AirAsia Birthday Bash 11th

Hati masih kecewa sebab terlepas tiket pembukaan route baru KK ke Guangzhou.
Kecewa sampai tak boleh buat kerja..
nampaknya AA cam tau saja nak mengubat kekecewaan ku...LOL
Ada lagi promosi sempena AA Birthday Bash yg ke 11 tahun....
Seperti yang tertera di bawah:




Tempahan boleh dibuat dari tarikh hari  ini 26 Nov sehingga 2 Dec 2012 Penerbangan dari tarikh 3 Dec Sehingga 31 March 2012.

Apa lagi geng2 yang suka berjalan silalah ke halaman website www.airasia.com.my untuk mendapatkan tiket-tiket murah ini.


Bulan-bulan terakhir 2012

Hari Ke 21 di bulan Nov tahun 2012..
2 hari sebelum DPP menyambut birthdaynya yg ke..
9 hari sebelum masuk ke bulan terakhir Dec 2012..
Bulan dec yang ditunggu-tunggu..selepas berhempas pulas menghalau lebah di web AA pada promosi Zero Fare pada Feb 2012 untuk penerbangan hujung tahun 2012, dapatlah menempah tiket balik kg berbaloi jugalah dapat Rm 900+ untuk 5 beranak RETURN..
Harga pergi tu  murah RM 100+ sebab bayar Tax Airport saja, tapi harga balik agak mahal Rm 700+ kerana penghujung tahun dan perayaan krismas..
Namun rasanya tiket ini dah cukup murah kerana kalu beli masa BUKAN promosi harga tiket tersebut agak mahal..Dah pernah pun terkena Rm 3000+ untuk return tiket tahun sebelum ini. Nasib baik ada CC. Buatnya tak ada, bayar tunailah. Kalu ada Duit Tunai. Buatnya tiada. Duduk rumah diam-diam.
Itu tahun sebelum saya mengetahui kewujudan Zero Fee..Kasihan.
Mood kerja pun dah makin kurang ni asyik ingat cuti..
Counting Days....

My Daughter Seo Yeong Epsd 13 & 14

Dalam episod ini  ayah Seo Yeong menyelamatkan Ujea dari dilanggar kereta.Tanpa mengetahui orang yang menyelamatkan adalah bapa mertuanya...Ooo sakit jantung kejap tengo drama ini..Ujea telah membawa ayah Seo Yeong ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi ayah SY telah melarikan diri dari hospital. Nasib baik Ujea berjaya mendapatkan alamat kediaman ayah SJ melalui borang yang diisikannya di hospital.
Gigih benar Ujea mencari ayah SY sehingga sampai ke alamat yang dapat. Tekezut ayah SY  apabila Ujea dapat mencarinya..Sanggup dia tipu nama dia dengan memberikan nama rakannya.
Lain halnya Ujea dan SY, Ujea telah menyuruh ibunya untuk membuat hari peringatan kematian ayahnya di rumah mereka. Kejutan sangat pada Sy sehingga pengsan. Hadoi..layan gambar dulu


Kredit To Hancinema..

My Daughter Seo Yeong Epsd 11 & 12

Akhirnya Ujea & Seo Yeong dah selamat berkahwin...
Drama seterusnya itu berkisar selepas 3 tahun dari epsd perkhawinan mereka..
SY pun dah berjaya jadi Juri..Ujea berkerja dengan company ayah dia..
Heaong pun dah balik dari Oversea, Sang Woo pun dah graduate, SJ pun dah masuk Kolej..
yang bestnya part ini sebab penampilan masing2 dah berubah..Song Jea paling ketara dari rambut panjang ke rambut pendek..sesuai sangat..makin handsome..

Ingatkan Kang Kibum itu baik sangat rupanya dia pun ada perempuan simpanan..kasihannya isteri dia yang kat rumah..Dia ingatkan dengan memberi segala kemewahan kepada isterinya akan membahagiakan dia..
Ooo lelaki kebahagian itu bukan terletak pada kemewahan yg diberikan semata-mata..
Tidak hairanlah Mak Ujea cemburu sangat dengan Seo Yeong sebab mendapat suami yg penyayang..
watak Ujea sebagai suami yang penyayang dan sangat menyintai isterinya rasanya menjadi igauan wanita di luar sana..bertuah badan kalu ada suami yang penyayang cam watak Ujea ini kan..rasa cam di lambung2 pun ada hahahaha...

Storylane

Satu hari saya telah menerima email dari storylane berbunyi:

Hi!


I have been working for a while on Storylane, a product that I believe a blog owner like you will appreciate. Storylane works like a blogging platform but is social from the ground up. Your content can be categorized by you and then discovered by our fast growing community. Storylane can breathe new life into the content you created for your old blog and hopefully connect you with people, places, and ideas that can add value and meaning to your life.

Would you like to give us a try? join us here and add a story or two (feel free to use stories that are already on your blog)

Wow..sangat2 teruja sebenarnya sebab tak pernah terfikir ada pihak yang berminat dengan tulisan saya.
Dan setelah saya google Storylane ini, agak menarik pengisiannya.Penulis bebas untuk menulis dan mencetogarikan sendiri tulisan yang dibuat. Terasa kerdil sangat diri ini di mata orang lain apabila membaca tulisan blogger lain. Pada saya yang penting tulisan itu telus dari hati penulis. Jauh sekali untuk mencari publisiti.





My Daughter Seo Yeong Epsd 9 & 10

Akhirnya WJ n Seo Yeong berkawin..

Sedih tengo masa Seo Yeong kawin sebab dia terpaksa mengetepikan ayahnya, sanggup dia cakap dgn family Wj yg dia tak ada ibu bapa sedih..sedih meleleh air mata kejap walau sejahat mana pun ayah itu tetapi dia tetap ayah dia..yang menambahkan kesedihan ayahnya yang bekerja sebagai tetamu berbayar menyaksikan sendiri perkahwinan anaknya tanpa mengetahui majlis yg dihadiri itu adalah perkahwinan anaknya..oo penulis skrip aku rasa cam nak suruh ko tukar sript tau ..tak sanggup tengo ayahnya yang nampak terkejut sangat dengan perkhawinan Seo Yeong, manakan tidak Seo Yeong bagi tahu yg dia akan ke NY utk melanjutkan pelajaran tapi dia sebenarnya berkahwin dengan WJ..huhu Kejam sangat rasanya skrip episod ini..





Lee Sang Yoon dating with Nam Sang Mi

OMG..
Aku tertinggal keretapikah?..Nam Sang Mi n Lee Sang Yoon dah berkasih-kasihan selepas drama Life Is Beautiful...... bertuah badan Nam Sang Mi Boyfriend handsome tak hingat. Nam Sang Mi ni dulu first saya tengo kat drama Time between of Dog |N Wolf lakonan hebat  NSM bersama Lee Jun Ki masa tu tengah giler  dengan LJK drama tu best gak,mula2 ingatkan Nam Sang Mi ini pelakon Eugene sebab seiras rupanya pelanduk dua serupa hebat gak minah ni berlakon lagi satu drama dia yang  kelakar kat KBS Invicible Lee Pyung Kang aka Taming Of The Heir drama komedi romantic dengan Ji Hyun Woo drama ni best  kelakar..pecah perutlah kalu tengo..
Well, as a fan saya harap semoga hubungan pasangan berkekalan jangan pula sekerat jalan. Seorang handsome,seorang cantik bagai pinang di belah parang. Rasanya elok juga dia ni orang couple dengan orang yg sama bidang dengan dia org senang nak faham, iyalah dia org kerja bukan kerja office hour, kerja sebagai artis katakan banyak cabaran..tambah2 lagi LSY tengah meletop-letop kat KBS dengan drama My Daughter Seo Yeong..jejaka idaman satu korea kekdahnya..




Ini dia gambar pasangan yang tengah di lamun cinta..


Nota Kaki: Rupanya pasangan ini mengambil haluan masing-masing pada bulan Jan 2013 setelah bersama lebih kurang 18 bulan, seingat saya drama MDSY masih lagi bersiaran ketika itu. Dan rupanya kehadiran LSY semasa preview Movie TP lakonan NSM cumalah drama semata-mata. Hukk..hukk
@ 4 July 2013