Hari Pertama di Korea..
Bangun seawal pagi. Teruja untuk meneroka bumi Korea . Selepas sarapan pagi, berbekalkan itienary &Maps saya dan adik bergerak keluar ke Subway. Masa saya keluar tak banyak lagi kedai yang buka. Semalam T-Money kad kita dah beli siap2 kat Family Mart harga beli untuk kad sahaja dalam 3000 Won dan top upkan dalam 10,000 won. Jom kita layan gambar sekitar Daehakno..Sebelum itu saya masukkan dulu Maps lokasi Mr Sea Backpacker supaya senang mendapat gambaran kedudukan tempat penginapan dengan station subway. Gigih nak bg tahu sebab first time g Negara org yang kita memang tak tahu apapun. Tapi kalu ada Maps dan T-money gunakan saja subway. Kalu duit tengah tebal boleh guna teksi. Dan jangan berat mulut. Orang sana ok je nak bantu tunjukkan jalan.
Penginapan berhadapan dengan laluan utama, kenderaan banyak jam ini masing2 sibuk g kerja, Sekolah
 |
Kena Lintas Jalan menuju ke seberang |
 |
Jalan yang luas |
 |
Donkin Donuts yg ada kat Maps tersebut |
 |
deretan kedai menuju ke Subway |
 |
Restoran |
 |
Statue |
 |
antara kedai kosmetik brand korea |
 |
tak jumpa orgnya dpt ambil gambar dgn patung pun tak apa |
 |
Etude Cosmetic |
Trip saya ke Korea ini bukan melalui Travel Agent. Trip secara backpacker orang kata. Penginapan, pengangkutan semua kita rancang sendiri. Itinery juga buat sendiri Seronoknya melancong di Korea ini kerana kita boleh meneroka Negara mereka dengan mudah kerana system pengangkutan yang superbab dan dihubungkan antara satu stestyen dengan yang lain. Inilah pengangkutan rasmi saya semasa berada di sana. Apa yang anda perlu ketahui ialah Nombor Line Subway dan kawasan laluan dan juga EXIT..setiap pintu keluar itu ada nombor masing2. Kalu tersalah keluar nanti kena pusing balik. Itu yang letih. Sudahlah tangga bertingkat-tingkat. (Patutlah tengo perempuan kat korea ini kurus2 sebab tangga yang bertingkat-tingkat di Subway ). Dengan kemudahan pengangkutan yg mereka ada banyak membantu untuk merangka jadual atau itinery kita di sana. Sungguh pun banyak kali tersesat di antara interchange subway sebab tak tahu mana nak pergi.
Tengah baca Maps kat Station Subway Hyehwa Station Line 4
 |
Gigih mak baca maps.. |
Hari ini seperti yang dirancang dan tertulis di itinery kami, misi menawan kawasan Square Gwanghamun dan sekitarnya..
Destinasi Hari Ini Gwanghamun
Subway Line 5, Exit 1 @ Exit 5
Sekitar Kawasan Gwanghamun Square
 |
Statue |
 |
Terseregam megah di sana |
 |
sekitar Gwanghamun |
 |
Main Enterence |
 |
Guard menjaga keselematan |
 |
Dalam Palace |
 |
Sekitar Palace |
 |
Sekitar Palace yg dikunjugi ramai orang |
 |
sambutan dari penduduk tempatan amat menggalakkan |
 |
Seni Ukiran bangunan yang menarik |
 |
Sekitar Taman |
 |
National Folk Museum |
 |
Cam pagoda pun ada.. |
 |
Istana kecil |