BIG CARD REDEMPATION

Anda pelanggan tetap AA dan pengguna BIG CARD alaa kad loyalty dari Air Asia. Dan bersempena dengan bulan Merdeka ini Tune menghadiahkan pelanggan setia Big Card dengan promosi gila-gila dengan tarikh penebusan  bermula 28 Sept sehingga 1 Sept 2013. Dan penerbangan akan bermula 1 Sept sehingga  15 Oct 2013 .



Promosi Big Card



More On : http://www.tune2big.com/my/en/index.html

Kalender 2014

Baru bulan 8 dah sibuk cari Kalender 2014 ..Dengan adanya Kalender 2014 ini senanglah nak buat plan kan..Plan apakah itu..???Plan pergi bercuti, makan hangin sakan..Plan berjimba-jimba.
Mari kita tengo  kalander tahun 2014, berapa banyak PH yang boleh dimanfaatkan. Sebagaimana yang diketahui umum  Malaysia ini yang terkenal dengan banyak sambutan perayaan oleh pelbagai kaum dan bangsa. Maka ramailah yg buat plan nak bercuti panjang cam aku cuba plan kat bawah ini.

Jom kita buat plan untuk tahun depan.

  1. January 1 itu memang satu dunia cuti. Cuti Tahun baru kekdahnya. Memandangkan 1/1 itu jatuh pada hari rabu kalu yang berkerja 5 hari seminggu boleh apply AL 2 hari kan 2/1 to 3/1 dan sambung pula weekend 4/1 to 5/1. Fuh cukup lama dah itu.
  2. January 14 Cuti Umum juga Maulidul Rasul jatuh pada hari selasa. Kat cini sambung cuti dari 11/1 -12/1 itu Weekend dan 13/1 itu apply AL. Dapat 4 hari cutikan..
  3. Cuti CNY tahun dpn dijangka pada 31/1 dan 1/2. Kalu kat KL 1 Feb itu Hari Wilayah so aku rasa 3/2 itu akan jadi cuti gantian. Tambah lagi cuti sekolah. Kalu firasat aku betul SJKC akan bercuti 1 whole week dari 3/2 to 7/2. Itu sudah boleh berjimba-jimba sakan.
        

 
 
 
 
Aku buat plan sampai bulan Feb dahulu bulan Mac sebenarnya nak tunggu tarikh cuti sekolah keluar barulah boleh buat plan.
 
 
Update Cuti Sekolah Tahun 2014:
 
 
 
 
 
Thanks You For Read.
 

Ji Seong and Lee Bo-yeong return from trip

Menghitung hari untuk disatukan pasangan artis di Korea yang bakal mengakhiri zaman bujang masing-masing setelah menyulam cinta lebih kurang 7 tahun. Kira lama juga itu. Kalu di Malaysia anak dah masuk tahun 1. Bakal berkhawin pada 27 Sept 2013 ini dan gambar perkhawinan telah diambil di luar Negara Madrid. Haruslah ambil di luar negarakan view lagi cantik dan mereka berkemampuan apa salahnyakan..
 
Ini gambar mereka baru balik dari Oversea untuk sessi fotografi perkhawinan. Picture kredit to hancinema. Dan kebiasaan artis dengan spek mata hitam sebesar muka. Mujur mereka tidak melarikan diri dari repoterkan..
 




 
Thank You For Read.

Musim Panas Di Busan- Songdo Baech


Ini salah satu Beach yang terkenal di Busan selain Haeundea Baech. Pantai yang putih, bersih dan tempat kunjugan ramai. Tetapi memandangkan cuaca yang sangat panas ketika kunjungan aku ke Busan  dan aku tewas dengan kepanasan yang melampau-lampau di tapi pantai itu. Sungguhpun negara kita panas sepanjang tahun tapi panas kat sana lain bebenar rasanya dengan tewasnya aku dengan kepanasan Matahari disana maka tiadalah aku berkunjung ke pantai yang cantik ini walaupun Tour Bus Busan itu betul2 berhenti kat Songdo Baech.  Walaupunpun  tak berhenti menjejak kaki di sana kamera tak henti ambil gambar sebab Bus berhenti betul2 depan  Songdo Beach.

Songdo Beach

Sekitar Songdo Baech
Ada Festival masa tu..
Bestkan boleh mandi-manda..

Songdo Beach Photo















IU & Jo Jung Suk

Aku ingatkan aku seorang yang tengah sawan, angau, sengel  dengan couple JOU ini rupanya ada ramai lagi fan nun di luar sana  nak yang lagi tergila-gilakan dia orang jadi couple sebenar. Macam itulah peminat mahukan yang bukan-bukan. Jangan meleter banyak jom kita layan gambar-gambar IU and Jo Jung Suk. Sungguhpun berbeza umur 13 tahun tetapi tak Nampak pun perbezaan tersebut. IU Nampak matang, Ko rasa cam pinang dibelah kepak?
 
Picture kredit to Soompi Forum.
 
Sepadan cam itu...

Ramai  yang meroyan tengo gambar ini kan..

 
Cium tak hingatkan...
 

뽀(조정석)의 왓츠업 시절 노래모음




Memandangkan aku tengah minat sakan dengan Jo Jung Suk maka segala pelusuk tempat aku cari pasal dia dan jumpa rakaman dia dalam teater dan musical serius tak tahu tajuk tapi Tuhan memang kurniakan suara yang sangat sedap di dengar dan bertenaga. Nak menyanyi dalam yang lama tanpa rehat memerlukan stamina yang tinggi. Well practise make perfect, dan  pastinya dia memerlukan satu tempoh yang agak lama untuk berada di mana ramai orang mengenali dia. Dan kemunculan dia dalam bidang lakonan terutama drama2 yang berbentuk kekeluargaan ini membolehkan dia lebih dikenali ramai. Wish you all the best dan semoga cepat dilamar oleh syarikat produksi yang lain untuk drama akan datang.
 
Profile Jo Jung Suk
 
Birth Date: December 26, 1980
Profession: Actor
Age: 32
Height: 175 cm
Weight: 64 kg
Blood Type: AB
Education: Seoul Institute of the Arts - Theater
Talent Agency: Dreamstar Entertainment

Film
 
Architecture 101 (2012)
Almost Che (2012)
The Face Reader (2013)
The King's Wrath (2014)
 
Theater


The Nutcracker (2004)
Grease (2004 - 2005)
Nunsense A-Men (2005)
Le Passe-Muraille (2006)
All Shook Up (2006)
You're a Good Man, Charlie Brown (2006)
Hedwig and the Angry Inch (2006)
First Love (2007)
Organ in my Heart (2008)
Evil Dead (2008)
Janggeum the Great (2008)
Hedwig and the Angry Inch (2008)
Fever Night (2008)
Spring Awakening (2009)
The Island (2009)
True West (2010)
Hedwig and the Angry Inch (2011

Kredit to Koreadrama.org

Thank You For Read.

Jo Jung Suk (조정석) - 완전 사랑해요 (I Totally Love You) [You're The Best Lee So...



Ini salah satu lagu dalam drama Lee Soon Sin The Best yang dinyanyikan sendiri oleh hero Jo Jung Suk....ada ko rasa angau kejap dengan mamat handsome ini...yang masih mencari cinta boleh dipersilakan jatuh cinta dengan mamat ini..haha. By the way dia pun banyak terlibat dalam teater dan musical sebelum dilamar belakon dalam drama-drama tempatan. Patutlah suara dia sedap je dengarkan. Dan semoga bintangnya semakin bersinar dalam drama ataupun filem yang akan datang. Harap2 ramai lagi producer yang Nampak kehebatan anak muda ini berlakon...

Thank You For Read.

"Lee Soon-sin is the Best" Jo Jeong-seok asks IU to marry him -Final Episod

Epsd Akhir drama Lee Soon Sin Is the Best siaran KBS Channel setiap sabtu dan ahad petang sudahpun bersiaran akhir minggu lepas- 24/8 & 25/8/2013. Kalu tengo  tajuk entry pun gegar jantungkan terutama yang  tengo drama Lee Soon Sin the Best . Mau tak jantung gegar Lelaki pujaan hati melamar juga akhirnya.Ketika aku masih tengah sakit jiwa melayan episode 44 di KBS World penamat cerita ini sudah pun diketahui, so bolehlah meredakan ketegangan diri..Kalu tak mau meroyan berbulan-bulan sebab drama tak menepati jalan cerita yang dikehendaki.
Nasib baiklah penamat yang tidak mengecewakan dan seperti yang diharapkan. Lee Soon Sin dan Shin Joon Hoo kembali bersama setelah berpisah di dalam epsido 43..Mak sakit jiwa kejap tengo epsd 44 kalu tak silap,  bila Joon Hoo kata nak putus kat Soon Sin sebab  tak nak Ex Girlfriend dia  Choi Yun Ah   jatuhkan Soon Sin dan pada masa yang sama Miryeong pun nak dia orang putus hubungan..Sampai hati mak diakan. Sudahlah dia tak bela anak dia dari kecil bagi kat orang kan Joo Hoo pun tidak mempunyai pilihan lain selain megiyakan sebab buah hati baru nak bertapak sebagai artis. Fuh gigih mak bagi reviewkan sebab drama dah nak habis..
Aku bukanlah peminat tegar IU, ini pun first drama dia yang aku tengo sampai habis sungguhpun 50 epsd. Begitu juga dengan Jo Jung Sok pelakon berbakat besar yang banyak terlibat dalam musical. Padanlah dengan watak dia dlm drama LSSTB sebagai CEO dalam company Gabi...Mula2 tengo dia berlakon tak adalah menarik mana..tapi dah setengah episode dari 50 epsd mula aku mencari-cari drama lakonan lain dia kat internet sebab dia memang berbakat. Lepas tu makin handsome pula tu dengan style rambut yang baru  dalam epsd 39 kalu tak silap...mau tak jatuh cinta sekejapkan...Manakala IU pula walaupun menjadi sebutan ramai sebab dia memang dah dikenali ramai sebagai penyanyi dan MC dan juga drama lakonan dalam Dream High 1 & 11 tapi satu pun aku tak tengo..pendek kata aku memang tak kenal kat minah comel ini...hahaha
Nah cuci mata kejap dengan pelakon LSSTB..hero n heroin je.

Yang ini pula sedutan epsiod akhir. Picture kredit to hancinema.



Sedutan Episod akhir drama LSSTB

Lagi antara sedutan episode akhir ..ko tengo tak betapa cantiknya Soon Sin dalam dlm drama ini Joon Hoo pun boleh tahan handsome.bagai pinang di belah gergajikan..

Maka berakhirlah Drama Lee Soon sin The Best
Thank You For Read.

Pasar Tradisional di Busan

Ini antara tempat yang sempat singgah . Tempat ini pun antara main attraction juga kat Busan cuma tak berkesempatan nak explore lebih memandangkan masa yang tak mencukupi ditambah pula dengan cuaca panas yang teramat.

Gukje Market. Ini antara traditional market kat Busan yang harus pergi sebab banyak barang yang boleh didapati kat sini. Agak besar kawasan ini, setiap block itu berbeza barangan jualan. Ada blok untuk pakaian perempuan sahaja. Bangunan  untuk barangan dapur. Pendek kata satu block itu sahaja pun dah cukup buatkan poket berlobang sebab kuali, periuk pun nak beli kat Busan. Macamlah di KL ini tak jual kuali, periuk kan...

Gukje Market
Gukje Market

Sekitar Gukje Market






Sekitar Pasar Basah  tak sura kat Gukje atau Haundea


First time juga tengo pasar cam kat bawah ini..Tak ingat nama pasar ini tapi dekat dengan Nampo Street

Ajumma tengah tunggu customer singgah kat gerai dia..

Relax sambil menikmati makanan/snek



Thank You For Read.


'Empire of Gold' Review Epsd 1


Permulaan drama yang agak menarik. Epsd awal ini adalah kesinambungan dari epsd berikutnya mungkin dalam epsd 9-10. Rasanya pengarah saja nakkan kelainan sebab kalu ikutkan tipikal drama dia orang akan mula dari awal, ini tak  drama start dari pertengahan epsd. So penonton pun akan terpaku kat depan tv nak tahu apa yang akan terjadi pada epsd seterusnya. Cam aku jugalah terpukau dan dah tak henti tengo drama ini.hahaha..

Back to the drama..bermula dengan Kang Tae Joo and Soel Hee berjumpa dengan orang tua gatal yang nakkan Soel Hee but than Tae Joo pun takkan sanggup nak org tua tu balun perempuan kesayangan diakan.. Aku rasa sebenarnya Tae Joo pun nak gunakan lelaki tua tu je untuk kepentingan dia, tetapi plan tak menjadi akibatnya orang tua tu terbunuh. Tapi dah tengo half epsd aku rasa sebenarnya Tae Joo tak bersalah pun dia cuma nak mengelakkan diri dari terkena pukulan golf orang tua tu akibatnya org tua itu sendiri yg mati.

Memandangkan plan A dah tak menjadi maka Tae Jeo terpaksalah guna Plan B iaitu berkhawin dengan Soe Yoon sebab duit 10 Billion kot  Seo Yoon offer.  Iayalah takkan dia nak masuk penjara pula..dia pun dah pernah kena penjara sebelum tu kot. So dia jadikan Soel Hee sebagai kambing hitam dia untuk menanggung kesalahan membunuh. Maka duduklah SH dalam penjara sementara TJ mengumpulkan kekayaan..

Maka dia pula berkhawin dengan Soe Yoon di sebuah chapel.  Semasa perkhawinan tersebut ketika Soe Yoon menyarungkan cincin ke tangan Tea Joo dia terperasaan ada darah kat tangan TJ yang tak basuh sepenuhnya. So aku rasa SY pun dah tahu mesti ada kes terjadi sebelum TJ datang kat Chapel.
Epsd itu berakhir dia org berkahwin dgn tanda tanya di muka Soe yoon ..

Dan barulah drama back to 7 tahun lepas masa TJ masih student dengan kehidupan yg sangat susah kerana keluarga orang miskin mujurnya budak ni bijak pandaikan..

Gambar sedutan dari epsd 1.



Picture Kredit to hancinema

Sedutan drama epsd 1

Tae Joo bukan main lagi nak  kiss Seol Hee sebab nak jadikan dia kambing hitam


"Empire of Gold" Son Hyeon-joo cries for his wife on wedding day

 "Empire of Gold" Son Hyeon-joo cries for his wife on wedding day @ HanCinema

OMG..aku rasa episode ini yang paling menyentuh jiwa... sebagai seorang wanita yang sudah berkhawin dah tentu2 aku terasa sakit hati apabila suami berkhawin lain. Cuba ko bayangkan suami kita ingin berkhawin lain mau tak bunuh diri. Macam inilah juga dalam cerita ini, sudahlah isteri dia anak yatim piatu, sakit pula tu kan..suami pula hendak berkhawin lain meraunglah jawabannya...Dalam cerita ini wife dia taklah terjun lombong atau bunuh diri. Wife dia tak dapat menahan sakit yang ditanggungnya..hukhuk
 
Dalam episode 3 ini pula isteri kesayangan Min Jea suatu ketika dahulu sebelum zaman kejatuhannya meninggal dunia semasa Min Jea berkhawin dengan orang lain. Pendek kata perempuan yang dia khawini itu memang dah lama jatuh cinta pada Min Jae lama dahulu. Min Jea pun berkhawin kerana perempuan itu anak kepada boss satu bank yang terkenal di Korea. Sudah tentu2 atas  alas an senang nak pinjam duit kat bank bakal bapa mertuakan...
 
Cuba tengo Min Jea punya tangisan masa wife dia menangis..mak pun pilu nak..Sedih. Tapi nangis cam tu pun perkhawinan diteruskan juga. Akhirnya , Tae Joo juga yang tulung uruskan pengkebumian. Mau tak menyumpah dengan c Min Jea..
 
Picture Kredit to Hancinema..
 
Pilu hati tengo Min Jea nangis..

 
 
 
 

"Empire of Gold" Ko Soo, kidnaps Ryoo Seung-soo for money - Review 2nd Epsd

 "Empire of Gold" Ko Soo, kidnaps Ryoo Seung-soo for money

Dalam epsd 2, Tae  Joo telah menculik Joo Pil Doo seorang gengstar yang cukup kejam  kerana terdesak untuk mendapatkan wang untuk membayar kos perubatan ayahnya dihospital yang tercedera akibat dari kebakaran semasa proses merobohkan tempat kediaman mereka.  Dengan bantuan Soe Hee dan dia sendiri yang menyarankan idea itu-menculik PD (Kepakaran Soel Hee adalah memikat jantan dengan menggunakan kecantikannya..untung ko cantik perempuan) Tae Joo menculik Pil Doo kerana PD mempunyai Kontrak yang dah tentu2 berguna kepada mereka untuk ditukarkan kepada duit.
 
Tae Joo Berjaya mendapatkan duit untuk membayar kos pembedahan ayahnya, semasa dalam perjalanan ke hospital kereta yang dia pandu terbalik tapi dia berjaya meloloskan diri dan pergi ke hospital tempat ayahnya menjalankan pembedahan, dia ditangkap oleh polis sebaik dia membuat pembayaran kepada hospital. Bertambah malang pula ayanhya tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan yang teruk dan bermulalah episode hitam dalam hidup Tae Joo meringkuk dalam penjara.
 
 
 
 
Episod 2-Picture Kredit to hancinema
 
 
 

"Empire of Gold", Ko Soo didn't forget about Jang Sin-yeong

Haruslah ko tidak lupakan dia Oppa. Dia telah menanggung kesalahan ko dan sanggup pula dipenjarakan. Aku tengah mood geram sangat dengan Tae Joo. Sudahlah suruh orang menanggung kesalahan dia, sanggup pula tu kawin dengan seteru dia Soe Yoon. Kejam sungguh engkau penulis skrip..
Oleh kerana kasih yang mendalam boleh pula perempuan tu hantar kek birthday kat  Tae Joo walaupun dia dalam penjara. Harus Tae Joo  angaukan...
Picture kredit to hancinema...
Tae Joo tengah angau ..

Empire Of Gold- Channel One

Drama ini sedang bersiaran di Channel One -393 Setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 pm sehingga 10.15pm. Setakat malam tadi siaran dah masuk episod 7. Tak pernah miss lagi drama lakonan Goo Soo yang ini sebab cam dah lama tak tengo dia berlakon dalam drama. Drama terakhir dia yg saya tonton adalah Will it Snow at Christmas? Bergandingan dengan  pelakon hebat Han Ye Seul. Malangnya drama ini tidaklah sehebat mana. 

Drama Empire Of Gold ini mengisahkan mengenai  perebutan kuasa antara 3 pihak di Korea semasa zaman getir kewangan  sekitar tahun 1990. Goo Soo yang memegang watak sebagai Jang Tae Joo membina empayar sendiri tanpa kewangan yang kukuh kerana dia berasal dari keluarga miskin dan tidak mempunyai apa2. Sedangkan Lawannya dari kalangan keluarga yang kaya raya dan sudahpun mempunyai syarikat besar yang dihasilkan oleh keluarga mereka. Malangnya Choi Min Jea , lakonan Son Hyun Joo (suka pelakon ini sebab the way dia bawa watak memang hidup) seorang yang sangat tamak dan haloba dan menjatuhkan sendiri empayar perniagaan yang dibina oleh ayahnya dan pakciknya -Sung Jin holding . Choi Seo Yoon lakonan Lee Yo Won pula adalah anak bongsu dalam keluarga Choi Dung Song lakonan Park Guen Hyung dengan perkhawinannya yang terdahulu dan beliau diamanahkan oleh ayahnya untuk menerajui syarikat besar itu, walaupun dia lagi berminat untuk menjadi Pensyarah dan kredibilitnya sebagai peneraju syarikat itu memandangkan dia cumalah seorang wanita dipersoalkan oleh ahli keluarga sendiri.

Drama hasil tulisan Park Kyung Soo dan arahan Jo Nam Kok ini setakat episod 7 tidak mengecewakan. Bukan sahaja gabungan pelakon yang hebat tapi more on storyline. Tidak sabar untuk menonton episod yang akan datang. Dengan baki lebih kurang 17 episod harapkan ending yang tidak menyakitkan hati dan akan memuaskan hati pada semua penonton.



Empire Of Gold


Goo Soo- Jang Tea Joo

Jang Shin Young- Yoon Soe Shi

Lee Yo Won- Choi Seo Yoon

Ryu Seung Soo- Cha Phil Doo





Son Hyun Joo - Choi Min Jea


Perasaan tak ramai pelakon yang berlakon dalam drama The Chaser..aku tak tengo habis drama itu tapi rasanya drama EOG ini lagi best dari drama tersebut. Haruslah pelakon dari drama The Chaser sebab pengarah dan penulis dari drama yang sama.




Masa promote drama tersebut




Bandung Review

Percutian yang dirancang untuk budak-budak sempena cuti hujung tahun 2012.

Seperti biasa tiket dibeli awal semasa promosi Zero Fee pada bulan Feb untuk penerbangan hujung tahun 2012. Berbaloi rasanya berterung dengan lebah dalam website AA untuk merebut tiket murah itu. Sempat merembat tiket untuk 10 orang ke Bandung. Lebih kurang dalam rm 100+ seorang. Terima kasihlah AA sebab buat promosi Zero Fee kalu tak sampai ke sudah tak dapat tengo negara orang. Terima kasih juga AA sebab mengawalkan  penerbangan dari KL ke Bandung,maknanya kami akan sampai awal di Bandung.
Saya sangat hargai keprihatinan AA Indonesia yang sanggup membuat panggilan untuk mengingatkan saya pasal penerbangan saya yang telah diawalkan, sungguhpun telah mengingatkan saya melalui sms dan juga email. Bertambah sayang dengan AA....Ada rasa nak muntah ???sila muntah tapi longkang..


Memandangkan sebelum ini saya pernah ke Bandung pada awal tahun so saya dah ada gambaran untuk tempat-tempat yang akan dikunjungi, seperti biasa penginapan saya tempah sendiri melalui website hotel dan pengangkutan juga saya ambil dari orang yang sama.Penginapan saya ambil di Chimpelas sebab dah pernah menginap di sini bulan Feb lepas. Walaupun banyak review yang kurang enak mengenai hotel ini tapi tidak menghalang untuk saya menginap di sini ke dua kalinya pada saya  ikut kemampuan masing2, lagipun hotel untuk tidur saja Siang hari dah tentu bukan kat hotelkan. Lagipun tempat ini senang sangat nak ke Chimpelas Walk boleh lepak kat cini malam2. 

Ini antara tempat yang sempat dikunjungi semasa ke Bandung untuk 5D 4M dan juga sekitar Bandung.


Kawah Putih


Sari Ater Hot Spring

Sekitar Kota Bandung
Toko Tiga Tempat Beli Seluar Jeans 
Chimpelas Walk
Us- Sari Ater Hot Spring
Tangkuban Perahu
Kawah Putih
Transtudio Bandung

Tangkuban Perahu










Thank You For Read