Seminar Developing Extraordinary Children 2013

"Selamat Hari Ibu & Happy Mother Day's"

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu diseluruh dunia sungguhpun sudah berlalu semalam 12 Mei 2013. Sambutan untuk menghargai para ibu yang bertungkus lumus membesarkan kita, jerih payah yang tidak terkata, pendek kata siapalah kita tanpa seorang ibu.

So bagaimana saya merayakan sambutan hari ibu pada tahun ini?
Makan besar ???
atau Makan Angin ???
Dapat hadiah  ??
Tak satu pun jawaban diatas..

Sambutan Hari Ibu pada tahun ini disambut di Hotel Berjaya Times Square untuk menghadiri Seminar Developing Extraordinary Children yang dianjurkan oleh Lawrence Walter Seminar.  Banyak2acara yang saya dah fikirkan untuk sambutan Hari Ibu tahun ini...seminar ini juga yg mendapat undian paling banyak untuk dilakukan pada hari ibu ini...

Kata suara ramai..
" makan tu bila2 masa boleh pergi.."
" Makan Angin tu cuti sekolah nanti boleh pergi.."
" Hadiah ..bukan hari Ibu pun boleh beri hadiah..

Memang bermacam alasanlah ipar duai kemukakan..

Penat berfikir dan tak mahu anak kecewa saya confirmkan juga penyertaan ke Seminar ini utk 2 orng Dewasa dan 3 Kanak2.






Jadi apa yang berlaku sepanjang seminar itu?? Adakah penyertaan saya berbaloi?? Atau datang sebab nak dapatkan goddies, boleh jadi juga terlelap semasa seminar tersebut..??

Medan Trip Bah 5


Hari terakhir berada di kota Medan.Tidak puas rasanya berada di Medan kerana banyak tempat yang tidak sempat diterokai. Pagi itu kami bergerak awal,   jalan raya pun  masih tak berapa sibuk. Supir membawa kami bersarapan di sebuah kedai. Makanan ringkas tetapi memenuhi selera. Hajat dihati selepas bersarapan  pagi ini ingin ke Pasar Ikan malangnya..malangnya pasar ikan tutup pada hari minggu. Mungkin tidak mahu saya kecewa lagi kata Supir mungkin boleh cuba ke sana  tetapi selepas jam 10am. Sementara menunggu jam 10am, Supir membawa kami ke salah sebuah pasar (X ingat Nama pasar itu) tapi tidaklah segah pasar ikan yang sentiasa menjadi sebutan ramai  pelawat dari Malaysia...hahaha

Gambar-gambar sekitar bandar Medan.



Sekitar Bandar Medan

Jam di Bandar Medan

Bank Indonesia berdiri megah

Salah sebuah temple 

Keretapi

Bandar Medan di Suatu Subuh yang bening


Dan untuk memenuhi impian terakhir di Medan, Supir pergi juga ke Pasar Ikan. Cuma ada beberapa buah kedai yang buka. Dan ini salah satu kedai tersebut. Berapa pasang sempat saya rembat..itu biarlah menjadi jawaban almari  dengan kain pasang yang tak berjahit lagi....


Kain di Pasar Ikan

Dan ini destinasi terakhir kami di Medan Istana Maimon sebelum ke lapangan terbang. 




Sekitar Istana Maimon


Sekitar Istana Maimon



Di dalam Istana

Sungguhpun mengalami pengalaman pahit dengan supir, Medan sememangnya satu tempat pelancongan yang sangat menarik terutamanya Danau Toba dan Brastagi. 



Airport Polonia



Thank For Flying Us to Medan AA


Sekian.





















Medan Trip Bah 4

Petang sekitar jam 5.30 petang kami tiba di Medan. Supir terus membawa kami ke Caroline Inn Medan. Dialah yang menguruskan segalanya. Kami mendapat bilik  tingkat bawah Family Room. Memang sesuai sangat dengan yang ada anak2. Ini dia bilik Family di Carolina Inn, ketika percutian ini hotel ini baru dibuka beberapa minggu. Papan tanda pun tak letak lagi.


Room Family

Kata supir itu nanti jam 7.30 malam dia datang untuk membawa kami ke sekitar Medan Town. Tak adalah teruk sangat percutian ini. Dan seperti yang dijanjikan  Pak Supir datang seawal jam 7.00pm. Memandangkan masih awal dan perut masih kenyang  kami menjamu mata dulu di Sogo Medan. Bukannya Malaysia tak ada Sogo tapi nak juga melawat  sekali sekala Sogo di negara orang. Tengo kelainan dengan Sogo KL. For sure Sogo kat sini lagi besar. Tak habis round pun. Banyak kedai lain yg ada dalam bangunan yg sama. Apa yang pasti harga agak berbeza. Mungkin terasa agak murah harga barang di Medan memandangkan pertukaran duit kita yang memang agak kukuh di pasaran. Kah alasan untuk shopping sakan di Medan..huahuahu..Cuci mata di Sogo Medan..


Sekitar Kedai Di  Sogo Medan

Sekitar Kedai di dalam  Sogo Medan

Sogo Medan














Airasia New Route- Busan

Dah lama juga saya dengar ura-ura yang AA akan membuat penerbangan terus Ke Busan Korea, ingatkan tidak menjadi (tampar mulut sendiri) tambah2 lagi timbulnya isu Korea Selatan & Korea Utara. Membuatkan ramai yg tak konfiden untuk ke Korea..hahaha. Tapi jauh di lubuk hati nak juga merasa musim luruh setelah merasai musim bunga di Seoul (Mei 2011) dan Winter (Feb 2013)...Tapi nak selit bulan bila tu?..Wah bukan main lagi..cam itinery penuh setahunkan..
Pembelian tiket pun telah bermula hari ini 17  April 2013 sehingga 28 April 2013. Harga tiket bermula RM 199 untuk pergi dan RM 238 balik. Tahniah untuk yang sempat merembat tiket pergi balik RM 437 ini harga yang paling murah (diri sendirikah????)  Untuk menempah tiket murah ini sila berkunjung ke website http://www.airasia.com



Book from 17 - 28 Apr 2013 Travel from 15 Jul 2013 - 30 Apr 2014


Antara tarikan utama di Busan : Sumber Busan Tourism

                                                                        Haeudea Beach


                                                                  
                                                   

                                                            Jagalchi Market
                                                         









Cara mudah untuk melihat keseluruhan bandar Busan adalah dengan mengambil perkhidmatan Busan City  Tour . Check more on












That Winter The Winds Blow

That Winter the Winds Blow- Drama Korea  yg baru bersiaran di Channel One setiap rabu dan khamis jam 9.00 mlm hingga 10.15pm, Ketika saya menulis drama ini  baru bersiaran  2 episod dari 16 episod, drama ini merupakan lakonan terbaru  Song Hye Kyo di kaca Tv -  berpasangan dengan pelakon tinggi lampai Zo In Sung. Seingat saya drama terakhir Hye Kyo di kaca tv ialah The World That They Live In lakonan bersama dengan bekas kekasihnya Hyun Bin.

Drama TWTWB ini merupakan drama Melodrama yang diadipatasikan dari drama Jepun I don't need Love dan pernah juga diadipatasi ke Filem Korea Love Me Not. Sapa2 yang dah tengo drama dan filem tersebut rasanya dah tahulah jalan cerita drama tersebut. Tapi..tapi yang best itu sebab penangan kedua-dua pelakon drama tersebut sampai buat orang angau...

Cuba tengo gambar2 di bawah....




 

MALINDO AIR

Tahniah MALINDO AIR kerana sudahpun memulakan operasinya lebih awal dari yang dijangkakan.
Syarikat Penerbangan kolabrasi antara Indonesia dan Malaysia yang akan merancakkan lagi dunia penerbangan di Malaysia. Diharap dengan kewujudan salah satu lagi penerbangan tambang murah akan memberikan lagi banyak pilihan kepada pelanggan untuk ke destinasi masing-masing. Untuk keterangan lanjut mengenai MALINDO Air  sila berkunjung ke halaman http://www.malindoair.com







My Daughter Seo Young Review

Tanpa disedari drama hujung minggu ini sudahpun melabuhkan tirainya bagi siaran Korea tapi belum lagi di KBS World Chanel 391 /392. Penamat yang memuaskan hati secara logiknya. Akhirnya LSY berkahwin kembali dgn Ujea dan dikurniakan seorg anak yg menjadi pujaan hati nenek dan datuknya, dia juga telah berbaik dengan ayahnya.  Secara keseluruhannya saya agak berpuas hati menonton drama hujung minggu itu walaupun episodnya agak panjang mencecah 50 episod. Pada saya LBY berjaya membawa watak tersebut dengan berkesan. Terkena sedikit tempias dengan watak cekal dan keras hati LBY dalam drama tersebut. Untuk rekod  dalam tahun yg sama  LBY berlakon dalam drama The Equator Man lakonan dengan Uhm Tea Wong,  sebelum ini lakonan pertama LBY yang saya tonton ialah Mr GoodBye, SMLD, TBOR rasanya watak LBY dlam MDS ini yg paling meninggalkan kesan. Dan rasanya LJS salah seorang ahli band CN BLUE patut mendapat pujian untuk lakonan sulungnya yang pada saya dikira agak cemerlang. Tidak lupa juga lakonan CYY yang saya tidak berapa endahkan dalam drama King of baking berlakon sebagai adik tiri  Kim Tak Gu untung dapat berlakon denga PHJ sekali gus menaikkan saham adik yg seorang ini. Lepas ni mesti dapat banyak offer sebab watak cemerlang dalam MDY. Ingat senang nak belakon sebagai minah sengal. Kalu tak kena mau kena "chop orang sewel". PHJ tetap menjadi pujaan hati nak tahu kenapa sila tonton drama2 lakonan PJH dalam East Of Eden, Hot Blood . Dan saya lebih suka menonton Park Jung Ah berlakon dalam drama ini berbanding dgn watak yang dibawanya drama Just You dalam KBS drama. Ini dia gambar pelakon-pelakon yang menjayakan drama MDSY yang pastinya saya akan tunggu drama mereka selepas ini.


                                                             Lee Jung Shin / Song Jea


                                                       Choi Yoon Young / Ho Jung
                                                     
                                                      Park Hea Jin / San Woo
                                                    
                                                    Park Jung Ah/ Mi Kyung

                                                      Shim Hyung Tak / Choi Kyung Ho

                                                        Lee Sang Yoon / Ujea

                                                   Lee Bo Young / Lee Soe Young