Malindo Airlines

Hi There,

Hari itu saya pergi Bangkok naik Malindo Airlines. Percaya atau tidak tiket ke sana dibeli sebulan sebelum penerbangan. Eee.. bolehkah dapat tiket murah? Mungkin rezeki saya ketika itu, selain dari harga tiket yang masih mampu di beli untuk 5 orang, saya berjaya mendapat tiket promosi untuk return tiket walaupun tarikh penerbangan cuma beberapa hari sebelum sambutan CNY dan kembali ke Msia pada hujung minggu. Selain itu  saya tidak perlu membeli elaun untuk bagasi memandangkan ada peruntukkan 20kg di berikan untuk setiap penumpang. So tidak berlaku pembaziran untuk add on lugage di situ. Mak boleh simpan duit tu untuk shopping di Bangkok.

Selain dari elaun  baggage, apa lagi yang seronok naik Malindo ni...hah ko jan tak tahu nak, dalam flight dia sudah tersedia inflight enterteinment. Mak tak payah nak buka hp or tablet  kat atas tu. Anak2 pun suka je. Mak pun kurang stress nak melayan seorang-seorang kat atas tu.  Air mineral dan biskut di berikan secara percuma. So tak lah ralat sangat kalu terlupa songlap air minum untuk perjalanan 2 jam itu. Oh ya memandangkan saya terbang dengan anak2, maka dapatlah priorty duduk kat seat depan...Tak suka lagi?..
 
Pergi beli tiket Malindo sekarang masih ada promosi sampai 22 March 2015.


Happy Birthday 2 year Malindo..........



Thanks Malindo to flying me safely...Ini kat Airport Don Meung, Bangkok

In Flight Enterteinment, movie pun best2.


Thanks for read.




Astro Circle - Ganjaran Untuk Pelanggan Astro


  
Hi,

Anda pelanggan Astro? Anda tahu tak yang Astro memberi ganjaran kepada pelanggan, yang mana mata ganjaran yang diberikan berdasarkan tempoh anda menjadi pelanggan Astro dan dari point itu anda boleh tukarkan kepada Astro Merchandise, Bill Rebate,  Channel Preview, Gadget and my favourite so far Event & Privileges, mak kan feeling-feeling retis, haruslah gigih nak menghadiri majlis sreening movie, Party bagai, iyalah kalu dah dapat tiket free and just bawa badan je siapa yang tak nak kan?....kihkihih

 cuba tengo sini: Astrocircle

Well, sebelum nak redeem tu kenalah register dulu, buka akaun. Dah buka akaun karang bolehlah mula menebus mata-mata ganjaran yang diberikan. Setiap bulan mata ganjaran tersebut akan bertambah dan mata yang diberikan bergantung kepada berapa tahun anda menjadi pelanggan astro, macam mak dapatlah 70 mata every month dan  kalu tak redeem akan luput pula tu,  so rajin2kan diri untuk menjenguk website astro circle untuk menebus mata ganjaran or subcribe kat email so korang tahu event2 akan di jalankan. Selalunya kalu redeem Ticket, Vendor akan menghubungi kita untuk memberitahu lokasi majlis tersebut di adakan. Dan jan lupa untuk membawa sekali salinan bil Astro anda sebagai pengesahan anda adalah ahli Astro yang berdaftar.


Ini antara Event yang dihadiri hasil tebusan mata dari Astro Circle,

1. Nicoledeon Screening Party @ redeem 100 point dapat 4 tiket. Dapat tiket  free, dapat goodies, tengo senarai tayangan baru yang akan bersiaran di saluran Nicoledeon untuk tahun 2015. Ambil gambar dengan Dora and Ninja Turtle. 

    Sikit lagi nak sampai ke lokasi..
    

Dapat pun tiket masuk

 Games menguji memory..






2. KL KIDS Festival @ Redeem 100 Points  for 4 Ticket. Rasa puas hati sangat koz tak payah beli tiket yang mahal itu.  Dan seperti biasa jan lupa bawa bil astro, kat sana memang ada booth Astro untuk kita berurusan mendapatkan tiket.


Stamping dah confirm dapat tiket masuk ke Event.


Ini story last year 2014, tunggu acara ini di tahun 2015.

Go..Go..Go..Salah satu grup yang diterbangkan dari UK sempena dengan KL Festival Kids ini


Antara lagu yang dibawakan oleh Group GOGOGO untuk menghiburkan pengunjung..


3. Badminton Purple Leque yang berlangsung di Resort World Genting..@ tebus 300 point sebab nak dapat bilik free dan tiket perlawanan separuh akhir. Gigih mak kan naik ke Genting semata-mata nak tengo games badminton.
Darren Liew kena belasah dengan Arif Latif....
Sessi Interview oleh Astro 801





4. Mak baru sahaja menonton Cinderella Movie secara percuma, ini semua dapat dari Astro Circle.
 
Nampak banner astro circle. Tunjuk Bil astro, nanti di bagilah tiket untuk menonton wayang.

Have courage and be kind..Cinderella Movie
 

Nice dress of Cinderella display at TGV 1 Utama.

Tiket Cinderella Movie. Best, rugi korang tak pergi tengo.
 
 
Dah cepat korang pergi redeem Point astrocircle
 
 
Thanks For Read.