Hello!
Hari kedua PKPB di Kuala Lumpur 15/10/2020. Belum bosan lagi kan ?
Beberapa tahun yang lepas saya membuka blog ini secara suka-suka. Dan masa itu saya masih bekerja dengan satu syarikat GLC sehingga saya mengambil keputusan untuk mengambil VSS pada penghujung tahun 2018 (DEC) . Satu keputusan sangat berani MATI kepada yang tidak mempunyai simpanan ratusan ribu di bank untuk membiayai hidup mendatang.
World CorporateJadi kenapa berhenti kerja tanpa mendapat pekerjaan lain? Dengan usia yang semakin meningkat agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan walaupun pengalaman lebih 23 tahun. Saya mula bekerja ketika umur 18 tahun. Saya tidak menyambung pengajian saya selps tamat SPM sungguhpun mendapat beberapa tawaran- Ting 6, ITM ketika itu ( Put in mind, tahun 1998-1999 negara kita telah mengalami kegawatan ekonomi antara yang paling teruk. Saya melalui fasa itu. Menderita gais! ) How did i managed to get my Degree? Through EPJJ for both Diploma dan Degree. itu mengambil masa saya sekitar 8 tahun untuk menamatkannya. Kelas hujung minggu sahaja.
3 tahun sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada (2016), saya sudah pun memulakan perniagaan kecil pada setiap hujung minggu. Ironinya , perniagaan yang pada permulaannya itu dimulai secara suka-suka telah menjadi punca pendapatan saya sekarang.
Jadi apa yang mendorong untuk mengambil keputusan saya untuk BERHENTI KERJA, Dorongan utama saya sanggup berhenti kerja dan berkerja sendiri- KEPUASAN DIRI!
But then , saya tidak syorkan anda berhenti kerja sekiranya anda tidak bersedia- MENTAL DAN FIZIKAL, DAN DUIT KECEMASAN SEKURANG-KURANGNYA UNTUK 6 BULAN PERTAMA.
Langsaikan juga hutang-hutang pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN, kad kredit. Saya tahu ini tidak mudah! Dan apa yang saya lakukan untuk melangsaikan semua hutang-hutang itu -
- Guna duit KUTU bayar balance hutang untuk kad kredit.
- DUIT KWSP akaun 2 untuk langsaikan duit pinjaman PTPTN saya membayar wajib bulanan sebelum melangsaikan habis baki yang ada.
- Pinjaman peribadi saya berbaki dua tahun terakhir sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dan saya baru saja melangsaikan baki terakhir Sept 2020 yang lepas.
- Kurangkan membeli barang-barang secara online.
- Kurangkan berliburan seketika. Trip overseas cuma 2 kali setahun. Itupun, saya pastikan saya balik dan bawa barang-brg dari negara yg dilawat untuk jual balik.
- Berhenti melanggan sesuatu yg akan dikesali 10 tahun akan datang.
- Kurangkan kekerapan makan di luar. Kalu anda baca blog saya awal2 dahulu, setiap minggu saya akan ada voucher makan.
Terima kasih kerana sudi membaca.