Qoo10 - Online Marketplace

Semenjak dipekenalkan dengan website Qoo10, dan seterusnya 'Terlanggan' email Qoo10, melawat website Qoo10 sudah menjadi rutin harian kerana ada saja item yang menjadi tarikan kepada pengguna.

Sedikit pengenalan mengenai Q0010..

About Qoo10 & GiosisAbout usSecrets


About Company

Giosis is a joint venture company formed with eBay, the world's largest online marketplace, to become Asia's leading online marketplace. Giosis provides a powerful online marketplace platform that allows its buyers enjoy highly secure and convenient shopping experience. The company currently operates 7 localized online marketplaces in 5 countries including Japan (http://www.qoo10.jp)and Singapore(http://www.qoo10.sg)and plans to expand into more Asian countries in the near future.


So apa yang hebat sangat dengan Qoo10?
Jom kita tengo website Qoo10:








Ini antara  blouse yg sudah menjadi milik saya. Harga rasanya berbaloi dalam Rm 30, kualiti pun not bad, tapi sekiranya nak murah lagi dalam promosi itu ada menyatakan harga pembelian yang melebihi untuk jumlah sekian, kos penghantaran adalah percuma. Size yang dinyatakan dibawah masih sesuai untuk orang asia.

Memandangkan item dihantar terus dari China ke Malaysia sememangnya proses penghantaran mengambil masa  sungguhpun menggunakan Citylink. Dalam kes saya sekitar 7 hari juga baru sampai ke office. Pada saya itu masih dalam tempoh yang boleh ditunggu, kerana dalam website pun ada dinyatakan proses penghantaran akan mengambil masa dalam tempoh 7-14 hari bergantung pada lokasi.






Saya tidak pernah terfikir untuk membeli pants secara online kerana takut cutting tak sesuai sungguhpun diberikan size. Tetapi pants2 yang ini sangat-sangat mengoda..Haruskah beli online????????






Kalu ikut review yang telah diberikan dalam Q0010 semua ok dan agak membantu...Tetapi?? tangan tak sampai lagi tuk menekan "ORDER". Tengolah kalu hati dah terbuka untuk beli saya akan bagi review.

Setakat ini yang menjadi pilihan saya cuma baju wanita dan kosmetik. Barang kosmetik rasanya agak murah dibandingkan dengan harga di outlet- Etude, SK II, Laneige

Akhirnya, pilihan sebenar terletak pada pengguna, anda boleh memilih untuk membeli online dan barang akan dihantar pada anda melalui pos. Cepat atau lambat bergantung pada lokasi anda dan jenis penghantaran. Dari segi harga, sebenarnya pada saya masih murah dan termampu. Atau pengguna sendiri ke kedai untuk membeli (mungkin kepuasan orang lain dengan melihat sendiri barang tersebut) tapi memandangkan masa saya sangat terhad untuk mengunjungi Mall antara alasan saya lagi suka untuk membeli online selain harga yang murah.

Sekiranya berminat cubalah  lawat website http://www.qoo10.my/.


 

Seminar Developing Extraordinary Children 2013

"Selamat Hari Ibu & Happy Mother Day's"

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Ibu kepada semua ibu diseluruh dunia sungguhpun sudah berlalu semalam 12 Mei 2013. Sambutan untuk menghargai para ibu yang bertungkus lumus membesarkan kita, jerih payah yang tidak terkata, pendek kata siapalah kita tanpa seorang ibu.

So bagaimana saya merayakan sambutan hari ibu pada tahun ini?
Makan besar ???
atau Makan Angin ???
Dapat hadiah  ??
Tak satu pun jawaban diatas..

Sambutan Hari Ibu pada tahun ini disambut di Hotel Berjaya Times Square untuk menghadiri Seminar Developing Extraordinary Children yang dianjurkan oleh Lawrence Walter Seminar.  Banyak2acara yang saya dah fikirkan untuk sambutan Hari Ibu tahun ini...seminar ini juga yg mendapat undian paling banyak untuk dilakukan pada hari ibu ini...

Kata suara ramai..
" makan tu bila2 masa boleh pergi.."
" Makan Angin tu cuti sekolah nanti boleh pergi.."
" Hadiah ..bukan hari Ibu pun boleh beri hadiah..

Memang bermacam alasanlah ipar duai kemukakan..

Penat berfikir dan tak mahu anak kecewa saya confirmkan juga penyertaan ke Seminar ini utk 2 orng Dewasa dan 3 Kanak2.






Jadi apa yang berlaku sepanjang seminar itu?? Adakah penyertaan saya berbaloi?? Atau datang sebab nak dapatkan goddies, boleh jadi juga terlelap semasa seminar tersebut..??

Medan Trip Bah 5


Hari terakhir berada di kota Medan.Tidak puas rasanya berada di Medan kerana banyak tempat yang tidak sempat diterokai. Pagi itu kami bergerak awal,   jalan raya pun  masih tak berapa sibuk. Supir membawa kami bersarapan di sebuah kedai. Makanan ringkas tetapi memenuhi selera. Hajat dihati selepas bersarapan  pagi ini ingin ke Pasar Ikan malangnya..malangnya pasar ikan tutup pada hari minggu. Mungkin tidak mahu saya kecewa lagi kata Supir mungkin boleh cuba ke sana  tetapi selepas jam 10am. Sementara menunggu jam 10am, Supir membawa kami ke salah sebuah pasar (X ingat Nama pasar itu) tapi tidaklah segah pasar ikan yang sentiasa menjadi sebutan ramai  pelawat dari Malaysia...hahaha

Gambar-gambar sekitar bandar Medan.



Sekitar Bandar Medan

Jam di Bandar Medan

Bank Indonesia berdiri megah

Salah sebuah temple 

Keretapi

Bandar Medan di Suatu Subuh yang bening


Dan untuk memenuhi impian terakhir di Medan, Supir pergi juga ke Pasar Ikan. Cuma ada beberapa buah kedai yang buka. Dan ini salah satu kedai tersebut. Berapa pasang sempat saya rembat..itu biarlah menjadi jawaban almari  dengan kain pasang yang tak berjahit lagi....


Kain di Pasar Ikan

Dan ini destinasi terakhir kami di Medan Istana Maimon sebelum ke lapangan terbang. 




Sekitar Istana Maimon


Sekitar Istana Maimon



Di dalam Istana

Sungguhpun mengalami pengalaman pahit dengan supir, Medan sememangnya satu tempat pelancongan yang sangat menarik terutamanya Danau Toba dan Brastagi. 



Airport Polonia



Thank For Flying Us to Medan AA


Sekian.





















Medan Trip Bah 4

Petang sekitar jam 5.30 petang kami tiba di Medan. Supir terus membawa kami ke Caroline Inn Medan. Dialah yang menguruskan segalanya. Kami mendapat bilik  tingkat bawah Family Room. Memang sesuai sangat dengan yang ada anak2. Ini dia bilik Family di Carolina Inn, ketika percutian ini hotel ini baru dibuka beberapa minggu. Papan tanda pun tak letak lagi.


Room Family

Kata supir itu nanti jam 7.30 malam dia datang untuk membawa kami ke sekitar Medan Town. Tak adalah teruk sangat percutian ini. Dan seperti yang dijanjikan  Pak Supir datang seawal jam 7.00pm. Memandangkan masih awal dan perut masih kenyang  kami menjamu mata dulu di Sogo Medan. Bukannya Malaysia tak ada Sogo tapi nak juga melawat  sekali sekala Sogo di negara orang. Tengo kelainan dengan Sogo KL. For sure Sogo kat sini lagi besar. Tak habis round pun. Banyak kedai lain yg ada dalam bangunan yg sama. Apa yang pasti harga agak berbeza. Mungkin terasa agak murah harga barang di Medan memandangkan pertukaran duit kita yang memang agak kukuh di pasaran. Kah alasan untuk shopping sakan di Medan..huahuahu..Cuci mata di Sogo Medan..


Sekitar Kedai Di  Sogo Medan

Sekitar Kedai di dalam  Sogo Medan

Sogo Medan