My Daughter Seo Yeong Epsd 7 & 8

WJ tak jadi g Us..
Dia dah meluahkan perasaannya kepada LSY tapi LSY pun cam buat2 tak faham..padahal dalam hati sudah pun berbunga-bunga ada mamat perasaan kat dia hahaaha..yang tengo tv pun sengih sampai telinga..wakaka Haruskah LYS buat2 tak faham perasaan WJ kat dia..oo tidak..Degil juga rupanya LSY dalam ceta ni..

Maid rumah WJ dah terjumpa abu mayat mak LSY kat bilik dan dgn segaranya memberitahu tuan rumah. Apalagi tuan rumah melenting sakanlah. LSY pun tak ada pilihan lain selain mengikut arahan tuan rumah, maka dia pun pergi ke kg halaman ibunya untuk menabur abu mayat ibunya.
Bestnya part ini WJ sanggup ikut LSY secara curi2, demi menemankan LSY..so sweet of you..kih.kih
Dikatakannya kasut LSY terjatuh dalam air deras dan kebetulan  WJ yg ada sekitar sungai itu mengambil kasutnya..terkejut juga LSY melihat kehadiran WJ..

Menonton drama  ni kalu org perempuan rasanya dah melamun mengidam  buayafriend cam WJ ni..dahlah tinggi, kulit tanned, layan perempuan punya baik..cair kejap..wakakaka

Dalam Episod ni juga yg family WJ dah tahu WJ tengah bercintan sakan dgn LSY walaupun LSY separuh mati menidakkan hubungan mereka. Sanggup LSY keluar dari rumah WJ dan berpindah balik ke student hostel...sakit jantung kejap tengo drama ni..Masa LSY keluar dari rumah WJ kebetulan WJ terserempak kat luar rumah dan berkeras nak hantar LSY kat hostel tapi LSY tak nak. Nasib baiklah SJ ada ikut sekali katanya pada WJ sebab dialah guru tuisyen dia kena keluar dari rumah...

Apabila SJ balik ke rumah, WJ abangnya dah siap tunggu kat bilik nak tahu LSY tinggal kat mana..
Tapi SJ tak bagi tahu pun..dia biarkan abangnya ..WJ pun cam dah meroyan kejap sebab risau kat LSY..iyalah Bf mana yg tak sayangkan GF..Namun keesokan harinya WJ sanggup tunggu adiknya kat depan sekolah semata-mata nak tahu LSY tinggal kat mana..Bila dia tahu je tempat tinggal LSY bergegas ke student hostel tapi LSY bg tahu kat org tu yg dia tak kenal WJ ..kasihan ko WJ ..berdirilah berjam-jam sehingga LSY keluar jumpa dia..

Kredit to hancinema..

My Daughter Seo Yeong Epsd 5 & 6

Makin best drama ni sampai siaran ulangan pun tengo balik..Kasih pun sudah berputik antara LSY &  WJ..lagilah makin seronok nak melekat depan tv..

Selepas  kejadian WJ  membawa LSY ke balai polis yg konon2nya nak report LYS itu pencuri motosikal dia tapi tak jadi nak report lepas tengo muka kasihan LSY..sesampai rumah WJ, LSY telah membuat perjanjian dgn WJ bahawa dia akan membayar ganti rugi terhadap kerugian motosikalnya ..siap buat agreement tu..yg kelakarnya LSY tulis nama WJ kat kertas tu Song Jea Oppa sebab dia tak tahu nama WJ..hahaha padan muka ko WJ..

Namun takdir menentukan yg WJ ko dah buat silap besar..kasihan kat LSY tu masa motosikal WJ hilang ketika itulah mak LSY meninggal dunia..terkedu kejap WJ apabila mengingtkan kesilapan yang dilakukannya kepada LSY. Dan dia pun berbaik-baiklah dgn LYS tukar kat agreement tu yg LSY jadi motosikal WJ yg akan mengikut dia ke mana-mana..nak tebus salahkah WJ?
Jom kita tengo sedutan tv..Kredit tu hancinema..

My Daughter Seo Yeong Epsd 3 & 4

Dalam epsd 3 & 4

LSY telah menerima tawaran utk tinggal di rumah anak muridnya untuk memudahkan dia memberi tuisyen dan tumpuan kepada SJ. SJ pula agak serasi dengan LSY mungkin kerana dia sangat memahami perangai c SJ yang baru meningkat naik. Ajar budak degil ni kena main psiology rupanya..

Dalam episod lain pula, WJ masih tidak mahu ke US kerana mahu mencari motosikalnya yang telah hilang. Sedang dia melihat rakaman cctv dia ternampak kelibat LSY. Apa lagi dia pun bergegaslah ke bilik LSY dan bertanyakan pasal motosikal tersebut apalagi LYS pun gelabahlah. Dia baru teringat motosikal yg dia tinggalkan di airport. Adusss..jumpa juga pencuri motosikal tersebut, rupanya seorg perempuan..WJ jan nak garang  sangat nanti terjatuh cintan dgn dia..

Lain pula situasi dgn HJ setelah bermalam di rumah SW (adik kepada LSY) kerana mabuk teruk malam itu dan dia tertidur di tepi jalan, mujur SW dan ayahnya yang menjumpai HJ kalu org lain mau tak kena...
jom kita layanlah gambar ehsan spoiler yg ada kat hancinema..kredit to hancinema..




Kredit to hancinema.


My Daughter Seo Yeong Epsd 1 & 2

Memandangkan minat sungguh akan drama MYDS ini maka saya buat review sikit pasal drama ni.

Dalam Epsd 1 , LSY telah meninggalkan rumah yang didudukinya bersama adiknya setelah ayahnya datang untuk tinggal bersama mereka. Bilik yang sangat kecil (loteng rumah) tidak sesuai pun untuk didiami 3orang. Terlalu kecil. Dia tinggal di Student Hostel. Pada masa yang sama dia menjadi cikgu tuisyen untuk menampung perbelanjaannya dan persekolahan. Betapa berlikunya laluan hidup gadis ini..Sudahlah kematian ibu, dan mempunyai ayah yang cuma tahu menyusahkan hidupnya...

Pada satu hari dia mendapat tawaran untuk menjadi cikgu tuisyen kepada anak orang kaya yang degil dan pemalas dan telah banyak kali bertukar cikgu tuisyen kerana tiada seorg pun yg sanggup untuk mengajar budak degil itu..
Dalam perjalanan untuk ke rumah muridnya untuk memberi tuisyen, sebuah kereta yang di pandu oleh Kang Woo Jee abang kepada muridnya telah melanggar lopak air dan membasahi baju Lee Soe Yeong. Setibanya LSY di rumah muridnya, ibu murid tersebut Cha Ji Sun  terkejut melihat pakaiannya yang basah melecun. Padahal anak dia sebenarnya yang kotorkan baju LSY. Mentang2 orang kaya..pakai kereta mahal2..kita yang jalan kaki pun tak di pandang..Pada masa yg sama WJ pun sampai ke rumah dan terkejut sebab perempuan yang dia lihat semasa perjalanan balik ke rumah berada di rumahnya. Ibu WJ telah memberikan pakaian anak perempuannya yang agak tomboi untuk menggantikan pakaian LSY. Takkanlah nak ajar anak dia dalam keadaan basah kot..

Jom kita layan dulu gambar2 dari epsd 1.


Airasia Zero Sale

Airasia kembali lagi dengan promotion Zero Fee..

Iyakah Zero fee..??? Untuk Seat saja ya tuan-tuan dan puan-puan bayaran

Fuel  dan airport tax masih lagi perlu di bayar oleh pembeli.

Namun harga tiket tersebut masih lagi agak murah sekiranya anda membeli

semasa zero fee ini tapi harus diingat tarikh perjalanan adalah 8 ke 6 bulan

dari tarikh pembelian...so sementara menunggu tarikh nak pergi berjalan tu

bolehlah penuhkan dahulu tabung bambu yang asyik kosong je...

Tunggu apa lagi..kalu rasa duit kat bank masih berkapuk-kapuk  silakan ke

website Airasia dengan segara untuk menempah tiket- tiket murah tersebut.

Tawaran ini sehingga 4 Nov 2012.







Korea Drama My Daughter Soe Yeong

Korea Drama lagi..Drama ini menggantikan My Husband Got Family drama hujung minggu yang bersiaran setiap sabtu dan ahad pada jam 6.55pm waktu tempatan menerusi KBS World 391 ataupun 392...
Ketika saya menulis blog ini drama ini telah pun bersiaran selama 8 episod di KBS World. Katanya ada dalam 50+ episod untuk drama ini. Kalu ditambah episod pun tak kisah sebab cerita agak menarik kisah2 keluarga..
Pilihan cast boleh tahan Lee Bo Yeoung (The Man From Equator, The Birth Of Rich) Park Hee Jin (Hot Blood, East Of Eden) berlakon sebagai adik beradik kembar..Lee Sang Yoon and my lovely Lee Jung Shin CN Blue..
Drama ini berkisarkan pada kecekalan seorang anak perempuan yang bernama Lee Seo Yeong yang cuba memutuskan hubungan dengan ayahnya kerana banyak kesilapan yang dilakukan ayahnya terpaksa ditanggung LSY dan ibunya.