaskan hati secara logiknya. Akhirnya LSY berkahwin kembali dgn Ujea dan dikurniakan seorg anak yg menjadi pujaan hati nenek dan datuknya, dia juga telah berbaik dengan ayahnya.  Secara keseluruhannya saya agak berpuas hati menonton drama hujung minggu itu walaupun episodnya agak panjang mencecah 50 episod. Pada saya LBY berjaya membawa watak tersebut dengan berkesan. Terkena sedikit tempias dengan watak cekal dan keras hati LBY dalam drama tersebut. Untuk rekod  dalam tahun yg sama  LBY berlakon dalam drama The Equator Man lakonan dengan Uhm Tea Wong,  sebelum ini lakonan pertama LBY yang saya tonton ialah Mr GoodBye, SMLD, TBOR rasanya watak LBY dlam MDS ini yg paling meninggalkan kesan. Dan rasanya LJS salah seorang ahli band CN BLUE patut mendapat pujian untuk lakonan sulungnya yang pada saya dikira agak cemerlang. Tidak lupa juga lakonan CYY yang saya tidak berapa endahkan dalam drama King of baking berlakon sebagai adik tiri  Kim Tak Gu untung dapat berlakon denga PHJ sekali gus menaikkan saham adik yg seorang ini. Lepas ni mesti dapat banyak offer sebab watak cemerlang dalam MDY. Ingat senang nak belakon sebagai minah sengal. Kalu tak kena mau kena "chop orang sewel". PHJ tetap menjadi pujaan hati nak tahu kenapa sila tonton drama2 lakonan PJH dalam East Of Eden, Hot Blood . Dan saya lebih suka menonton Park Jung Ah berlakon dalam drama ini berbanding dgn watak yang dibawanya drama Just You dalam KBS drama. Ini dia gambar pelakon-pelakon yang menjayakan drama MDSY yang pastinya saya akan tunggu drama mereka selepas ini.


                                                             Lee Jung Shin / Song Jea


                                                       Choi Yoon Young / Ho Jung
                                                     
                                                      Park Hea Jin / San Woo
                                                    
                                                    Park Jung Ah/ Mi Kyung

                                                      Shim Hyung Tak / Choi Kyung Ho

                                                        Lee Sang Yoon / Ujea

                                                   Lee Bo Young / Lee Soe Young

Hari Terakhir 2012

31 Dec 2012..
Hari terakhir di tahun 2012..
Masih dalam mood-mood bercuti setelah bercuti panjang 15 hari..
Memandangkan ada perkara yang harus diselesaikan hari ini aku kena ke tempat kerja juga..
Berita gembira buat aku tetapi tidak pada orang lain..
Sedih sebab tidak pernah menduga mereka yang akan menjadi mangsa..Siapa lagi selepas ini?
Haruskah ku letakkan harapan tinggi untuk kekal di sini?
Semestinya tidak selagi aku tidak selesaikan yang satu ini..
Banyak hal yang berlaku sepanjang 2012 ini..
Melalui pengalaman pahit yang tak mampu ku tuliskan di sini..
Kecewa yang teramat sangat..
Mengharap tahun 2013 ini lebih baik dari yang sebelum ini..

Singapore Kota Keriangan Bah 3

Memandangkan makan tengah hari tidak termasuk di dalam pakej dan memang telah diaturkan untuk makan tengahhari di satu kawasan ini, maka bas pun beransurlah menuju ke  Bugis Street. Agak sibuk kawasan Jalan Bugis ini memandangkan hari minggu, agaknya Jalan Bugis ini pun tumpuan orang menghabiskan hari minggu.  Kami cuma diberi dalam 2 jam. Tak banyak benda yang boleh dibuat dalam 2 jam itu sebenarnya. 


Bugis Street

Capital Mall


Bangunan Kedai di Sekitar Bugis Street

Orang ramai menghabiskan masa di Bugis Street

Singkat sangat masa yang diberikan. Tak puas rasanya berada di Singapora. Tapi rasanya sangat berbaloi dengan charge yang dikenakan. Menyimpan hasrat untuk berkunjung ke sini lagi suatu masa nanti. 






Singapore Kota Keriangan Bah 2

Awal juga dah sampai di Imigresen lupa nak tengo jam . Selesai melakukan urusan imigresen Bas meneruskan perjalanan ke Sentosa World Resort kami sampai di SWR sekitar jam 5.30 pagi. Sememangnya trip ini dirancang untuk setengah hari di SWR dan petangnya akan beransur ke kawasan lain. Memberi peluang kepada Ahli Rombongan untuk menghabiskan duit di sini...



Entrence

Casino SWR

Sudah tahu kenapa tiket murah sangat..hahaha....
Ahli rombongan yang kurang arif dengan game ini ada pilihan lain untuk menerokai sekitar kawasan Sentosa World dengan masa yang tetapkan.


 Sekitar kawasan Sentosa World yang sempat di terokai untuk masa yang singat itu.


Hard Rock Singapore
                                           
                                       
Sekitar SRW
                                                                           

Sekitar SWR

 Candy..candy..candy yang membuatkan poketku separuh rebak.


Candy


Hajat hati ingin ke Universal World namun memandangkan masa tidak mencukupi ku simpan hajat untuk berkunjung ke sini satu hari nanti. Kalu panjang umur.


Universal Studio


Ini di sekitar SWR, menaiki tren dengan percuma ke sekitar SWT menghabiskan masa yang diberikan di sini.




WF Station


Di tapian pantai



Pokok Kelapa




Tambah kapsyen



Sentosa Resort

Indoor Skydiving



Interseting juga game ini..


Statue 





Singapora Kota Keriangan Bah 1

Tercapai juga impian ke Singapore sungguhpun sangat singkat. Sehari.

Seronoknya sebab saya cuma bayar RM 40 seorang dan memandangkan saya pergi dengan pakej anak2 sekali saya so saya kena bayar RM 160 untuk pakej pergi dan balik berserta dengan dinner...huhuhuhua.Girangnya hatiku mana nak dapat trip cam ini. Jawaban kena tanya MIL..

Jam 9.00 malam saya dah siapkan anak2 kerana harus berada di Meeting Point paling lewat jam 10 malam. Memandangkan saya pergi dengan MIL, kami kena mengambil  dia dahulu sebelum ke MP.
Kami sampai awal di MP sempat lagi singgah di KJ beli makanan untuk bekalan breakfast.

Tengah layan budak2 tu datang Pak Itam dengan GF duduk kerusi sebelah. Telebih mesra.
Sibuk je nak tanya budak2 nama siapa..umur berapa..sekolah kat mana..tinggal kat mana..hisss..ada gaya cam nak culik budak..

Nasib baik bas sampai..Selamat dari segala pertanyaan c Pak Itam.

Bas bergerak dari MP jam 11.00 malam dengan jumlah penumpang 45 orang. Bus Persiaran kekdahnya.
Rasa cam rombongan sekolah pun ada. Anak2lah yang paling seronok sebab jarang naik Bas.
Memandangkan cuma saya yang bawa anak2, so ahli rombongan dalam tu sibuk nak melayan. Bagi gula. Bagi biskut. Bagi minuman. Terima kasih semua. Buat susah-susah saja.

Maka bermulalah perjalanan saya dan ahli rombongan. Bas bergerak perlahan menuju ke Selatan. Ahli Rombongan lain masing2 bersembang. Riuh satu kampung. Cam tak jumpa setahun. Nasib baik anak2 mood baik. Tak meragam. Haruslah manfaatkan masa ini untuk tidur.
Bas berhenti rehat makan di R n R Pagoh sebelum meneruskan perjalanan ke Singapore.

Akhirnya tiba juga di kota Singapora.